Bersempena dengan sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia pada 20 Mac 2020 yang lepas, NESTLÉ LACTOGROW® ingin menggalakkan ibu bapa di seluruh negara untuk membesarkan si manja mereka dengan sihat dan ceria menerusi kempen ‘Grow Happy’.
Hari Kebahagiaan Sedunia adalah satu sambutan penting kerana pada hari berkenaan, Indeks Kebahagiaan Dunia turut dikeluarkan setiap tahun di mana ia memberikan gambaran keseluruhan tentang tahap kebahagiaan sedunia. Tahun lepas, Malaysia jatuh 1 dari kedudukan 35 kepada 80 dari segi tahap kebahagiaan. Oleh itu, NESTLÉ LACTOGROW® mengambil kesempatan ini untuk menanamkan pemikiran yang lebih positif di kalangan rakyat Malaysia dan menekankan kepentingan untuk membesar dengan ceria – sesuatu yang patut ditekankan dari zaman kanak-kanak lagi.
Menerusi kempen ‘Grow Happy’, NESTLÉ LACTOGROW® ingin menyebarkan keceriaan dan kegembiraan sejak usia muda dan mendorong ibu bapa untuk membesarkan anak-anak mereka dengan ceria. Kempen ini bermula dengan pertandingan media sosial bagi menggalakan ibu bapa untuk menghantar foto dan berkongsi detik-detik ‘Grow Happy’ mereka bersama si manja ataupun kenangan dari zaman kanak-kanak mereka tersendiri. Ini merupakan inisiatif NESTLÉ LACTOGROW® bagi mengingatkan semua bahawadetik-detik manis sebegini mampu membawakan keceriaan tanpa mengira usia, masa dan persekitaran.
Gambar-gambar yang dihantar untuk pertandingan media sosial ini juga akan dikumpulkan oleh NESTLÉ LACTOGROW® bagi membentuk sebuah kolaj foto berbentuk senyuman. Kolaj ini akan dipamerkan pada Karnival Grow Happy yang akan datang, dalam usaha memecah rekod Malaysia Book of Records, untuk ‘Kolaj Potret Senyuman Paling Besar’.
Peraduan media sosial ‘Grow Happy’ akan diadakan di laman acara Facebook Nestlé Start Well 2gether ( https://www.facebook.com/events/530573900904412/ ) dan akan berlangsung dari 6 Mac hingga 24 April ini. Bagi berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai, peserta hanya perlu memuat naik detik ‘Grow Happy’ mereka bersama si manja mahupun dari zaman kanak-kanak mereka ke laman acara Facebook tersebut.
Dalam ruangan kapsyen, mereka diminta untuk berkongsi definisi ‘Grow Happy’ mereka, bermula dengan “Detik-detik keceriaan saya ialah…” dan diikuti dengan tanda pagar #LactogrowMY dan #GrowHappy. Hanya penghantaran gambar dengan si manja berusia satu tahun ke atas saja yang layak untuk menyertai pertandingan.
Pemenang tempat pertama dan kedua masing-masing akan memenangi wang tunai bernilai RM2,888 danRM1,888, sementara lima pemenang sagu hati akan membawa pulang wang tunai RM500. Terdapat juga pemenang mingguan yang bakal menerima bekas minuman NESTLÉ LACTOGROW® yang eksklusif.
till then
banyak tu
ReplyDeletemenarik :)
ReplyDelete