Musim sekarang sangat tak menentu, kejap hujan kejap panas. Bila hujan tu, aduhaiii.. sejuknya sampai nak pakai winter jaket.. (over sangat Keknil ni) tapi bila datang panas dia, macam tak nak keluar rumah langsung. Gitu la keadaan cuaca sekarang ni. Korang pun kena berhati-hati juga, sekarang cuaca boleh berubah dalam sekelip mata. Macam hati awak. Eh.. Cia Cia Cia...
Baru-baru ni Keknil sempat berjumpa dengan Kak Sue | pemilik blog www.shuhaidakabdy.com yang juga pemilik bersama perniagaan Man Java Enterprise. Kalau jumpa Kak Sue memang tak sudah-sudah bercerita, memang tak cukup 3 hari 2 malam. Ada je perkara yang hendak diborakkan. Dan kebetulan masa tu, Keknil memang over penat sangat sebab awal tahun ni macam-macam la tender nak masuk. Sukanya bila Kak Sue datang ingatkan saja-saja nak jumpa, rupanya nak bagi Pati Kelapa Laut dan Jus Kedondong Asam Boi Man Java yang sedap ni. Uwaaa.. haruslah terus wajah ceria dan bergemerlapan dengan lip lap lip lap sekuin sekuin kat baju. Hhahaha
Air Kelapa Laut Man Java ni memang kegemaran Keknil. Kalau Keknil datang ke rumah Kak Sue ni, memang air ni yang Keknil cari. Selain dari rasanya yang enak dan sedap, tak manis sangat, tak tawar sangat, ia juga sangatlah menyegarkan. Kalau time panas-panas minum air ni, fuhhh.. terus hilang peluh. Serius sedap.
Iman pula suka Jus Kedondong Asam Boi, dapat 2 botol, dedua botol dia minum tak ingat langsung kat mama dia. Tapi boleh pulak dia share dengan encik suami. T__T takpe laa.. air kelapa laut tu mama punye hokeyyyy....
Terima kasih Kak Sue. Kalau korang nak dapatkan Pati Kelapa Laut dan Jus Kedondong Asam Boi Man Java ni, boleh hubungi maklumat seperti tertera :
Man Java Enterprise
No Tel
012 5854998 / 012 5844736
Email
skabdy@yahoo.com
till then, tatababai
0 Comments
Thanks for your support