Antara salah satu tarikan di Kuala Lumpur adalah KL Bird Bark. Rugilah kalau dah datang KL tapi tak datang ke sini sebab kat sini ada lebih dari 3,000 ekor burung dikalangan 200 spesis dari dalam dan luar negara. Terletak di kawasan seluar 20.9 ekar, taman burung ini dibahagikan kepada 4 zon dimana Zon 1 dan Zon 2 disesuaikan dengan habitat burung yang bebas malah korang juga boleh berinteraksi dan menyentuh sendiri burung tersebut. Manakala Zon 3 untuk Hornbill Park dan Zon 4 pula untuk habitat burung di dalam kawasan sangkar.
KL Bird Park
Ok jom masuk
Tiket boleh didapati di kaunter KL Bird Park dengan harga dari RM13 sahaja. Kalau korang ada perancangan untuk melihat persembahan khas, korang boleh refer pada jadual yang diberikan supaya tak terlepas persembahan tersebut.
Tips : Pakai kasut sukan atau sneakers. Elakkan pakai selipar sebab ada sesetengah tempat tu agak licin, mungkin boleh tergelincir. Selain itu, untuk ibubapa yang bawa anak, mungkin Keknil boleh cadangkan bawa payung atau topi. Kat sini burung terbang bebas ye, kadang-kadang ada yang terlepas hajat tu. Hihihi..
burung atas pokok
merak dah nak tercabut ekor
sombong dia xmo kembangkan ekor
free food.. free food..
burung hantu
burung apa ni ek
flamingoOOoooo
Kalau ikutkan, banyak lagi burung-burung kat sini, korang boleh berinteraksi dan ambil gambar bersama burung-burung tu. Memang best. Sebab Keknil pun dah letih maklumlah berhigh heel uols. Tah apa motif masuk taman burung pakai high heel pun tak tau.. ^___^ Hahahaha
Dalam KL Bird Park ini juga ada restoran tau yang dinamakan Hornbill Restaurant, kebetulan masa Keknil datang hari tu hujan. So, memang lepak dalam ni je la bersama yang lain. Kami dihidangkan dengan pelbagai hidangan yang yummy enak sehingga menjilat jari.
Hornbill Restaurant
Ruangnya agak luas dan korang boleh menikmati hidangan samada di dalam kawasan yang berhawa dingin ataupun di luar dan kalau ada rezeki, korang boleh tengok sendiri Hornbill yang terbang merata di kawasan itu.
ruang dalam yang luas
dan santai
Kami di hidangkan dengan beberapa menu yang yummyyyy... Memang boleh buat rasa lapar 3 kali bila tengok balik. Antaranya chicken chop, spaghetti carbonara, butter prawn, tomyam, laksa sarawak, nasi dagang dan banyak lagi. Memang sedap dengan harga yang berbaloi-baloi.
Chicken Chop
Spaghetti Carbonara
Butter Prawn
Tomyam
Nasi adn Kari Ayam Marbelles
Laksa Sarawak
Nasi Dagang
Goreng Pisang
Uishhh.. sedapnya tengok time tengah lapar ni. Jadi kalau korang masuk ke KL Bird Park ni, jangan lupa singgah di Hornbill Restaurant dan rasa sendiri hidangan kat sini. Keknil bagi 5 bintang sebab sedap sangat.
Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi :
Tel : 03 - 2272 1010
Fax : 03 - 2273 5428
Email : info@klbirdpark.com
till then, tatababai
4 Comments
Bestnyaa, tggu baby besar sikit nak bawak lah g sini. Belajar kenal spesis burungg
ReplyDeletehaihhh
ReplyDeletebest nya menu2 makanan dekat Hornbill tu
bila laaa nak sampai ni,nak kena gosok ayah humaira lagi ni heheheh
ReplyDeletesedappnya makanan tu...
ReplyDeleteThanks for your support