Alhamdulillah, sepanjang trip Keknil ke New Zealand walaupun ada suka dukanya, tapi tetap diteruskan dengan jayanya. Heheheh... Well known ye, kat New Zealand nak dapatkan WIFI secara PERCUMA memang agak susah sebab kebanyakan penginapan yang Keknil stay tidak menyediakan perkhidmatan WIFI secara percuma. Ada la 2-3 tempat je tu pun ada yang limited. Tapi kalau berada di luar, agak susah nak online dan berhubung dengan keluarga sebab takde connection.
Jadi sepanjang trip Keknil selama 2 minggu ke New Zealand ni, alhamdulillah Keknil mempunyai teman lelaki yang sentiasa menemani Keknil dikala sunyi. Chewahh.. Ehh.. sesuatu sangat kan. Teman lelaki yang Keknil maksudkan adalah Mr Roaming Man. Mr Roaming Man ini sangatlah setia menemani Keknil tak kira di mana sahaja Keknil berada. Dari Auckland sehinggalah ke Lake Tekapo, Dunedin, Milford Sound dan Queenstown.
Siapa sebenarnya Mr Roaming Man ni?
Roaming Man adalah penyedia perkhidmatan telekomunikasi terkenal UCLOUDLINK yang ditubuhkan di Hong Kong. Perkhidmatan utamanya adalah menyediakan perkhidmatan penyewaan WIFI dengan harga mampu milik melalui peranti portable pocket wifi yang dijenamakan dan dibuat khas untuk Roaming Man. Ia disokong dengan teknologi CloudSIM dan pastinya ia bertujuan untuk menyambung rangkaian dan berkongsi rasa, pengalaman dan momen terindah sepanjang percutian dengan yang tersayang.
Kenapa Keknil pilih Roaming Man?
1. Menggunakan teknologi Sim FREE - Cloud SIM
Ia menghubungkan ke rangkaian 4G terpantas di negara dan kawasan liputan dan peranti Roaming Man menyambung ke liputan Internet di kawasan tertentu tanpa menyambung ke rangkaian Telco tunggal di sesuatu kawasan itu.
2. Pakej WIFI yang fleksibel
Pakej WIFI yang ditawarkan sangat fleksibel untuk pengembara silang sempadan atas pakej wifi satu negara. Sebagai contoh, 8 negara Asia Tenggara meliputi Kemboja, Indonesia, Malaysia, Laos, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dengan satu pakej dan satu harga.
3. Jangka hayat peranti selama 12 jam
Jangka hayat baterinya yang bertahan sehingga 12 jam dan recharge time selama 4-6 jam setiap kali bateri peranti tersebut habis. Memang betul sebab sepanjang Keknil gunakan Mr Roaming Man ni, 2 hari sekali je Keknil charge. Sangat berbaloi-baloi sebab tahan lama. Boleh charge guna direct power plug ataupun power bank.
4. Boleh dikongsi sehingga 5 peranti dalam satu masa
Untuk 1 peranti WIFI ini boleh dikongsi sehingga 5 peranti seperti handphone, tablet dan laptop dalam satu masa. Jadi diantara kami sendiri boleh berkongsi cerita melalui media sosial dan kongsikan kisah trip secara terus di media sosial.
5. Perkhidmatan 24/7 secara walk-in mahupun pengambilan peranti
Roaming Man menyediakan perkhidmatan 24/7 dimana korang boleh buat tempahan secara walk in atau self pick up di kaunter yang terletak di KLIA dan KLIA2. Tapi Keknil cadangkan, korang buat tempahan awal dengan memasukkan kod voucher "15WIFI" dan nikmati diskaun sebanyak 15% untuk semua destinasi dengan menempah melalui laman web www.roamingman.my
Kekal berhubung dan sentiasa kemaskini perjalanan percutian korang dengan Mr Roaming Man. ^__^
Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Facebook: www.facebook.com/roamingmanmy
Website: www.roamingman.my
Instagram: Roamingmanmy
till then, tatababai
2 Comments
mujurlah ada mr roamin.. bestnye nz cantek sgt
ReplyDeletemujur ada mr roamin..cantik background
ReplyDeleteThanks for your support