Orang nampak kita travel ke sana ke sini, nampak macam best je kan. Tapi dalam best pegi travel ni, ada persediaan travel yang perlu kita lakukan. Jangan ambil remeh bila kita nak travel ke luar negara ni tak kira la negara jiran ke mahupun negara lain yang jauhnya beribu-ribu batu.
Di sini, Keknil akan senaraikan persediaan yang Keknil lakukan sebelum terbang ke New Zealand.
1. Tiket Penerbangan
Pertama sekali, nak travel ke New Zealand kena la ada tiket flight ye kawan-kawan. Dari Malaysia ke New Zealand takde disediakan kapal laut mahupun cruise yang boleh dinaiki oleh orang awam. Hihihi. Keknil gurau je. Of course, kena ada tiket flight. Ada banyak flight dari KL - New Zealand dan untuk kami, kami pilih penerbangan tambang murah iaitu AirAsia X. Bila dah confirm ada tiket, barulah boleh pergi ke next step. Kalau takde tiket, kita berangan dulu, Berangan is FREE, jadi tak perlu risau sebab Keknil pun bermula dengan berangan dan berusaha untuk jadikan ia satu kenyataan. ^_^
2. Pre order inflight Meals
Untuk perjalanan melebihi 6 jam, Keknil sarankan ambillah inflight meals untuk menjaga keharmonian perut masing-masing. Tak salah cheapskate, tapi jangan cheapskate sangat takut nanti perut masuk angin, tak pasal-pasal kena beli makanan dalam flight yang jauh lebih mahal. Macam Keknil pun cheapskate juga, tapi Keknil still order 1 x makanan je untuk berjimat. Sebelum fly, boleh goreng nugget ke, fish finger ke untuk kudap-kudap, perut dapat la bertahan untuk 2-3 jam pertama. Since flight kami flight malam, mentido je la gamaknya, tak yah nk makan berat sangat. Kata diet ! Hahaha Jadi Keknil cuma order makan untuk flight dari Gold Coast - Auckland sahaja. So, sampai Auckland Insya Allah dah kenyang. Takde la perut meronta-ronta minta di isi.
3. Pre order luggage
Seterusnya, luggage. Well.. cheapskate macam Keknil ni kalau boleh nak jimat dari semua segi. So untuk pergi, Keknil tak amik luggage, maka Keknil perlu redha dengan 7kg cabin size luggage yang ditetapkan oleh AirAsia. Kalau AirAsia tak charge dua kali untuk luggage, memang Keknil dah beli luggage dah. Takkan nak beli luggage dari KL - Gold Coast je, abis tu luggage tu tinggal kat Gold Coast ke acaner? T__T Bila mengenangkan bajet beserta dengan gaji bulan 2 yang masuk awal, 42 hari tanpa gaji. Makanya terpaksa la Keknil ambil option tanpa luggage untuk flight pergi ke Auckland.
Tapi untuk balik of course Keknil perlukan luggage sebab nak bawa balik kenangan terindah dari New Zealand ke Malaysia. Maklumlah, duduk 2 minggu kat New Zealand tetiba jadi orang kaya ada duit beli luggage. Eh..
4. Permohonan Ke luar negara
Bagi penjawat awam seperti Keknil, ini adalah penting dan sunat Muakkad. Maksudnya, WAJIB ! Kalau takat pergi Singapura, Thailand hatta Indonesia ni, boleh la nak berani-berani cuba takmo buat permohonan (sila tanggung sendiri okey) Tapi untuk trip yang jejauh macam ni plus tempat yang mempunyai kemungkinan untuk berlakunya bencana alam seperti taufan, gempa bumi dan sebagainya, tolonglah jangan ambil risiko. Silap-silap tak dapat pencen nanti, haaaa... Macam di pejabat Keknil, borang permohonan keluar negara perlu dihantar selewat-lewatnya 2 minggu sebelum travel date. Tapi Keknil in advance 2 bulan sebelum travel date Keknil dah suruh bos sign. Ngeh ngeh... Maklumlah. Nak cuti lama ni.
5. Insurans perjalanan
Bagi perjalanan keluar negara kali pertama, penjawat awam mendapat kemudahan insurans perjalanan secara PERCUMA dari kerajaan. Jadi make sure perjalanan korang ke luar negara untuk kali pertama adalah tempat yang jejauh supaya berbaloi-baloi korang dapat insurans FREE dari kerajaan. :P Tapi, bagi yang takde insurans, boleh godek dan compare insurans perjalanan di laman web Gobear Malaysia untuk pilihan insurans yang sesuai dengan bajet korang.
6. Itinerary
Untuk perjalanan Keknil ke New Zealand tanpa tour guide ni, kenalah ada itinerary supaya Keknil dapat merancang perjalanan Keknil. Cara Keknil berjalan bukan semborono sahaja ikut gamble kejap nak pergi South kejap nak pergi North pastu pergi South balik, apa ingat Keknil ada jet peribadi ke? Hhahaa.. jadi perancangan itinerary ini amat penting untuk menjimatkan masa, tenaga dan of course wang.
7. Tempahan penginapan dan kenderaaan
Tempahan penginapan dan kenderaan ni kami lakukan secara bersama. Walaupun tiga orang kat Putrajaya, sorang kat Perak tapi still kami berjaya untuk manage kesemua tempahan ini dengan jayanya. Whatsapp kan ada, jadi gunakan sebaiknya teknologi tu.
8. Aktiviti
Semasa kitorang decide untuk beli tiket ke New Zealand ni, kitorang dah ada plan untuk pergi ke beberapa tempat yang memerlukan kitorang mengeluarkan perbelanjaan. Antaranya Milford Sound, Skyline Gondola dan Hobbiton. Jadi di sini, kitorang sama-sama cari dan monitor harga. Macam tiket Hobbiton adalah FIX ye. Jadi kitorang decide untuk beli terus melalui laman web Hobbiton Movie Set Tour dengan harga $79/pax
Untuk Milford Sound pula, kitorang beli di laman web Bookme dan telah berjaya mendapat dengan harga $38.75/pax dari harga asalnya $79/pax
Selagi boleh berjimat, of course kitorang akan cuba berjimat. Hihihihi
9. Pertukaran matawang
Pertukaran mata wang asing ni kitorang dah monitor rate dia dari tarikh kitorang beli tiket. Naik turun naik turun macam biasa. Tapi kalau dah namanya manusia, suka buat kerja last minit kan. Hahaha.. 4 minggu sebelum bertolak barulah kitorang tukar duit, tu pun currency dah naik dari 2.88 ke 2.905. Setiap sen itu begitu bermakna tapi apakan daya, masa tidak boleh diundur lagi. Maka redha je la dengan rate yang ada. Huhuhu
Lepas tu, siap-siap asingkan duit untuk kegunaan yang mana supaya senang nanti tak terguna duit kegunaan wajib dengan kegunaan lain. (asing duit cara Keknil)
10. Passport / VISA
Pastikan juga pasport valid ye. Kalau pasport dan expired, at least sebulan sebelum fly dah renew sesiap untuk memastikan korang ada masa sekiranya ada bayaran tertunggak seperti PTPTN dan sebagainya. Dan nak masuk New Zealand tak perlu VISA up to 90 days. Jadi kalau rasa-rasa nak stay 3 bulan kat sana pun boleh. Cuma duit tak mengizinkan.. Kikikii
11. Pakaian
Memandangkan Keknil tak beli luggage, makanya Keknil perlu bawa pakaian yang jumlah beratnya tak lebih dari 7kg dalam cabin size luggage Keknil. Autumn di New Zealand sejuk ye, jadi macam mana Keknil nak hadapi kesejukan kalau tak bawa baju sejuk wei. Baju sejuk tu of course berat dia je dah berkilo². Haaa.. ini tips yang Keknil boleh berikan. Untuk baju berat-berat, terus pakai semasa bertolak. Dah jimat ruang luggage kat situ. Jadi Keknil cuma bawa 2-3 helai baju dan 1 seluar jeans.
12. Makanan / Ubatan
Kitorang memang akan bawa bekalan makanan dari Malaysia seperti pes, maggi, kudap-kudapan, kicap dan sos (maklumlah Keknil tak boleh hidup tanpa kicap). Kitorang juga bawa tipuware untuk kegunaan makan-makan time piknik nanti. Haaa.. barulah namanya menikmati keindahan alam.. Huhuhu.. Begitu juga dengan ubat-ubatan di mana kitorang ada keperluan ubatan masing-masing. Jadi kitorang kumpulkan ubat-ubatan berpreskripsi dalam satu tempat. Dan untuk makanan dan ubatan ini perlu declare ye. Untuk memudahkan kastam membuat pemeriksaan, pastikan bekalan makanan dan ubatan di letakkan dalam 1 beg yang berasingan. Buat juga senarai Food / Drug Declaration dan kalau pihak kastam New Zealand check, korang just bagi list tu kat dorang. Kita mudahkan kerja orang, Insya Allah orang akan mudahkan kerja kita.
13. Gajet
Jauh perjalanan luas pemandangan. Gajet ni memang sangatlah perlu bila travel. Handphone, powerbank, kamera, charger, tripod, monopod dan sebagainya. Jadi memang kitorang bawa semua ni untuk merakan memori-memori indah kitorang (insya Allah) sepanjang di negara Kiwi ni.
14. Amenities / First Aid Kit
Barang seperti toiletries memang kena bawa la. Yang ni nak share pun boleh, tak nak share pun takpe. Masing-masing bawa sendiri sebab masing-masing ada keperluan sendiri. Ada orang mandi tak yah sabun pun takpe. Haa gitu. Peralatan seperti berus gigi, sabun, syampu, wet tissue, pencuci muka dan sebagainya ikut keperluan.
Untuk trip kali ini, Keknil juga sediakan Mini First Aid Kit di mana ada beberapa item seperti bandage, heat lotion, watershield plaster, Eye Mo dan sebagainya. Malang tidak berbau dan tidak salah jika kitorang bersedia. Hehehe
15. Nombor Kecemasan
Dan akhir sekali, sediakan juga nombor kecemasan (keluarga masing-masing) dan juga alamat dan nombor telefon kedutaan New Zealand supaya kalau ada apa-apa kecemasan, senang kawan-kawan nak rujuk.
Itu sahaja 15 perkara penting yang Keknil kongsikan kepada korang. Semoga dapat jadi rujukan untuk korang juga jika ada rezeki ke New Zealand. ^_^
Sila kongsi jika bermanfaat.
till then, tatababai
4 Comments
Complete...
ReplyDeleteMark teruih hehehe
ReplyDeleteOkey..mark simpan dalam words file..hahahaha...banyaknya tips...berguna ni utk SA dan anak dara
ReplyDeleteterbaikk tips...
ReplyDeleteThanks for your support