Butterfly Project x Traveloka Staycation @ KL Journal

Assalammualaikum

Bila stress melanda, kadang-kadang kita perlukan 'me time' untuk menenangkan diri dan 'chill'.. betul tak? Hehhehe.. Tapi apa yang Keknil nak ceritakan disini bukan pasal stress. Haa.. sebelum ni memang stress la.. jadi bila Butterfly Project x Traveloka menawarkan percutian singkat 2D1N.. of course la Keknil grab peluang ni.. terima kasih Butterfly Project dan Traveloka atas penginapan dan hospitality yang sangat awesome ni. ^_^


Bagi yang tak pernah tau apa itu Traveloka. Traveloka merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pembelian tiket kapal terbang dan hotel untuk perjalanan domestik mahupun luar negara. Kalau korang nak tau,Traveloka juga satu-satunya syarikat yang membolehkan pembelian tiket kapal terbang dibuat secara ansuran dengan 0%  dengan kad kredit tau..

Nak tau macam mana?



Pelan ansuran sebanyak 0% oleh Maybank ekslusif untuk pengguna Traveloka sahaja dengan tempoh ansuran 6 atau 12 bulan untuk bila-bila tarikh yang korang mahukan. Jadi dengan cara ini, korang tak perlu risau jika korang tak cukup duit untuk membuat pembelian tiket kapal terbang.  Tempah dahulu, bayar kemudian dan korang boleh terbang bila-bila masa sahaja dengan pelan ansuran ini. Kalau direct airlines pun tak dapat promosi macam ni dik non ! Hanya di Traveloka tau...

Tertakluk kepada terma dan syarat ye. Korang boleh buka install dan buka apps Traveloka di telefon dan ketahui bagaimana cara untuk membuat installment ni. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web Traveloka.





Berbalik kepada cerita Keknil dalam staycation bersama Butterfly Project x Traveloka di KL Journal ni, korang juga boleh godek staycation kegemaran korang through aplikasi Traveloka. Macam-macam tempat ada.. Nak stay kat KL Journal ni pun boleh, nak stay kat tempat lain pun boleh.

Lokasi staycation ini adalah di KL Journal yang terletak di tengah bandaraya dan hot spot Bukit Bintang. Jadi memang serba serbi tempat menarik tertarik dekat dengan walking distance la.

Lot 10 .......................                 0.2 km
Farenheit 88 ..............                0.3 km
Bukit Bintang Monorail Station 0.3 km
Pavilion Kuala Lumpur.....         0.3 km
Fahrenheit 88  ............               0.3 km
Starhill Gallery  ..........              0.4 km
Sungei Wang Plaza  ...               0.4 km
Greenbox KTV Kuala Lumpur .0.4 km
Low Yat Plaza  ..........               0.4 km

Macam mana? Dekat je kan.. Lokasi yang sangat strategik di tengah Bukit Bintang.



tengah fikir nak beli tiket flight kemana lepas ni. Ehh..


Staycation ini bukan sekadar staycation, tetapi ada juga sesi ice breaking bersama butterflies. Antara aktiviti yang diadakan sempena staycation ini adalah Bath Bomb, Flower Loop dan Keknil sendiri telah memilih aktiviti Travel Journal. Kami diberikan buku scrap kosong untuk buat scrap book tentang aktiviti travel yang kami telah dan ingin lakukan. Haa.. ini memang perlukan kreativiti. Keknil yang tak berapa kreatif ni memang perah otak la nak buat ni. Tapi hasilnya jangan tak tau.. Hahhahaha... boleh tahan kreatif juga Keknil ni.. Hhahahaha (masuk bakul angkat sendiri)





before aktiviti bermula katanya

antara props dan bahan untuk dimasukkan kedalam buku skrap

memasing tengah 'berlakon' fokus.. Hahhaha

hasil buku skrap kami semua.. awesome tak.. cuba teka Keknil punya yang mana?

tadaaaa... ini Keknil punya.. cantik tak.. cantik tak?

Selain itu, upacara melepaskan rama-rama yang menjadi simbol Butterfly Project di lepaskan di KL Journal. Memang havoc la.. lepas tu bila tengok semua rama-rama berterbangan dah macam taman rama-rama pulak. Paling bahagia bila ada rama-rama yang sudi hinggap di jari runcing peserta. 

upacara melepaskan rama-rama

rama-rama dijari siapa itu?

Of course, majlis kemuncak staycation adalah exchange gift bersama roomate. Yeayy.. thanks Sally sebab sudi jadi roomate Keknil. Insya Allah hadiah tu Keknil akan manfaatkan sebaiknya. Hihihihi..

Agak korang, Keknil bagi apa kat Sally? Cer teka.. Haaa.. nak tau Keknil bagi apa.. boleh godek kat blog Sally pulak.. Hihihihi


Jom Keknil cerita ada apa di KL Journal ni. Ye la.. Keknil dok cerita best la.. awesome la.. tapi apa yang best dan awesomenya kat sini? Jom follow rapat-rapat..

Hiasan Dalaman dan dekorasi yang elegan

Memang tidak dinafikan, bila kita stay di hotel, mesti kita dah berangan betapa cantiknya hiasan dalaman dan dekorasinya kan. Dah namanya staycation, of course la kita mahukan setiap sudut pandangan tu sejuk dan menenangkan. Betul tak? Inilah konsep yang digunakan di KL Journal dimana susun aturnya sangat cosy malah turut dihiasi dengan tumbuhan segar yang mampu menyejukkan setiap pandangan mata. Auchhh....





Restorannya juga dihiasi dengan hiasan ala retro yang pasti mengimbau kenangan masa lalu. Mana nak dapat mangkuk tingkat macam ni wei zaman sekarang. Kalau ada pun semuanya dan di improvise dengan macam-macam warna dan fungsi. Ruangan tempat duduk yang pelbagai dari set kerusi sofa sehinggalah ke bar table membolehlah setiap pelanggan memilih untuk menikmati hidangan secara santai mahupun secara formal. 





Bilik Tetamu yang santai

Tatkala suara Keknil dan Sally yang memecahkan kesunyian ruang kamar yang menghadap Bukit Bintang ini, kami terus meneroka segenap ruang dalam bilik untuk mencari keunikan dalam bilik ini. Dimulai dengan hiasan dinding yang berlatarkan hitam putih kehidupan masyarakat Malaysia. Ya.. Memang inilah tempat di mana budaya dan cara hidup rakyat Malaysia diingati dengan setiap bingkai gambar dan 1001 maksud tersirat. 

double bed

help yourself

buku hutang. Hehhee

ruangan TV yang ringkas

from the other side

almari style boutique

jam suruh bangun tidur

bilik air

bilik air

amenities

nak posing ke nak tidur ni?


Kemudahan dan Pemandangan Indah Bukit Bintang

Menginap di KL Journal ni memang satu pengalaman yang menarik. Dengan pemandangan yang indah dari tingkat atas hotel yang bukan sahaja dapat menikmati pemandangan bandaraya Bukit Bintang, tetapi juga bandaraya Kuala Lumpur dengan pandangan sisi KLCC. 

Selain itu, kemudahan seperti swimming pool dan gym juga antara tarikan yang terdapat di sini. Malah hotel ini juga diberikan komen setaraf hotel 5 bintang yang ada di Kuala Lumpur.

 




Untuk penginapan awesome ni, korang boleh godek di laman web Traveloka dan cari tarikh staycation korang. Senang buat tempahan pakai handphone je.. tak perlu susah payah switch on PC, buka Google.. Hahahhaa.. semuanya dihujung jari sahaja..

Terima kasih kepada Butterfly Project, Traveloka dan KL Journal untuk staycation yang santai ni. ^_^

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Traveloka 

The Butterfly Project 


The KL Journal 


till then, tatababai

Post a Comment

2 Comments

  1. Bestnya kak nil. Happening sgt tgk aktiviti butterflies dkt sana. Nak join juga lah kalau ada rezeki nanti.

    ReplyDelete
  2. ehhh kak nill cantik jugak ya KL Journal ni!

    Tapi bilik Kak nill malam2 ditemani aunty tu la ye? aunty kat kedai runcit tu hehe -khai http://kakijalans.com

    ReplyDelete

Thanks for your support