Sebagai seorang wanita yang berkerjaya, memang kadang-kadang penat bukan sahaja dengan kerja-kerja pejabat, tetapi juga dengan macam-macam tugas luar yang perlu Keknil laksanakan. Kadang-kadang, penat juga seharian duduk dipejabat sampai nak terbalik meja sebab duduk je kat tempat kan.. Hahahha..
Jadi bila seharian kerja.. duduk pula kat kerusi pejabat dari pagi sampai ke petang.. Memang la sakit-sakit badan kadang sampai lenguh pinggang. Maklumlah.. bila dah terlalu fokus dengan kerja, kadang postur badan pun jadi tak betul. Tu yang sampai lenguh pinggang atau sakit-sakit badan.
Baru-baru ini, Keknil diperkenalkan dengan produk Jonlivia iaitu Unisex Phiro Back Support yang bukan sahaja dapat membantu membetulkan postur badan tetapi juga dapat membantu mengatasi masalah sakit pinggang dan sakit belakang.
Keknil telah cuba Phiro Back Support ini selama 2 minggu dan hasilnya sangat memberangsangkan. Macam Keknil akan pakai 2 hari sekali bagi membantu membetulkan postur badan. Nak pakai hari-hari pun boleh, depends pada aktiviti harian yang dilakukan.
Didatangkan dengan 3 saiz yang berbeza iaitu S, M dan L, Phiro Back Support ini diperbuat dari material yang tahan lasak, mudah dicuci dan tidak panas. Jadi kalau Keknil pakai hari-hari pun sebenarnya sangat selesa. Ia juga bukan sahaja sesuai digunakan dipejabat, tetapi juga ketika memandu, ketika melakukan aktiviti di rumah seperti memasak, mengemas dan sebagainya dan juga ketika beriadah. Pendek kata, ia sesuai dipakai pada bila-bila masa sahaja.
Cara pemakaian
Keknil juga beri peluang kepada officemate Keknil cuba Phiro Back Support ni dan ternyata.. memang selesa.
Antara kelebihan lain Phiro Back Support ini adalah :
- Membuatkan anda berasa yakin dan elegan tidak kira ketika berjalan mahupun berdiri
- Membantu membetulkan postur badan yang lemah
- Membantu melatih tubuh untuk mengembalikan bahu yang tegap
- Membantu memperbaiki Scoliasis dan Curvatures Spinal Malformed yang lain
- Membantu melegakan sakit bahu, sakit belakang dan sakit kepala
- Membantu meluruskan leher dan menjajarkan tulang belakang, dan
- Membantu anda melangkah dengan yakin dengan postur badan yang betul seperti peragawati
Keknil sarankan setiap keluarga berkerjaya perlu memiliki sekurang-kurangnya 1 unit Phiro Back Support ini kerana Keknil percaya, semua orang mempunyai beban kerja dan boleh membuatkan postur badan lemah. Jadi dengan adanya Phiro Back Support ini, ia bukan sahaj sedikit sebanyak dapat membantu melegakan sakit badan, malah dapat membantu mengembalikan postur badan dengan betul disamping melegakan pelbagai jenis sakit yang melibatkan tulang belakang.
Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Phiro Back Support ini, sila layari :
Website : www.jonlivia.com
Facebook : www.facebook.com/jonlivia
Instagram : www.instagram.com/jonlivia
Untuk pembelian produk Phiro Back Support, boleh dapatkan di laman web seperti di bawah :
till then, tatababai
0 Comments
Thanks for your support