Semarakkan Hari dengan Wangian Enchanteur 24H Perfumed Body Lotion

Assalammualaikum

Keknil ni bukan seorang yang rajin nak sapu-sapu losyen tauu.. Selalu dok tadah kaki tangan ke kat Iman minta Iman tolong sapukan atau urut kaki dan tangan guna losyen. Hahaha.. dasar pemalas kamu ni Keknil. Jadi bila terjadinya kemalasan ini, maka kulit Keknil tidaklah selembut dan tidaklah sehalus bayi lagi dah.. Dah kertu wei.. Dan dengan persekitaran kerja Keknil yang 8 jam duduk di dalam aircond, lagila mempercepatkan proses dehidrasi pada kulit yang bukan sahaja membawa kepada masalah kulit seperti kegatalan dan alahan.



Enchanteur 24H Perfumed Body Lotion

Produk Enchanteur tidak pernah mengecewakan Keknil. Memang sudah sejak azali lagi, Enchanteur sering menjadi pilihan Keknil untuk memberi kesegaran, kelembutan dan wangi-wangian bukan sahaja di pejabat malah dirumah. Ehem.. Dengan losyen terbaharu Enchanteur 24H Moist Losyen Haruman Badan yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih dan minyak zaitun dan hasil gabungan ketiga-tiga bahan semulajadi ini akan meresap jauh ke dalam kulit bukan sahaja untuk memelihara dan melembap, malah menyuburkan kulit agar kekal lembut, licin dan awet muda. Haa... Maka dengan itu secara automatiknya menjadikan ia menjadi pilihan Keknil dalam membantu kulit Keknil kekal lembap, muda dan semestinya berseri-seri sepanjang hari ketika di pejabat. Barulah boleh berjumpa dengan client tanpa was-was gitu.. Hahaha


Produk ini berasaskan air dan tidak meninggalkan kesan berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan. Teksturnya yang halus dan baunya yang harum mampu membekalkan kelembapan dan penghidratan sehingga 24 jam. Wangiannya yang diinspirasikan Enchanteur France mampu menyemarakkan dan menghidupkan detik-detik romantis.. Ouch...


Produk ini datang dalam 3 variasi wangian yang menarik iaitu :

ENCHANTEUR Charming (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)

Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.


ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan)

Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban.


ENCHANTEUR Alluring (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri)

Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap  jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian.

Jadi jangan malas lagi. Siapa lagi nak jaga kulit kita kalau bukan kita sendiri kan.. Haaa... produk ini boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi seluruh negara dengan harga RM11.90 (termasuk 6% GST) bagi saiz 220ml.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Laman Web : www.enchanteur.com.my


till then, tatababai

Post a Comment

5 Comments

  1. Best lotion enchanteur ni kak. Bukan je wangi tp boleh lembutkan kulit juga. Tak yah nk pakai perfume dah.

    ReplyDelete
  2. bertambah wangi le kakak kite nih ha.. hee~

    ReplyDelete
  3. Wah bestnya.mak aina pun minat guna enchanteur.

    ReplyDelete
  4. wangi...saya suka ! tak payah pakai perfume pun ok dah hehehe

    ReplyDelete

Thanks for your support