Rangkaian Produk Stunning dari Enchanteur

Assalammualaikum

Produk Enchanteur memang sejak dahulu lagi menjadi pilihan Keknil. Selain dari harganya yang mampu milik, ia juga sangat wangi dan tahan lama. Bayangkan 1 semburan minyak wanginya boleh bertahan sehingga 8 jam. Haaa.. kalau bekerja tu memang sentiasa wangi je la kan..

Baru-baru ini Enchanteur telah mengeluarkan rangkaian produknya yang terbaharu iaitu Enchanteur Stunning yang diinspirasikan dan diformulasikan daripada Turkish Rose, Magnolia, Blackcurrant Bud, Raspberry dan Sandwood.


Wangiannya yang lebih sensual dan lembut membuatkan si pemakai lebih yakin dan ayu gituu.. ^_^

Enchanteur Stunning Perfume mempunyai bentuk dan bau yang sangat menarik. Melihat bentuknya sahaja sudah tahu yang ianya mampu memberikan efek sensual kepada sipemakai. Boleh dimiliki dengan hanya RM28.20 sahaja bagi 50ml.


Enchanteur Stunning Body Lotion didatangkan dengan saiz 250ml dengan gabungan wangian Aloevera dan Olive Butter. Teksturnya juga tidak melekit dan sangat mudah menyerap pada kulit. Harganya mampu milik dari RM5.40 - RM17.60 bergantung kepada saiz.


Enchanteur Stunning Roll On dan Enchanteur Stunning Mist bukan sahaja berfungsi sebagai wangian bawah lengan tetapi juga dengan kawalan penuh sehingga 24 jam. Boleh didapati dengan harga dari RM4.90 - RM8.40 sahaja.



Enchanteur Stunning Talc yang masih mengekalkan bentuk yang sama juga mempunyai wangian yang sempurna untuk si pemakai. Boleh didapati dengan harga RM4.40 - RM11.80 bergantung saiz.


Rangkaian produk Enchanteur Stunning ini boleh didapati di kesemua rangkaian pasaraya, pasaraya besar dan farmasi di seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Laman Web : www.enchanteur.com.my
Facebook : http://facebook.com/enchanteurmy


till then, tatababai

Post a Comment

0 Comments