Kyrgyzstan - The Pearl of Central Asia | Day 6

Assalammualaikum

Bersambung lagi Hari ke-6.. Memandangkan hari ini hari Jumaat.. jadi banyak aktiviti Free & Easy bagi memastikan kesemua ahli rombongan lelaki dapat melaksanakan solat Jumaat.

Pagi tu, kami breakfast dulu di resort dan macam biasa.. menu dia memang lain macam sikit.. hihihi.. memang sedaya upaya dorang nak ikut selera Malaysia.. nasi ala-ala Nasi Lemak dan sambal.. tapi rasa sambal tu.. ada kureng sikit.. takpe.. kita topup dengan serunding daging yang kita bawa dari Malaysia.. Huihuihuii..



Destinasi pertama kami adalah di Ruh Ordo Cultural Village Centre yang terletak tidak jauh dari resort kami. 

Travel Tips : Terletak di bandar Cholpon-Ata, di tepi Lake Issyk Kul, pusat budaya yang unik di udara terbuka telah dibina pada 2002. Diberi nama Ruh Ordo. Diterjemahkan daripada bahasa Kyrgyz Ruh Ordo bermaksud "pusat rohani". Ia memberikan setiap pelawat peluang untuk pembangunan rohani dan penemuan diri dan menggabungkan unsur-unsur pelbagai budaya dan agama. pusat kebudayaan Ruh Ordo dinamakan sempena penulis Kyrgyz terkenal Chingiz Aitmatov.
Di sini korang boleh melihat ukiran orang terkenal yang telah lalu dan masa kini. Korang boleh melawat bangunan berunsur Buddha, Katolik, Ortodoks, Islam dan gereja kecil Yahudi, yang hadir di sini sebelah menyebelah di bawah satu langit, melambangkan kesatuan iman semua rakyat. Kompleks Ruh Ordo juga mempunyai dewan konsert yang besar dengan akustik yang unik, yang sering menjadi tuan rumah konsert dan acara kebudayaan tempatan. Terdapat membina sebuah dermaga dari pantai, dengan empat astaka melambangkan empat arah atau empat musim.
Kalau korang datang sini, Keknil wajibkan korang ke sini bagi mempelajari budaya yang ada di Kyrgyzstan ini disamping dapat memahami mengapa dan bagaimana pengaruh agama khususnya Islam disemarakkan di negara ini. Jom layan gambar sepanjang lawatan kami di sini.

signboard di sebalik bunga-bunga yang cantik

entrance ke Ruh Ordo



souvenir booth

kaunter tiket

pintu gerbang untuk masuk ke dalam Ruh Ordo

pengawal yang check tiket

beratur sebelum masuk.. heeeee

inilah yang jurucakap yang akan lead kami

very soft spoken dan English dia sangat fluent

penerangan dia juga sangat detail

bangunan Buddha


ada maksud disebalik loceng ini.. 

ada bayaran dikenakan kalau nak amik gambar dengan burung ni atau dengan pemiliknya



Tree ini menunjukkan suku kaum yang ada di Kyrgyz. Sama juga dengan suku kaun yang ada di Malaysia.. ada banyak loghat dan bahasa. Walaupun dorang ini ada yang terdiri dari bangsa yang berlainan, tetapi dorang tetap hidup bermasyarakat dan bersatu padu. ^__^

Di sini, pelancong akan diberi pendedahan dan penerangan secara lengkap dari sejarah asal Kyrgyzstan sehinggalah bagaimana pengaruh agama lain termasuk Islam masuk ke dalam negara ini. Bagi yang sukakan sejarah, silalah datang ke sini.. tak rugi pun kita belajar sejarah negara orang.. sekurang-kurangnya, kita tau macam mana Islam itu sendiri berkembang dan bagaimana pengaruhnya mempengaruhi cara hidup masyarakat dunia.. ^__^



Ini adalah nama panggilan bagi keluarga. Bermula dari No 1 iaitu Ata iaitu nama panggilan bagi ahli keluarga lelaki tertua dalam keluarga. Sehinggalah yang ke bawah-bawah.. Korang boleh cuba translate sendiri.. ^__^ 

Dibawah ini merupakan arca gereja Ortodoks. Sama seperti arca bangunan yang lain, di dalamnya terdapat replika perkakasan dan peralatan yang digunakan bagi upacara yang dijalankan di gereja tersebut.







arca

arca

bangunan simposium yang masih lagi digunakan sehingga kini


bilik mesyuarat di dalam simposium







antara pelawat yang datang

batu cinta

pemandangan yang sangat cantik

Di bawah ini pula adalah arca bagi gereja Kristian. Tak salah pun kita masuk sebab tiada sebarang aktiviti keagamaan yang dijalankan di sini. So, no worries.. pastikan niat kita tu betul okey.. ^__^






pemandangan lagi 

Gambar di bawah ini pula adalah masjid. Takkan tak kenal kan.. ^_^ Paparan bagaimana fungsi setiap peralatan dan perkakasan dijelaskan dengan baik oleh jurucakap. Well done, miss !









Memandangkan lokasinya berada di pesisir Issy Kul. Jadi pemandangannya sangatlah tenang dan nyaman. Terdapat jeti khas yang mana korang boleh bersantai-santai dan berphotoshoot sampai lebam. Memang cantik sangat...










putera katak yang telah disumpah..yang mana single.. boleh try cium.. mana la tau kan.. ^_^











peta Kyrgyzstan







bersama jurucakap yang cantikkkkk

wefieee serasi bersama



Usai selesai lawatan kami di Ruh Ordo, kami di bawa pula ke Rumah Anak-anak Yatim yang terletak tidak jauh dari situ. Tujuan kami ke sini adalah untuk menyampaikan sumbangan ikhlas yang telah kami kumpulkan untuk diagihkan kepada anak-anak yatim di sini. Ia sebagai salah satu aktviti kebajikan yang turut dimasukkan dalam itinerary kami. Sambil bercuti, sambil beramal, gitu !

Rumah anak-anak yatim di sini memang lain macam sikit.. sebab tak nampak macam rumah anak-anak yatim. Dengan pemandangan tasik Issy Kul sebagai pemandangan utama, terasa macam nak duduk sini la pulak.. Hahahahaa







acara pemberian sumbangan oleh ahli rombongan



seronoknya dorang

dapat beg, terus nak pakai



happy face

Seronok rasanya tengok wajah mereka. Inipun tak semua ada sebab ada yang pergi ke tasik Issy Kul untuk menikmati cuti musim panas mereka. ^_^

Kemudian, kami pun kembali semula ke resort bagi memberi peluang kepada ahli rombongan lelaki menunaikan solat Jumaat. Kami yang ladies ladies ni, terus ke ruang makan dan menikmati makan tengahari yang telah disediakan.^_^




Petang tu, acara free and easy dan kami berpeluang untuk ke pasar yang terletak berhampiran resort. Jalan kaki je.. ^_^ Bagi yang tak sempat shopping souvenir di Bishkek, boleh shopping souvenir di sini ye.. korang juga boleh tawar menawar tapi janganlah melampau sangat.. Since masalah bahasa sangatlah mainstream di sini.. Jadi gunakan kalkulator untuk tawar menawar.. Heheheh..

Travel Tips : Sebaiknya jika nak tawar menawar, belikan dalam kuantiti yang banyak.. combine dengan kawan-kawan yang lain untuk dapatkan harga yang berpatutan. ^_^


maduu

makcik madu jangan marah saya...

roti.. murah sangat ni tau... dalam RM1 gitu..

selfieeee... sebab borong souvenir kat adik ni.. ^_^

makcik jalan balik dari pasar.. Hahahah

ikan salai...

aiskrim 50 senn... rindunya weiiii

resort lain yang terletak di Issy Kul

air yang tenang jangan disangka tak kecundang.. hihihi boleh nampak banjaran gunung di sebelah sana tak? 

nampak tak gunung kat seberang sana?

aktiviti bersantai di pantai Issy Kul





Rindu pemandangan di Issy Kul

Dan Keknil pun kembali semula ke resort.. sempat la juga snap beberapa keping gambar sekitar resort sebelum check out esok pagi. Masih terbayang suasananya di sana.

penginapan banglo

penginapan semi D.. salah satunya adalah bilik Keknil..

taman permainan






pathaway

pathaway ke dewan makan

taman bunga

taman bunga


taman bunga dan buah-buahan

butterfly

bakul bunga

taman



Rindu tempat ni.. huhuhu.. dan malam tu kami dinner special sikit sebab malam terakhir kan.. ^_^ habis Keknil makan 3 pinggan tu.. Hahahaha..





till then, tatababai

Post a Comment

1 Comments

  1. Halo Kak Anilwanina, salam kenal dari saya di Indonesia. Seronok lihat gambar-gambar di Kyrgyz.

    ReplyDelete

Thanks for your support