Kyrgyzstan - The Pearl of Central Asia | Day 7

Assalammualaikum

Keesokan paginya, tibalah masa kami untuk meninggalkan Issy Kul. Kalau dikenangkan kembali.. memang berat rasa nak tinggalkan tempat ni.. tapi apakan daya.. ada boipren yang sedang menunggu di Malaysia.. Kikikii..

Pagi tu, kami dihidangkan dengan makanan ringan-ringan sahaja. Maklumlah.. nak travel jauh ni.. Bubur manis dan telur separuh masak 2 butir beserta hotdog. Sos sendiri bawa.. Hahahaha



Ahli rombongan dah mula menurunkan beg masing-masing dan tidak kurang juga yang mengambil gambar kenangan buat kali terakhir di sini. Entah bila lagi akan ke sini kan.. Jadi haruslah memori telefon dipenuhkan sebagai tanda kenangan sepanjang trip ini.. ^__^ Beg pun dah beranak pinak dah ni.. Cuba teka beg Keknil yang mana.. Kkikiii


Perjalanan pulang kami terus ke Bishkek tetapi kami akan singgah di Burana Tower terlebih dahulu sebagai penutup lawatan rasmi kami kali ini. Tak sampai hati nak lelapkan mata hatta seketika demi menikmati pemandangan indah di sini.











Hey Zeinap ! Rindu Keknil tak? ^__^










Sampai di R&R.. kami berhenti seketika untuk toilet break.. Huhuhu.. Pemandangan di atas gunung ni memang awesome.. lagi-lagi cuacanya yang cerah.




bas kami










Setelah beberapa jam perjalanan, kami pun tiba di Burana Tower. Bestnya kat sini, sepupu Zeinab ada kat situ dan menyediakan kudapan untuk kami ! Nampak tak jejaka berbaju biru yang tinggi lampai tu.. Hahh.. nak tau apa yang buatkan kitorang kerumun kat dia?



strawberryyyy... fresh dipetik dari ladang tauuuu... manis sangat.... berebut-rebut Mak Limah termasuk Keknil juga.. Kahkahkah

Okey... sambil kunyah stoberi.. kita masuk ke dalam kawasan Burana Tower ni.. setiap lokasi yang kita pegi ni..ada sejarah dia..

Travel Tips : Burana Tower, sebuah menara abad ke-11 yang terletak hanya 60km timur Bishkek. Satu daripada sisa-sisa baki terakhir bandar purba Balasagun, bekas ibu negara daripada Karakhanid Khanate dan hentian pit Silk Road yang penting. 
Korang boleh je panjat menara ni, tapi awas ! Oleh kerana saiz tangga dan ruang yang agak kecil, jadi kalau badan macam Keknil ni kira ngam ngam saiz je.. ^_^ . Ia bermula dengan tangga di luar 33 langkah. Kemudian anda masukkan menara. Tangga dalam 40 hingga 50 langkah adalah sangat sempit dengan langkah-langkah yang besar. Ia tidak begitu mudah dan gelap, jadi bawalah lampu sulup atau boleh gunakan lampu di telefon pintar.







Travel Tips : Terdapat legenda mengenai seorang Khan yang mempunyai seorang anak perempuan yang cantik, Monara, yang memang disukainya. Pada suatu hari dia memanggil penilik nasib untuk melihat masa depan gadis itu. "Apabila anak anda mencapai ulang tahun ke-18, labah-labah hitam beracun menggigit dan dia segera mati." The Khan marah tetapi dia tidak boleh mengabaikan ramalan. Jadi beliau membina sebuah menara tinggi dan penilik nasib yang telah dipenjarakan di sebuah bilik kecil di bahagian bawah dan anak perempuannya telah dipencilkan di bahagian atas menara.
Gadis itu membesar di menara, yang menghadap ke lembah melalui empat tingkap yang memandang kepada perkara-perkara kompas: Utara, Selatan, Timur dan Barat. Pelayan membawa makanan dan minuman beliau, menyampaikan ia dalam bakul selepas mendaki tangga diletakkan di bahagian luar menara. Mereka telah diperiksa dari kepala ke kaki memastikan bahawa pakaian mereka, makanan, atau plat, menyembunyikan labah-labah. 
Pada hari ulang tahun ke-18 beliau, Khan begitu gembira bahawa ramalan orang tua itu telah membuktikan palsu. Dia mahu mengucapkan tahniah kepada anak gadis itu pada "hari istimewa" beliau dan pergi ke biliknya membawa segugus anggur. Sambil mengucapkan tahniah kepada anak gadisnya dengan sebuah ciuman, beliau menghadiahkan anak gadisnya dengan buah-buahan. Apabila anak gadisnya memakan buah anggur itu, secara tiba-tiba anak gadisnya terjatuh lalu mati. Khan memeriksa buah tersebut dan ada labah-labah hitam. Khan berasa sedih dan menangis dengan kuat sehingga menara bergegar dan bahagian atas jatuh ke bawah lalu mewujudkan kehancuran yang kita lihat pada hari ini.










Selepas lawatan ke Burana Tower.. kami dibawa untuk menikmati makan tengahari di Tokmok. Makan tengahari terakhir sebelum pulang ke Malaysia. Pada majlis makan tengahari ini, kami turut meraikan hari lahir Ata dan Dr Mar yang menyambut hari lahir pada bulan itu. Untung la.. ^_^















Ucapan dari Ata yang sangat mengalu-alukan kehadiran kami di sini. Miss you, Ata ! Zeinab as translator.. hehehe












Kami tiba di airport petang ni.. macam biasa.. sebelum balik tu, kemas dulu beg dan tengok berapa banyak kilo yang bertambah.. Kikikii.. Untuk Astana Air, luggage bagi setiap orang yang diberikan adalah 20kg sahaja. Jadi, sila rancang setiap kilo yang korang ingin bawa balik ke Malaysia ye.. terlebih kilo, memang kena bayar la.. tak mahal pun.. USD50 bagi setiap kilo yang terlebih tu.. Mohon nangis.. T__T

Ada juga kemudahan untuk wrap bag.. tapi Keknil bawa sendiri wrapper.. jadi dah jimat kat situ.. Maklumlah.. dah borong macam-macam.. miskin sudah ni.. Hahahhaa


hasil rampsan.. fuhh.. kotak tu ngam-ngam 20kg tauuu... 

wefie session sebelum drop luggage. 

Dan alhamdulillah.. kesemua ahli rombongan berjaya meloloskan barang rampasan dengan jayanya. Yang tak berjaya tu, kena hand carry macam Keknil.. Hahahahhaa

Masuk je dalam sebelum boarding, kami sempat menunaikan solat Asar di surau airport yang disediakan.



Okey.. ready to fly back home. Flight ini akan transit di Almaty, Kazakhstan selama 2 jam. Jadi ada masa untuk bersantai-santai dan tka perlu rushing.. ^_^






Sepanjang transit, aktiviti shopping tidak terhenti disitu.. Hahahha.. kat sini ada yang sambung shopping coklat okeyy.. Murah banget coklat dia serendah USD1.. Tapi Keknil tak dapat beli sebab duit USD Keknil dah abis.. Uwaaaa.. mohon mereput... Cuci mata je la kat sini.. Berhuhuhu je la...






Penerbangan balik selama 8 jam dan tiba di Malaysia pada keesokan harinya. Alhamdulillah.. terima kasih kepada Duta Kyrgyzstan ke Malaysia, Kylychbek Sultanov dan kesemua krew yang terlibat dalam media trip kali ni. 

Tidak dilupa kepada geng-geng Tasik Kecundang yang sama-sama menjayakan 1Takes Ala-Too "Malaysian First Group to Republic of Kyrgyzstan". It's an honoured to be part of it !

till then, tatababai

Post a Comment

0 Comments