Selalu dengar KetchUp.. KetchUp.. tapi tak tau KetchUp tu apa.. meh rapat sikit Keknil nak share program KetchUp yang Keknil join Sabtu lepas bersama rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari dan media influencer dari pelbagai platform.
KetchUp merupakan sebuah sebuah medium untuk berkongsi informasi, rasa, pengalaman dan cerita mengenai lokasi-lokasi sesebuah cafe di lokasi-lokasi tertentu di kawasan sekitar yang telah mengambil bahagian dalam program ini.
Menariknya program ini juga telah menjemput Kelab Blogger Ben Ashaari sebagai rakan media sosial bersama-sama dengan team Ketch Up, Foodink Malaysia, Sini dan MYC!. Dengan tagline, 36 Cafe, 36 Bloggers, 6 Days, 6 Neighborhoods.. Mampukah kami melakar sejarah dalam KetchUp Run ini? ^_^
Sudah pastilah kami mampu... Hah.. nak tau tau kemana lokasi Keknil untuk edisi Ketch Up Run kali ni? Ada 6 lokasi yang berbeza dan kebanyakannya telah dikongsikan oleh rakan blogger yang lain. Dan untuk team Keknil.. kami telah memilih untuk cover di kawasan kejiranan Subang Jaya USJ. Jom.. follow Keknil dan tengok cafe-cafe yang menarik yang berada di sekitar Subang Jaya USJ..
Whup Whup
Lokasinya agak tersembunyi di kawasan Industrial Estate Subang Jaya dan dikelilingi oleh kilang-kilang, mungkin korang tertanya-tanya.. betul ke ada cafe kat sini? Hah.. jangan tak percaya.. sebab Keknil dah jejak kaki kat sini tauu.. Whup Whup di aspirasikan oleh Chef Liang bersama-sama dengan tunangnya serta sahabatnya yang merupakan jurulatih barista. Dengan mengekalkan rekabentuk luaran bangunan, ia tampak seperti kilang biasa.. tetapi di dalamnya, Keknil sendiri tak sangka.. ada taman mini, tumbuhan berpasu serta bunga segar menjadikan ianya menarik.
pemandangan cafe
pemandangan cafe
Sajian istimewa di Whup Whup Cafe terdiri daripada :
Beef Mojo Cubanos
Mohawk Salmon With Pineaple Salsa
Glazed Lamb Shank with Ratatouille with Rosemary’s Starter
Duck 3 Ways.
Hot Latte
Leomanade
dating with me?
Alamat :
12, Jalan SS13/3B,, 47500 Subang Jaya, Selangor
Media Sosial :
Waktu Operasi :
11 pagi - 10 malam
A Pie Thing
Siapa sangka minatnya terhadap Pai telah membuka mindanya untuk membuka sebuah cafe yang khas menghidangkan pelbagai jenis Pai. Keknil sangat teruja dengan ceritanya, di mana kesemua menu Pai tersebut di buat sendiri di cafe tersebut especially bahan savory nya.. feel like home.. ^_^ Menu yang dijual hanyalah Pai tetapi dengan pelbagai jenis rasa menu. Ada yang pedas, manis dan kesemuanya memang korang wajib cuba ! Keknil dah rasa the best menu in the house.. dan memang terbaik !
open counter
the space
crack the wifi password if you can
antara menu di sini..
dessert pie
Sajian istimewa di A Pie Thing terdiri daripada :
Chicken and Mushroom Steak Pie
Sweet Potato Pie
Nachos Pie
Nutella Pie
Smores Pie
ready to eat pie?
Alamat :
12, Jalan PJS 11/8, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor
Media Sosial :
Waktu Operasi :
12 tengahari- 12 tengah malam
Underground Société
Tak perlu ke bawah tanah untuk menikmati hidangan yang enak ! Kerana kini Underground Société telah mencipta laluan khas yang mempamerkan gaya hidup alternatif serta ungkapan seni melalui menu-menu mereka. Rekabentuk bangunan yang menarik dan Keknil pun tak sangka.. ada bangunan rupa gini kat Subang Jaya USJ ni.. terus terbayang-bayang makan kat cafe bawah tanah di Amerika.. Huihuihui.. bila tengok rekabentuk luaran nampak macam ganas.. tapi interior dalam dia.. Wowww... terkesima Keknil bila tengok dengan susunan meja yang memanjang selain dari pantulan cermin yang menampakkan ruangnya lebih luas.
Underground Société
interior
antara menu istimewa di sini
black and white burger
Sajian istimewa di Underground Société terdiri daripada :
Grilled Slipper Lobster Benedict
Fried Egg with Minute Steak
Casserole of Mushroom and Thin Sliced Onion Ring on Underground Bun
Underground Grenade
Underground Fireball
Alamat :
68, Jalan PJS 11/7, Bandar Sunway, 46150 Subang Jaya, Selangor
Media Sosial :
Waktu Operasi :
11 pagi - 12.30 tengah malam
After Black
Menyusuri laluan pejalan kaki menghala ke Cafe After Black di Sunway ni, Keknil rasa macam terkejut juga la.. eh eh.. cafe ni warna hitam.. jarang sangat kan tengok cafe dicat dengan warna hitam. Tapi di sini, ada sebabnya kenapa dicat dengan warna hitam. Lebih kepada mengenang kembali memori lama.. cafe ini banyak menggunakan aksesori dan barang-barang lama yang mungkin pada ketika ini telah ditelan zaman. Siapa sangka, cafe ini ada menyimpan basikal tua dan yang mengimbau kenangan.. mesin taip lama yang Keknil rasa.. dah masuk arkib negara kot ! Hahaha.. bila masuk cafe ni, memang terasa macam terkenang-kenang zaman kecil-kecil dulu.. ^_^
exterior cafe
interior cafe
hot menu.. yummy
hot and cold drinks
Sajian istimewa di After Black terdiri daripada :
Aglio Olio Spagheti
After Black 'Cili Padi' Seafood Aglio Olio
Grilled Chicken Chop with Sweet Basil BBQ Sauce
Fresh Pressed Lemonade
Rose Latte
Alamat :
23, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor
Media Sosial :
Waktu Operasi :
11 pagi - 11 malam
Garage 51
Jangan tak tau.. pemilik Garage 51 adalah pemilik yang sama dari Underground Société. Istimewanya Garage 51 ni, ia menawarkan rangkaian menu yang sangat unik. Lokasi kaunter yang see-through di mana kita sebagai pelanggan dapat melihat sendiri bagaimana setiap menu itu di cipta. Wow.. memang menarik.. Terdapat pelbagai pilihan menu di sini dari menu sarapan pagi sehinggalah menu makan malam.. Pasti menarik kalau dapat menikmati minum petang disini kan.. ^_^
dari pandangan sisi
dari pandangan depan
interior dalaman cafe
menu menarik di Garage 51
menu sweet-sweet di Garage 51
Sajian istimewa di Garage 51 terdiri daripada :
Messy Garage Pancake
Awesome Garage Breakfast
The Father
The Mother
The Daughter
The Son
Alamat :
51, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor
Media Sosial :
Waktu Operasi :
11 pagi - 11 malam
Seriously, ini kali pertama Keknil pergi terjah 5 cafe dalam masa satu hari. Satu pengalaman baru untuk Keknil. Pada Keknil, setiap cafe ada keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri dan yang membuka minda adalam bagaimana anak muda ini dengan semangat juang yang tinggi membuka mencerna idea untuk memulakan perniagaan seperti ini. It's inspired ! Keknil pun secara tak langsung rasa macam nak buka cafe je.. ^_^ tapi nak buat macam mana.. Keknil cuma pandai makan je.. Hehehe
Terima kasih kepada team Ketch Up especially Anita dan Nick yang sudi membawa Keknil dan rakan blogger lain untuk terjah cafe-cafe ni.. Terima kasih juga kepada Aben yang sudi memberi peluang. Dan Insya Allah.. ada rezeki.. Keknil pasti akan terjah lagi cafe-cafe ni bersama keluarga pulak..
Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan program Ketch Up Run, sila layari :
Laman Web : http://ketchup.com.my/
Facebook : www.facebook.com/KetchUpCommunity
Instagram : www.instagram.com/ketchup_my
till then,
tatababai
Semua pon nampak menarik :)
ReplyDeletesemua sedap.. huihuihuii
Deletesedap2 nampak makanan tu,mesti naik kg hahaha
ReplyDeletebalik ketchup timbang berat naik 2kg.. kuangkuangggg
Deletesyok nampak akak jalan-jalan mkn!
ReplyDeletenomnomnom... hihihi
DeleteHebat kecthup ni tau...sekali jalan berderet kedai haa kena buat food testing!...terbaik
ReplyDeletebest nya semua cafe tu nanti boleh lah pergi sebab tak jauh mana pun .. makanan pun nampak sedap tuu .. nyamm nyamm
ReplyDelete