Pernah tak kadangkala macam-macam idea yang bermain di minda kita ni.. nak cipta mesin rumput yang boleh terus masuk dalam plastik sampah.. tapi kita takde dana atau nak tempat yang boleh membantu untuk buat kajian tentang peralatan apa yang sesuai untuk idea kita tu.
PatternMall adalah sebuah syarikat bumiputra yang menyediakan platform untuk tujuan pengkomersilan jual beli paten dan idea ciptaan di atas talian. Menariknya PatternMall ni, ianya adalah percuma dan bukan itu sahaja tau, kita sendiri.. kalau ada idea yang kreatif yang sesuai untuk dikembangkan menjadi sesuatu yang baru dan inovatif turut boleh menyumbangkan idea tersebut melalui laman web PatternMall ini dan secara tak langsung.. kita dapat menjana pendapatan melalui paten yang kita iklankan.
Projek ini telah mendapat sambutan yang hangat dari universiti-universiti tempatan dan institusi penyelidikan di Malaysia. Malah di dalam laman web PatternMall sendiri telah tersedia lebih dari 100 paten untuk dipasarkan.
Macam mana orang biasa macam kita ni boleh menjual paten kita sendiri kepada agensi atau orang luar? Senang je.. memula.. kita sebagai pemikir muda, kena fikir dululah.. idea-idea kreatif yang mungkin dapat meyumbang kepada masyarakat. Contohnya;
Keknil ada idea nak mencipta mesin rumput yang semua rumput-rumput yang dimesin tu terus masuk ke dalam tong sampah. Apa yang Keknil perlu buat adalah :
1. Pastikan dulu idea tersebut adalah idea baru, bukannya idea ciplak ye.. kalau ciplak tu.. memang tak dapat la korang nak patternkan.. ^_^
2. Cari dana atau penyumbang yang boleh melabur projek ciptaan mesin rumput ni. Tapi kalau tak perlu dana, no worries.. boleh terus daftarkan paten tersebut di laman web PatterMall
3. Sekiranya perlu, mohon bantuan dari universiti tempatan yang dapat menyediakan teknologi untuk membangunkan projek mesin rumput tersebut.
4. Daftarkan paten tersebut di laman web PatternMall dan letakkan harga berapa yang korang nak jual untuk produk yang korang dah patenkan tu
5. Tidak dilupakan ye, buyer bukan setakat dikalangan rakyat Malaysia je.. malah ianya turut dapat di lihat di luar negara.. Manalah tau, patern korang boleh dijual dengan harga USD100,000.
Dan yang penting.. paten tersebut mestilah asli ye dan kalau lagi kreatif.. lagi mahal harganya yang korang boleh letak.
Menarik bukan.. dalam zaman sekarang ni.. ada idea sahaja pun dah boleh jual.. semuanya hanya di PatternMall.. terima kasih kepada Cradle Fund yang sudi membiayai projek untuk prototaip portal PatternMall. Tidak dilupakan kepada MATRADE, PPIPBM dan UTM kerana menyokong dan turut membantu dalam majlis perasmian PatternMall baru-baru ini.
till then,
tatababai
No comments:
Post a Comment
Thanks for your support