Monday, October 5, 2015

Selera Melayu dan Oriental Aneka Pilihan

Assalammualaikum..

Kalau bercakap pasal makan.. mesti semua orang teruja.. aku juga begitu.. lelagi dapat makan makanan kegemaran kita.. fuhhh... aku ni kalau ikutkan semua makanan aku suka.. kalau pegi Penang.. harulah cari Nasi Kandarnya..  kalau pegi Sarawak.. mesti cari Mee Koloknya.. tapi kalau pegi kenduri kahwin.. tak kira la kat mana-mana, mesti cari Ayam Masak Merahnya..

Hahh.. nak share kat korang ni.. tempat makan yang menawarkan menu oriental.. dari menu kampung sampai la ke menu moden.. memang lazat sehingga menjilat jari.. walaupun tempat ni agak jauh dari ibukota.. tapi apadehal.. dari KL pun sanggup ko redah ke Perlis kan.. ni lagi kat area Selangor je.. ^_^







Bertempat di Jenderam, sebuah restoran yang diberi nama Ummiza Cafe.. masakan Melayu dan Oriental menjadi hidangan utama di sini dan aku pasti.. korang mesti tertanya-tanya,, apakah menu yang dihidangkan di sini.. banyak pilihan ke tidak?


















Memang banyak pilihan uolsss.. sebelum ni kalau aku datang memang aku selalu order ala-carte je.. tapi kali ni aku cuba nasi campur dia.. perghh.. macam makan kenduri chuolsss..menu-menu dia banyak dan semuanya sedap-sedap belaka.. aku sempat cuba beberapa menu kenduri yang menjadi kegemaran aku..  licin pinggan chuolsss...


Bagi pusingan ke-dua.. ehem.. dua kali tambah jugak la aku makan.. hahahah.. kali ni aku amik keputusan untuk ratah-ratah je.. bila tengok banyak menu dah habis.. yang aku pasti.. memang sedap la sebab cepat je licin dari tray tu.. tengok kat pinggan masing-masing pun licin.. kikikiii kali kedua ni aku try menu kampung pulak.. apalagi kalau bukan Keli Berlado.. since tinggal sikit je dalam tray tu.. aku amik satu je.. simpan sikit untuk orang belakang kan... ^_^ nak nangis rasa sebab lama tak makan menu macam ni..


Di Ummiza Cafe ni.. selain dari harganya yang amat berpatutan dan murah.. mereka juga turut menyediakan menu sarapan pagi... dan mereka juga turut menyediakan tempahan untuk katering. Cumanya, peralatan katering dan pengangkutan tidak disediakan atas faktor kekurangan kakitangan. Tempahan diambil untuk 300 orang kebawah sahaja dan boleh ditempah untuk majlis makan keluarga, jamuan di pejabat, sambutan hari lahir dan sebagainya. Harga pula tertakluk kepada harga pasaran dan kuantiti lauk yang ditempah.


Lauk pauk juga meriah setiap hari tau.. Ada ayam masak merah, ayam kicap berlada, ayam masak lemak cili api, ikan kembung berlada, ikan keli berlada, sambal udang, sup cendawan dan siput sedut masak lemak.. Yummy... mari telan ailio beramai-ramai..


Untuk pertanyaan / tempahan, sila hubungi :
Puan Nor - 0196682069 
Ain - 01110602569

Ummiza Cafe
Alamat : No 229 Batu 29 Kampung Jenderam Hulu, Dengki Selangor
Instagram : @UmmizaCafe

Waktu Operasi :
Isnin - Jumaat
7.00 pagi - 3.00 petang

(Ahad & Cuti Umum - Tutup)


till then, tatababai

What's New

4 comments:

  1. alaaa . nak makan siput sedut lagiiiiiii :DD

    ReplyDelete
  2. Huntong la dekat ngan rumah kan Anil..menu semua sedap2 ..

    ReplyDelete
  3. Huntong la dekat ngan rumah kan Anil..menu semua sedap2 ..

    ReplyDelete
  4. banyaknya lauk...

    namun, mata tertancap pada udang petai.. urgh !

    ReplyDelete

Thanks for your support