Tuesday, October 6, 2015

Selami rahsia kecantikan Rozita Che Wan

Assalammualaikum..

Semua orang nak cantik..
Semua orang nak kulit muka yang gebu dan anjal..
Semua orang nak rasa yakin dengan penampilan diri..
Semua orang nak jadi macam Che Ta..




Eh.. ye ke.. tapi betul kan... hahh.. aku ni pun kalau boleh nak cantik, nak kulit muka yang putih bersih macam Che Ta.. jadi, bila aku dijemput untuk berjumpa secara LIVE dengan Che Ta.. memang aku tak lepaskan peluang ni.. mau tidaknya, di sini Che Ta akan berkongsi rahsia kecantikannya serta boleh belajar tips untuk tampil yakin dan berani ketika berhadapan dengan orang ramai..



Majlis An Evening of Beauty Hi Tea bersama Rozita Che Wan yang aku hadiri adalah majlis ramah mesra serta memperkenalkan secara lebih lanjut produk Rysya Skincare yang mana Rozita Che Wan sendiri adalah dutanya. Produk Rysya Skincare ini telah digunakan oleh Che Ta sedari Che Ta mengandungkan Aishah tau.. Hahh.. memang takde kesan sampingan.. malah anak Che Ta iaitu Aishah tu pun lahir dengan comelnya.. Nanti dah besar nanti, mesti cantik macam Che Ta juga kan.. ^_^



Dalam majlis yang santai ini, Puan Noorazlina Mohd Noor yang merupakan pengasas kepada produk Rysya Skincare yang juga merupakan sahabat baik Che Ta sendiri berkongsi pengalaman bersama Che Ta bagaimana penggunaan produk tersebut mampu mendapatkan keanjalan dan kebaikan untuk kulit. Untuk pengetahuan korang, produk Rysya Skincare ini adalah produk pertama yang mengandungi 'sarang burung walet dan kolagen'. Kalau dah kandungannya penuh dengan khasiat, apatah lagi kalau ianya digunakan dan diaplikasikan pada wajah. Pasti lebih cantik dan berseri-seri..




Selain dari menyelami rahsia kecantikan Che Ta.. majlis tersebut juga turut memperkenalkan Pakar Perunding Imej Rysya iaitu Puan Wawa Idris. Wawa Idris akan berkongsi tips penjagaan dan penampilan diri serta bagaimana untuk tampil cantik, berseri dan yakin dengan produk Rysya Skincare. Majlis ini juga turut dihadiri oleh hampir 50 orang pengedar aktif dan pengguna produk Rysya Skincare sendiri yang telah dilancarkan pada 19 Mei yang lalu.


Rangkaian produk Rysya Skincare terdiri dari 5 komponen penting yang WAJIB ada dalam siri penjagaan wajah iaitu Rysya LY Cleanser, Rysya LY Toner, Rysya LY 24K Gold Serum dan Rysya LY 24 Gold Miracle Cream. Produk ini bukan sahaja dapat untuk mencerahkan kulit, malah ia menjadikan tona kulit lebih sekata, melembap dan memberi keseimbangan pada kulit. Dengan rumusan sarang burung walet, kolagen, emas dan Pitera sebagai anti penuaan, ianya sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita dari pelbagai peringkat usia.


Huh.. macam ni punya gaya.. haruslah aku nak cuba juga produk Rysya Skincare ni.. mana tau esok bangun tidur terus cantik macam Che Ta.. kan... ^_^



Nak cantik, flawless, gebu, anjal dan menarik macam Che Ta? Jom godek produk Rysya Skincare :

Laman Web : www.rysya.com
Emel : sales@rysya.com
Instagram : @rysyaskincare #rysyaskincare
Whatsapp : 019-7388866
Office : 03-78318669
Alamat : Thames Skincare Sdn Bhd, D10-9-1, Blok D10, Pusat Perdagangan Dana 1

till then, tatababai

What's New

1 comment:

  1. kagum tgk che ta...wpun dah berusia kulit cantik persis bak bidadari

    ReplyDelete

Thanks for your support