Monday, July 13, 2015

Indahnya bersahur dengan Horlick !

Assalammualaikum

Setiap kali nak bangun bersahur, mesti rasa macam liat kan especially budak-budak. Eh.. orang besar pun ada yang liat nak bangun sahur tau ! Hehehe.. Masa aku kecik-kecik dulu, suka sangat ngelat sahur sebab kalau ngelat sahur tu konon-konon boleh mengelat puasa.. hihihi... tapi memang takde nye la kan... kena juga puasa penuh.. so, sejak tu, nak tak nak.. kena juga bangun sahur.. paling-paling pun sebiji kurma. Sebab biasa kalau awal-awal pagi, agak susah sikit nak bangun tidur dan terus makan nasi. Tak ke terkejut perut tu.. hihihi 




Zaman berlalu dengan pantas.. dan bila aku ada Iman.. aku nampak diri aku sikit-sikit pada dia.. bukan bab yang ngelat puasa tu tau.. hahahha.. dia ni tak suka sangat nak makan berat-berat pada awal pagi.. so, aku selalu pening nak bagi dia makan apa pagi-pagi supaya bila dia bersekolah nanti.. dia akan kekal cergas dan boleh bertahan sampai waktu berbuka puasa. Since aku melatih Iman berpuasa dari umur dia 6 tahun.. jadi aku dah nampak trend dia bila dia bersahur. Dia tak suka makan banyak.. tapi dia suka minum air manis.


Jadi untuk bekalkan Iman tenaga yang berpanjangan sepanjang hari.. aku mula bagi Iman minum Horlicks. Horlicks ni mempunyai 23 vitamin dan mineral yang memberi khasiat sepanjang hari.Ia juga diperkuat dengan Kalsium, Vitamin , asid folik, multi-vitamin dan mineral dan mengandungi kebaikan susu, fiber, barli malt dan gandum yang diperlukan untuk membantu anak-anak sentiasa peka di sekolah. Untuk 2 hidangan Horlicks membekalkan kebaikan yang mengandungi Kalsium, Vitamin A, B1, B2 dan Zink untuk anak-anak anda. Ini membolehkan Iman terus berasa cergas dan cerdas apatah lagi pada bulan puasa. Takde la dia lemau je takde tenaga kan...

Iman suka yang original !

Sekarang ni.. bila ajak bangun sahur.. mesti cergas je dia bangun dan terus minta Horlicks. Best je rasa.. kejut sekali terus bangun... Indah betul perasaan ni.. Perisanya juga boleh diperbagaikan ikut citarasa sendiri. Macam aku, aku suka yang sedikit creamy.. makanya, aku akan campurkan dengan sedikit creamer untuk hidangan aku. Untuk Iman pula.. dia suka yang manis.. so, aku tambahkan setengah sudu susu supaya tak hilang rasa Horlicks tu..

kejap je dah separuh

Kalau nak sahur simple pun, tak payah risau sebab boleh selitkan Horlicks untuk sempurnakan nutrient yang diperlukan seharian.. ^_^


So, sekarang ni, Horlicks sedang menjalankan kempen sempena Ramadhan yang dinamakan #SahurDenganHorlicks yang membantu kita ibubapa untuk lebih memberi tumpuan ketika bekerja selain membantu anak-anak untuk kekal cergas sepanjang hari ketika bulan Ramadhan. Selain dari minuman, Horlicks juga boleh diperbagaikan sebagai makanan dalam bentuk biskut, kek atau brownies.Yummy.... tak sabar nak cuba !

yummyyy

Bagi menyokong kempen #SahurDenganHorlicks, Horlicks Malaysia telah menjalankan satu pertandingan melalui media sosial bermula dari 18 Jun - 16 Julai 2015 yang korang boleh join hanya dengan cara yang sangat mudah.

1. Hashtag : letakkan resepi sahur anda secara kreatif dan inovatif di  Instagram / Twitter / Facebook atau mana-mana media sosial dengan hashtag #SahurDenganHorlicks

2. Facebook Page : Ibubapa dijemput untuk berkongsi pengalaman menarik sepanjang berpuasa bersama anak-anak di Horlicks Malaysia

Mudah sahaja kan.. dan 5 pemenang yang menulis catatan yang paling kreatif dan menawan hati akan menerima bekalan Horlicks selama 1 TAHUN ! Menarik kan....

Jom.. sertai pertandingan ni dan sama-sama menyokong kempen #SahurDenganHorlicks ^_^

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Facebook : Horlicks Malaysia

till then, tatababai

What's New

9 comments:

  1. horlicks ni memang minuman kegemaran mama farah nih...

    ReplyDelete
  2. mengenyangkan... sesuai utk semua org...

    ReplyDelete
  3. dapat horlicks ais sedapnyaaaaa kakk. haha

    ReplyDelete
  4. Sally pun suka...tgk keadaan jugak la masa sahur tu...kalau makan nasi mmg tak la nak minum horlicks..hihi

    ReplyDelete
  5. @Farah Waheda Wahid

    Iman nye peberet tu.. sahur je minta Horlicks.. ^_^

    ReplyDelete
  6. @NUR RAIHANAH
    Amboi.. terus ais.. hahaha.. kalu time buka puasa sedap gak tu.. time sahur bagi suam-suam je.. hihihi

    ReplyDelete
  7. sedaaaapnya..

    Salam Ramadhan n Syawal


    www.azlindaalin.com

    ReplyDelete

Thanks for your support