Wednesday, July 15, 2015

Balik kampung? Pilihlah cara yang selamat dengan Maxis dan Waze !

Assalammualaikum..

Beberapa hari lagi nak raya dan pasti, bagi yang tengah sibuk-sibuk nak balik kampung tu.. mesti tengah fikirkan jalan-jalan yang cepat untuk pulang ke kampung halaman kan.. ^_^

Tapi, jangan hanya nak cepat je pulang ke kampung halaman tanpa memikirkan aspek-aspek keselamatan, especially yang pulang berhari raya bersama keluarga. Hahh.. itu yang sangat penting, orang kata, biar lambat, asal selamat.




Kajian telah menunjukkan yang 97% ibubapa di Malaysia mengaku yang mereka akan memandu dengan lebih cermat apabila anak-anak mereka berada di dalam kereta. Maka, baru-baru ni satu kerjasama antara Maxis dan Waze untuk mewujudkan kesedaran ibubapa tentang pemanduan selamat ini tak kira samada dengan kehadian anak-anak atau tanpa anak-anak yang dinamakan, 'Safe Mode Kids'



Berbeza dengan pek suara Waze yang biasanya menggunakan suara selebriti, Safe Mode Kids telah menjemput beberapa orang kanak-kanak untuk menyumbangkan suara mereka untuk aplikasi Waze untuk arahan navigasi dan seterusnya menyedarkan ibubapa tentang kesedaran pemanduan secara selamat.


Daripada 60 suara kanak-kanak yang diuji bakat, 20 suara kanak-kanak dipilih untuk dimasukkan dalam pek suara Safe Mode Kids ini. Aku sendiri tak sabar nak cuba.. ^_^


Dengan suara kanak-kanak yang menawan dalam memberi arahan seperti, 'Kemalangan di hadapan !', 'Sila berhati-hati, OK !.. pasti, secara tak langsung, ibubapa yang sedang membawa kereta ketika itu akan berasa seolah-olah anak mereka berada bersama dengan mereka, hatta ketika mereka dalam perjalanan ke tempat kerja. ^_^ comel sangat kan..

Jom tengok disebalik tabir pemilihan suara kanak-kanak untuk Safe Mode Kids ni.. ^_^

So, macam mana nak dapatkan pek suara Safe Mode Kids ni?
Senang saja.. 

1- Muat turun / buka aplikasi Waze
2- Pilih Settings
3- Klik Sounds
4- Pilih Voice Language
5- Pilih "English (US) - Safe Mode Kids " (dikuasakan oleh Maxis)



Menarik kan.... tak sabar nak cuba... korang pun.. cuba la.. ^_^

till then, tatababai

What's New

5 comments:

  1. hehehe comelnye..tp sy memang fail guna waze...

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan n Syawal


    www.azlindaalin.com

    ReplyDelete
  3. Sure comel je dengar suara anak-anak..
    Biar parents lagi berhati-hati di jalanraya dengar suara anak ni bagi info

    ReplyDelete
  4. Hati2 memandu... Ingatlah orang tersayang.. Selamat Hari Raya!

    ReplyDelete

Thanks for your support