Assalammualaikum
Tak sangka.. nak berblog ni pun bukan senang-senang je nak tulis tau... ada caranya... thank to Butterfly Project dan Tammy Lim yang menganjurkan Blogging 101 Workshop. Since tempat adalah limited, maka hanya yang betul-betul berminat sahaja yang diberi peluang untuk join workshop ni.
Banyak tips and trick yang aku dapat belajar dari workshop ni.. dengan speaker-speaker yang berpengalaman dalam dunia blogging. 4 orang speaker tersebut adalah :
1. Tammy Lim, Founder of the Butterfly Project
2. Dee Leonard : PR Director of Bridges PR
3. Christopher Tock, Founder of SocialGrooves.com
4. Arpita, Beauty Blogger / Pro ConsumerActivist
Topiknya yang sangat menarik membuatkan aku yang ketika itu sedang berpuasa, tak rasa macam berpuasa pun.. sebab rasa sekejap sangat masa berlalu.
Okey.. jom aku share sedikit sebanyak info yang aku boleh rumuskan dari Blogging 101 Workshop tempohari.
- Mana-mana blogger terkenal pun akan kata, kandungan blog memainkan peranan yang sangat penting dalam. tapi jangan lupa.. tajuk pun penting juga.. tak guna juga kalau tajuk dah gempak, tapi kandungan dia biasa-biasa je.. well, content is a king !
- kandungan blog haruslah original tau.. bukan dari ciplak artikel atau blog orang lain. ahaa.. jangan tak tau, menda ni kalau didapati bersalah, pemilik blog boleh kena dakwa tau.. so, beware dan pastikan, kalau korang ada ambil gambar dari sumber mana-mana, attach sekali kat mana korang amik gambar tu..
- tak salah kalau sekali sekala korang nak buat giveaway ke.. tapi pastikan tempohnya jangan terlalu lama.. nanti orang akan datang visit blog semata-mata kerana giveaway.. bukan kerana kredibiliti korang sebagai blogger. Ini kadang-kadang pun aku buat juga.. tapi lepas ni, beware la ye.. normal giveaway dalam 1 - 7 hari macam tu..
- biasanya, kalau ada PR jemput pergi attend mana-mana event, selalunya dorang akan hantar emel kan? So, please.. reply pada emel tersebut. Sebab kalau korang tak reply, seolah-olah korang tak berminat untuk attend.. tapi pada event tu, hadir pulak.. so, response to PR invitation.. ini penting untuk build trust antara PR dan korang as a blogger. Jaga disiplin, so PR tau korang boleh commited dan Insya Allah.. it will be a long term engagement.
- normally, kalau pergi event.. mesti akan dapat press release kan.. tolong la.. tolong jangan tiru bulat-bulat apa yang ada dalam press release tu.. contohnya, kalau 10 orang yang dijemput.. kesemua 10 orang yang dijemput tu tulis semula apa yang ada dalam press release tu.. tak ke content dia sama je.. so, apa bezanya? Make a difference.Jadikan content blog korang tu unik. Amik point-point penting je dalam press release tu dan karang ayat sendiri. Sebab tu aku kata, originality tu penting.
- jangan sesekali kata, I blogged about anything ! Walaupun memang betul, korang blog tentang apa saja.. tapi mesti korang ada niche blog kan.. so, apa niche blog korang tu.. it's good to wrote about anything tapi apa istimewanya blog korang yang akan membuatkan ada regular visitor yang akan visit blog korang hari-hari? Mesti ada sesuatu kan... so, start finding your blog niche !
- traffic yang banyak tak menjamin kualiti sesebuah blog. Contohnya, blog hiburan.. traffic dorang memang la tinggi.. kadang sehari sampai beratus ribu.. tapi adakah kandungannya berkualiti? Jangan tak tau, ada sahabat blogger kita yang traffic daily dia tak sampai 100 UV sahaja.. tapi dia diengage dengan satu company ni untuk jadi media influencer. See.. betapa kandungan blog tu lebih penting dari traffic.. tapi nak lagi best.. traffic dan kualiti kandungan tu biarlah seiring kan.. ^_^
- jika korang ada dapat job yang dibayar.. pastikan.. ada hitam putih. jangan setakat call, accept job.. lepas tu, bila job dah selesai... orang tak nak bayar.. siapa yang rugi? haa.. so, pastikan ye... sebab aku sendiri penah kena.. terima job.. lepas tu janji nak bagi voucher RM150.. tapi rupanya voucher yang dia bagi tu hanya untuk produk tertentu je.. kiranya, perjanjian tak jelas tu.. sebab harga produk tertentu tu RM250.. so, kalau aku guna voucher RM150 tu.. aku still kena tambah duit kann... kalau voucher KFC ke, voucher Parkson ke.. takpe la.. sebab ada banyak pilihan.. so.. ini juga pengajaran untuk diri sendiri.. takpe.. kita belajar slow-slow.. ^_^
So, itulah antara yang aku boleh rumuskan melalui Blogging 101 Workshop tu.. ada banyak lagi sebenarnya pengisian dalam workshop tu.. yang pastinya.. kalau ada lagi.. aku nak join lagi !
Dengan adanya workshop ni, bukan je dapat ilmu tau... it's part of blogger mini gathering.. best sangat dapat berjumpa dan berkenalan dengan kawan-kawan baru.. eh eh.. kawan lama pun ada juga.. ^_^
Selain tu, terima kasih kepada penaja Blogging 101 Workshop ini iaitu Tony Moly, Bloomthis, Mr Lens, Aristo dan penaja-penaja lain.. dan seharusnya.. kepada Butterfly Project kerana menganjurkan workshop ni..
till then, tatababai
What's New
Monday, June 29, 2015
Tips & Trick dalam Berblog !
About Anil
Soratemplates is a blogger resources site is a provider of high quality blogger template with premium looking layout and robust design. The main mission of templatesyard is to provide the best quality blogger templates.
tips
Tags
tips
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bestnya..banyak info berguna yang boleh dapat kan.. hari tue nak join jugak..tapi masa tak mengizinkan..huhuhu..nanti kalau ada lagi mesti kena join! =D
ReplyDeletethanks anil, great piece of sharing...
ReplyDeletetq..tq..
ReplyDeleteilmu baru diterima
@♥TheOnlyFarah♥
ReplyDeletetakpe farah.. next time insya allah.. bole la kite ngedet.. ^_^
nice tips...tq sis..
ReplyDeletekak anil.. tq sebab sudi berkongsi :)
ReplyDeletebest yea..
ReplyDeletetq for info kak
ReplyDeletetq for info Anil..suka..suka.. ;)
ReplyDeletePerkongsian yg menarik :)
ReplyDeleteJom terjah : Bukti GST Naikkan harga barang!
nice share. tapi selama ni memang pakai buat sendiri je. haha
ReplyDelete