Wanita dan Bracelet?

Assalammualaikum…

Selamat pagi.. setiap pagi bila korang bersiap, mesti tak tinggal bedak ataupun gincu kan.. kan… ^_^ ehem.. aku jarang pakai bedak.. gincu apatah lagi.. bahahah.. nampak benar pemalas.. kikikii.. tapi bila ada majlis kat pejabat aku ni, bukan setakat bedak dan gincu.. blusher, eye liner seme pakai.. termasuklah aksesori seperti jam tangan ataupun bracelet. Kalau nak tau, bracelet ni adalah antara aksesori wanita yang paling popular tau sebab ia boleh dipadankan dengan apa sahaja pakaian untuk menjadikan imej si pemakai lebih bergaya dan vogue!

Bercerita tentang bracelet atau gelang tangan.. kalau dah namanya perempuan kan.. mesti tak lari dari menda ni kan. Aku kalau pegi Sabah, memang menda ni antara menda wajib aku beli, lelagi pearl bracelet. Memang wajib la dibeli untuk dijadikan souvenir.

Tapi, tahukah korang.. dalam dunia ni bukan setakat ada pearl bracelet je.. ada macam-macam jenis bracelet tau.. Meh sini nak share sikit tentang jenis-jenis bracelet dan jenis-jenis si pemakainya.. hehehe.. ada macam-macam jenis bracelet tau tapi diantara banyak-banyak tu.. ada 4 jenis bracelet online dalam pasaran yang paling popular.. apakah itu?

Macam aku, suka pakai pearl bracelet.. dari dulu lagi aku suka.. dan kalau korang nak tau, pearl bracelet ni memang dah lama popular dari zaman aku tak lahir lagi. Kira lama la mahu ratus-ratus atau ribu-ribu tahun dahulu kala. Tipu la kalau korang sebagai seorang wanita, takde koleksi pearl bracelet ni kan, sebab aksesori ni wajib ada untuk wanita. Pearl bracelet ni orang suka pakai sebab ia mampu membuatkan seseorang kelihatan lebih menyerlah dan anggun. Kalau korang tengok mak-mak datin, dorang siap ada satu set aksesori berasaskan mutiara ni tau.. Jeles mak!! So, orang yang suka pakai pearl bracelet ni adalah orang yang sukakan pujian dan yang penting, orang ni mempunyai taste yang tinggi dalam pemakaian aksesori. Akukah itu? Ehem…

Pearl Bracelet

Pearl Bracelet

Selain dari itu, bagi yang sukakan gaya-gaya ranggi dan suka ‘mix and match', bangle bracelet adalah pilihan yang sesuai untuk korang. Selain dari murah ia juga terdapat pelbagai jenis pilihan material bangle seperti kulit, silver, kayu, emas dan banyak lagi. Bracelet jenis ini versatile dan boleh digayakan dengan apa jenis pakaian mahupun majlis sekalipun. Pendek kata, kalau pakai bracelet jenis ini, orang tak pelik pun sebab dah namanya gaya ‘mix and match’ kan.. ^_^
Bangle Bracelet


Bangle Bracelet


Jika korang penah dengan tentang produk Tiffany atau Pandora yang terkenal dengan charm bracelet, ni nak bagi tau.. Kebiasaanya orang yang suka pakai charm bracelet ni mempunyai daya penarik yang tersendiri dan jenis orang yang sukakan perhatian. Mau tidaknya, dengan charm yang berjuntai-juntai dan ada juga jenis charm yang ada loceng comel tu.. lahai.. kalau budak pakai memang la comel sangat. Pemilihan loket hiasan atau barang hiasan yang berayun-ayun, ada yang bentuk handbag, huruf, baju dan sebagainya setiap satunya mempunyai lambang perkara yang disukai oleh si pemakainya. Contohnya, kalau ada yang bentuk handbag.. mesti dia suka kumpul handbag.. betul tak? Hihihi.. ataupun mungkin dia tak suka kumpul handbag, tapi dia suka beli atau tengok handbag yang comel-comel. Bracelet jenis ini, ada yang murah dan ada juga yang mahal. Lagi berjenama jenis bracelet ini, lagi mahal la ia.. tapi kalau dah suka.. apa salahnya berbelanja lebih sikit kan.. ^_^

Charm Bracelet

Charm Bracelet


Dan akhir sekali, antara bracelet yang paling banyak menjadi pilihan artis-artis di Malaysia mahupun luar negara iaitu Cuff Bracelet. Yang lain pun ada yang menjadi pilihan tau, tapi yang ini yang paling popular. Kalau dilihat dari segi rekaannya, nampak macam biasa je kan.. tapi jangan tak tau, antara banyak-banyak bracelet ni, cuff bracelet la yang paling senang nak pakai. Sebab tu orang suka pakai bracelet ni kalau nak pegi mana-mana event. Sesuai dengan gaya pemakaiannya, cuff bracelet ini boleh menjadikan si pemakainya nampak ringkas, bergaya, elegant meletup.. Hahh.. tu rahsianya tauu.. ^_^ Cuff bracelet ini juga boleh dijumpai dalam pelbagai jenis rekaan. Ada rekaan yang plain dan ringkas, ada juga rekaan yang mewah. Pasal harga jangan cakap la.. kita sebagai pengguna, kita yang tentukan.. ada cuff bracelet yang nampak mahal.. tapi harganya, tak la semahal mana pun.. malah mampu milik.. boleh berangan jadi artis lepas ni.. ^_^

Cuff Bracelet

Jennifer Lopez with Cuff Bracelet

Dato Vida with Cuff Bracelet

So, korang suka yang mana? Nak tak aku hadiahkan gelang yang comel-comel untuk korang? ^_^

Caranya.. komen kat bawah ni, korang suka bracelet jenis yang macam mana dan apa kaitannya bracelet ni dengan personaliti korang. 

Best 5 commentator, aku akan hadiahkan kat korang gelang comel seperti di bawah :

Candy Crush bracelet

  

Tarikh tutup : 20 Februari 2015

till then, tatababai

What's New

Post a Comment

6 Comments

  1. Sofu paling suka Pear bracelet
    Sarung sahaja dari biasa-biasa terus jadi luar biasa
    Gaya, mutu dan keanggunan terus menyerlah :)

    ReplyDelete
  2. Charm bracelet...
    sebab kalau pakai pearl bracelet rasa macam 'ayu' sangat..nak pakai jenis cuff mcm tak sesuai.. charm bracelet lah paling sesuai..

    ReplyDelete
  3. suka charm bracelet...sb acik memang gila glamer...hahahah
    jenis cuff memang tak sesuai sb lengan memang besar...so nanti nampak lagi bagak...

    ReplyDelete
  4. alaa...tamat 20 Feb...baru nk baca entri ni uhuhuh...hurmm..jawab je lah sbb baca entri buakan sbb nak something tetapi sbg balas kunjungan kerana Anil rajin tinggalkan komen di blog kite hee

    hurrmm JM minat cut bracelet sbb nampak ranggi cam jennifer loh tuh hiksss

    ReplyDelete
  5. Aku tak suka cuff bracelet tu, cam besar jer ... Charm bracelet tu aku suka, tapi kalau "pakwe" nak bagi pearl bracelet tu ape salah nyer ...

    ReplyDelete
  6. Aku tak suka cuff bracelet tu, cam besar jer ... Charm bracelet tu aku suka, tapi kalau "pakwe" nak bagi pearl bracelet tu ape salah nyer ...

    ReplyDelete

Thanks for your support