Krabi... ku datang lagi....

ni pun plan dah lama dah... patutnya.. adik yang baru kawen ritu je yang pegi.. tapi dah dia mengajak.. saya ni plak.. pantang diajak lelagi kalau pasal bercuti ni.. muahahah.. so.. marilah kita join hanimun dia skali.. kuikuiii...

percutian ni dah dirancang hampir setahun sebelum tarikh pegi tu.. tapi biasa la.. walaupun tiket dah beli setahun awal.. tapi hotel, aktiviti semua last minit.. next time jangan wat lagi tauuu... kalau booking last-last minit ni mahal.. T___T takpe la.. moh ke Krabi kita..

berjanji-janjian dengan pasangan pengantin baru ni terus di LCCT.. dalam 10 minit kitorang menunggu.. mereka pun sampai.. memasing backpackers nye style.. yang tak bole blah tu.. adik ipar siap bawa sabun mandi saiz yang BESAR punyaa.. syampu jangan sebut la.. perfume hantaran.. adoiyaii.. lupa plak nak pesan jangan bawa menda saiz besar-besar tu.. terus la operasi geledah beg dan call adik kepada adik ipar untuk datang semula collect barang-barang HARAM yang tak boleh bawa naik flight..dah namanya backpackers.. takde la luggage uols..klu ada luggage bole la nak sumbat..

dah setel semua.. check in kat kaunter.. dan terus masuk sebab takmo lambat takut nanti urusan imigresen lama pulak kan..

nasib baik awal je.. so.. takde la rushing sangat.. :)


adik ipar tengah call adik dia soh patah balik amik barang HARAM.. hihihi


passport kami anak beranak


walaupun syampu, sabun mandi seme dah takde.. tetap peace.. yoooo..


pengantin baru nak pegi hanimun


pengantin lama menyibuk nak pegi hanimun jugakkk


dah sampai... sawadikapppp


driver van untuk airport transfer.. mahal dohhh... masa call kata lain, dah sampai bayar lain.. phuiii...


cari van katanya...


ni van kami... masa ni tak tau lagi dah kena tipuu..


dah sampai resort.. yeahh..

al kisahnya kes tipu tu.. (banyak benar kes penipuan dalam blog ni ye...memang kaki ditipu ke hape iols ni???) nanti saya cite kat entry akan datang.... kita cite yang best-best dulu ye... proses check in berjalan agak tak bape nak lancar.. sebabnya tetiba dia charge harga airport transfer lebih daripada yang dijanjikan... grrrrrr.... nasib baik pemandangan adalah cantik dapatlah mengurangkan kepanasan di hati ni... resort dia pun cantik.. 


check in


swimming pool.. puas mandi


fruit 'basket' upon arrival


complimentary drinking water


ni la resort kami

Lepas berehat lebih kurang dalam sejam gitu.. kitorang pun kuar la jalan-jalan.. jalan kaki je weih.. adalah dalam 10-15 minit gitu dari resort tu ke pantai.. sebab kitorang asik benti-benti je tengok selipar katanyaa....pastu kejap-kejap benti amik gambar... lokasi pertama yang kitorang cari haruslah penkek Yaminlah.. masa ni memang lapar kot.. dengan tak amik meals dalam flight.. pastu sampai resort cuma dihidangkan buah potong je.. menari-nari lemak dalam perut ni sebab takut disingkirkan..


kami di korea ke jepun ni?


skuter comel kat Krabi


dah sampai kat gerai Yaminlah. femes tau gerai ni..


chef in action


chef in action


tukang amik order


tu dia.. berpusing-pusing


pelepap masuk dalam kuali


harga penkek


dah siap satu..


antara penkek yang kitorang makan..


ni penkek sayur


hasilnya. dah macam burger dah


penkek lain dah abis.. penkek burger baru sampai.. kenyang makan penkek..

Pastu jalan lagi kat area Noppharattara Beach.. belah situ sunyi sikit tak banyak gerai or kedai.. misi utama adalah untuk mencari pakej island tour untuk esok.. mari terjahhh...


antara bot-bot nelayan..


atas jambatan.. eh.. nampak kuwusss.... lariksss

Then sampai la kat satu kedai ni.. kecik je kedai dia.. alamak.. lupa la nama kedai tu.. tapi dekat-dekat je dengan jambatan merah tu.. lepas jambata merah tu.. lintas ke sebelah kanan.. ada kedai kecik.. sebelah dia money changer.. kedai situ la yang kitorang beli pakej island tour tu.. banyak la pakej dia.. kalau dulu saya amik pakej guna speedboat.. kali ni naik long tail boat pulak lor.. sebab ada pengantin baru tu tengah berbadan dua.. baca kat forum kata tak sesuai plak naik speedboat sebab banyak bumping.. lelagi tengah baru-baru lagi.. so, kita cuba la naik long tail boat pulak.. kalau ke Phi Phi Island, mahal sikit lagi.. so, kitorang amik 4 island saja.. lagipun, rindu nak mandi-mandi kat Tup Island tu.. hihih.. air jernih wooooo... dia bagi harga utk 4 dewasa 1 kanak-kanak THB2,250.. dewasa THB500 per pax, manakala kanak-kanak THB250 per pax.. inipun dah abis diskaun katanya.. ok je la...


antara pakej yang ditawarkan 


THB2,250 untuk 4 dewasa 1 kanak-kanak

Dah setel booking island tour, kitorang pun jalan-jalan lagi.. nak pegi pasar kononnya.. masa ni memang tak tau pasar kat mana.. tapi tanya-tanya orang ramai dorang kata ada pasar..then terserempak ngan satu tuktuk ni.. adoiyaii.. nape la comel sangat.. kalau kaler pink lagi comel kan kannn... lepas tu datang plak driver dia tanya nak pegi mana.. pandai cakap melayu tau.. kitorang kata nak pegi pasar malam.. dia kata dekat je.. dia boleh bawa.. masa tu dah fikir.. muat ke idak kami 5 orang ni naik tuktuk tu.. dia kata muat... erkk... 


tuktuk


muat ke idak?


tu dia.. muat rupanya...


ni pemandunya..

dekat je kot nak pegi pasar tu.. tapi tak bole la jalan kaki.. kena ada transport juga..naik tuktuk dok belakang lori.. memang makan asap la.. kitorang dok paksa-paksa abang tuktuk tu bawa laju sikit.. muahahhaa.. semput semacam je motor dia dok angkut kami 5 orang.. masuk dia skali 6 orang tau... 

sampai je pasar.. dia kata dia akan tunggu skali.. dia charge THB350 untuk kami semua 5 orang untuk pegi balik skali..ok je la kan... pasar situ tak la semeriah pasar malam Putrajaya.. tapi banyak la juga makanan best-best.. kat sini.. saya try cari Pulut Mangga.. last makan Pulut Mangga yang sedap ritu kat Hatyai.. harus la dah sampai Thailand ni cari menda ni jugak kan... tapi tak jumpa.. sedihhh...


menu pasar malam


air pasar malam


buah pasar malam


air buah pasar malam


sini banyak jual ayam-ayam panggang


udang goreng kari


telur dadar kot


tak tau menda.. tapi macam sedap


ni belacan tau... gile besooo


ikan bakar.. besar giles tau ikan yang besar tu.. THB80 sahaja...

Last round kat pasar tu.. baru la terjumpa Pulut Mangga.. beli la 2 pek sebab mak buyung pun tingin jugak..mahal.. sebab mangga dia separuh je.. harga THB30.. pulut dia pun cikit.. tak puas makan.. kalau tau beli banyak-banyak.. muahahhaa...

pastu balik soh driver antar terus ke resort.. tak larat kot nak jalan.. nasib takde extra charge.. hihihi.. sampai resort je.. siap-siap mandi.. lepas tu makan alakad je.. takde nasik pun... backpackers katanya.. huahuahuaaa 


menu dinner. sticky rice mango (THB 30), ikan bakar (THB80,) ayam panggang (THB30), udang goreng tepung (THB20), sotong goreng tepung (THB20), air buah kelapa gelas beso  (THB20), air buah oren gelas beso (THB20)


dah abis makan.. tido lorrrr... esok nak pegi island tour.....


till then, tatababai

What's New

Post a Comment

0 Comments