hari kedua nye dressing ala-ala baju-baju basah je.. sebab dah sah-sah akan basah punye...pepagi lebih kurang dalam kul 8 pagi camtu.. semua dah turun breakfast.. kat sini ada yang kata halal, ada yang kata tak halal.. so, kita amik jalan selamat.. kita makan roti, cereal dan buah-buah je.. lagipun nak island tour ni, mana leh makan berat-berat. macam trip Krabi yang lepas, masa island tour tu, saya muntah teruk kot kat Chicken Island.. kenyang ikan-ikan yang dorang dok snorkeling ni makan muntah... erkkk...
tepat jam 9 pagi.. ekceli.. 9++ juga ler... (janji kul 9 pagi..) dok tertunggu-tunggu juga mana laa tuktuk yang akan amik kami ni... group tour lain seme dah pegi.. tinggal kitorang je tercongok-congok kat hotel.. dalam 10 minit lepas kul 9 pagi tu baru la nampak.. tu pun dah sendat... naik la juga.. yang mana tak muat tu.. berhimpit lagi ke dalam.. adoi.. dah macam sadin... ingatkan lepas amik kitorang tu terus ke pantai.. rupanya ada lagi.. woiii.. dah tak muat kotttt... nasib baik amik satu couple ni je.. since dah tak muat.. dorang kena dok depan sebelah driver..
we're ready
couple of the day also ready. tuuu.. siap tapau air oren...
dah naik tuktuk. siap pangku-pangku lagi..
jejaka machoooo berhimpit dah abis ujung dah tu
lepas amik couple tu, terus kitorang ke pantai.. hoyeee.. masa ni dah kul 9.30 pagi.. matahari baru nak naik..kitorang di beri sticker kaler ijau.. masa bg sticker tu.. kelakar je mamat thailand tu cakap, 'glin stike wit heer'.. 'lit stike go dee' terkekek-kekek kitorang gelak... thainglish sangattt...
lepas dah asingkan sape yang pakai red and green sticker tu, kitorang pun pegi la jalan kat pantai.. yang red sticker tu pegi Phi Phi Island, yang green sticker tu pegi 4 islands... nampak sendu gila long tail boat dia ni.. dok fikir macam-macam..sebab dia pakai kayu ke kot.. mau kayu tu pecah tengah laut.. guano??? mek tak pandai berenang uolssss.... lepas tu kena balance sape duduk belah kanan n belah kiri..
glin sticker, go here
there, our long tail boat
tu long tail boat versi besar punyerrr.. kerlasttt
pulau pertama kitorang pegi adalah Phranang Cave @ Railay Beach.. tempat ni satu-satunya tempat yang ada gua..boleh masuk dalam gua tu.. tapi kitorang takat tengok-tengok je.. tak koser nak masuk pastu tengok batu berhala.. memang idak ler... ada juga aktiviti dorang wat kat sini macam rock climbing.. awesome giles... masa ni saya masih dalam kategori gayat lagi.. tengok je dah membuat diri sendiri rasa gayat.. huahuahuaaa..antara lain, biasanya orang datang sini mandi-mandi lor.. amik gambar dan masa kitorang datang tu, boleh pulak menyeberang ke pulau sebelah dia.. tahun dulu tu tak boleh sebab air tinggi.. ni boleh pulak.. next time kalau nak datang, datang awal-awal tahun.. ^___^
phranang cave
zoom in phranang cave
acara lompat-lompat adalah wajib
love in the next island
acara baring-baring camni untuk pengantin baru (baru la sangat)
tu la pulau yang boleh seberang tu
zoom out sikit
long tail boat beratur di pesisir Phranang Cave
ada boat bergerak jual makanan.. 0___0 kalau lapar boleh je order, tapi mahal cikit
posing cikit
pengantin baru pegi menyeberang. kitorang tak pegi sebab batu-batu dia kasar sakit woo nak pijak. tapi next time kalau pegi lagi, mesti jejak pulau sebelah ni.. :wink:
anak mat salleh main pasir. ololooo.. comelnye kooo...
Pulau seterusnya adalah Chicken Island, yang ni tak perlu turun.. dok diam-diam atas bos, pegi snorkeling kat area Chicken Island tu. masa ni perut dah tak sedap sebab dia bagi tempoh sejam dok atas bot ni dan snorkeling. ngan ombak kuat gitu.. memang mek pejam mata je la.. pura-pura tido.. tak mampu nak buka mata takut termuntah..
abis sejam kat situ, kitorang ke Tup Island. sini best.. sebab sini la pulau yang boleh jalan kat pulau sebelah.. sama macam Phranang Cave tu, cuma bezanya... sini air dia lagi jernih.. nak mandi pun best.. ikan keliling pinggang... tapi sebab sampai sini dah tengahari.. membahang je panasnya.. mood nak mandi tak bape nak ada sangat.. tapi berendam la juga.. main-main ngan ikan.. kat sini juga dia bagi lunch.. kalau sebelum ni dia bagi lunch pack.. kali ni secara buffet pulak.. lagi best.. bole amik lauk yang kita suka kan.. lauk dia ritu memang terbaik la.. pasangan pengantin siap makan bertambah ye.. ihihihi.. saya pun tambah juga tapi tambah lauk jaa.. huhuhu.. gambar??? takde sebab seme pakat nak terjun main ngan ikan..hahaha
Last island, Poda Island.. sini takde menda sangat.. datang sini semata-mata nak cukupkan kuota 4 island.. hahaha.. dah la masa ni panas giles.. matahari atas kepala..bot plak benti kat tempat yang dekat ngan monyet.. dah la Iman takut sikit.. so, dok la jauh sikit.. masa ni ada la nampak jagung bakar, penkek.. tapi lupa bawa duit.. T___T..so, takde la kudap-kudapan.. tengok sajoo... kat sini pun lebih kurang sejam.. adoii.. dah tak tau nak wat apa.. nk mandi pun panas.. lagipun pantai dia curam sikit.. melangut je la dok situ sejam....
Poda Island
masa balik dari Poda Island ke Nopparattara Beach ni, ada satu family France ni anak dia suka sangat kat Iman.. asik cuit-cuit Iman je.. tapi sesama tak pandai nak speaking.. hahaha.. pastu tetiba dia duduk sebelah Iman.. soh mak ayah dia amikkan gambar...lupa dah nama budak ni... hahaha.. faktor usia.. T__T
hi you...
flying kiss for me?
balik dari island tour, semua pakat kelaparan. walaupun dah makan bertambah masa kat Tup Island tadi, tapi dah berendam main-main ngan ikan.. guna banyak tenaga tu.. lapar tu datang balik.. balik hotel.. mandi-mandi dulu.. rehat dalam 20 minit.. lepas tu cari motor nak sewa.. hotel tolong carikan.. nak motor cute-cute.. tapi semua dah takde.. so dapat la motor cabuk.. jadik la... satu motor dia charge THB250 sehari.. ok la buat ronda-ronda hari ni ngan esok sebelum balik..kena tinggalkan passport sebagai pengerasnya.. lokasi pertama yang dituju adalah Penkek Yaminlah.. muahahha.. asal lapar je makan penkek...
motor sewa kami
penkek yang telah dikerjakan
muka kekenyangan
antara gerai lain berhampiran penkek Yaminlah
macam sodap je
lepas dah kenyang.. shopping time.. time ni nak menghabiskan boreh duit Baht yang ado..nak cari t-shirt murah kemain susah.. dah takde dah t-shirt THB100 tu.. T__T seme dah mahal.. paling murah boleh dapat THB200.. tu pun kain nipis benooo.. redho je la ye...
borong t-shirt kat sini
hohohoo...
malam tu balik hotel, siap-siap packing..sok nak balik sudahhhh...
till then, tatababai
What's New
0 Comments
Thanks for your support