Friday, April 5, 2013

Rindu Bertamu di Padang/Bukittinggi - Part 11

Morning.. dah sarapan? Saya dah.. Hehehe.. marilah kita sambung cite pasal Padang/Bukittinggi ni ye.. mesti korang tunggu lama kan.. kan... #macamadayangtungguje

lepas makan tengahari di Pondok Flora, kami pun di bawa ke Tabek Patah. Ada apa kat Tabek Patah ni? Kat sini ada jual macam-macam jenis kopi. Opss.. kopi luwak takde tau. Tu ada kat Bali je kot. :P next time kita pegi Bali kita update pasal kopi luwak ek. Hihihi..

Tu dia kopi tengah rebus. Boleh rasa. Tapi saya tak rasa pun sebab saya tak minum kopi. :P

                                        

                                  

Sambil-sambil ada orang minum kopi, saya sekadar menikmati pemandangan di sekitar Tabek Patah ni.



Sempat juga membuat aktiviti melompat. Mak ngan anak sama je. Hahahaa


Kesian pula tengok Iman ni jalan sorang-sorang. Pastu bermonolog sendiri. Macam mamanya. :P





Jumpa pula congkak ni. Pandai ke dia main? Oh.. dia pandai main ye. Cuma tak expert macam mamanya. Hahaha... #belagaksungguh


Kesian main sorang-sorang. Ajak papa teman pulak. Layankan aje.

Sambil-sambil dorang dok ralit main congkak. Saya pusing-pusing kat area kedai. Ada kilang pembuatan pisang salai (kat sana panggil Pisang Sale).


Pisang yang sedia untuk di salai.


Panas gak dalam ni. Tengok api dia. 


Pisang yang telah selesai di salai dan bersedia untuk di bungkus.

Sambil-sambil tu tengok kat kedai tu, ada macam-macam jualan produk di situ. Ada coklat. Cer tengok nama coklat tu. Coklat Rasa Sayang, Coklat Ubat Stress. Macam-macam ada. 




Ada juga jualan pisang sale yang telah siap di pek.



Kayu manis dia panjang-panjang wokey. Rasa nak amik je bawa balik.

Antara bahan pameran yang ada kat kedai tu.




Inilah kedai dia. Kalau ke Bukittinggi ni, wajib pergi kedai ni. :)

Seterusnya, kita pulang ke Bukittinggi. Tapi macam biasa la, kami disajikan dengan pemandangan bukit bukau disekitarnya. Kalau dok opis mata merah je kan sebab ngadap PC, tapi kat sini mata jadi hijau, sebab tengok pemandangan menghijau je.


Sebelum ke destinasi seterusnya, kita singgah sebentar di rumah Kak Yenie. Bagi sesiapa yang tak tau, Kak Yenie ni antara penyulam yang terkenal kat Bukittinggi ni. Dia ada jual juga kain-kain sulam ni kat facebook dengan ID Yenie Bordir dan Sulaman.

Tapi bila dah sampai sini, haruslah beli terus di sini ye tak. Kos pun lagi murah. Mari kita cuci mata.









Puas tengok kain sulam Kak Yenie. Boleh juga beli secara borong dah haruslah lebih murah kan. Boleh nego juga tapi janganlah melampau ye. Kak Yenie ni juga ada provide servis penghantaran kain-kain sulam ke Malaysia thru pos. Kalau ada sape-sape yang teringin nak memborong kat kain kat Bukittinggi ni, bolehlah terus ke Yenie Bordir ni sebab boleh dapat lagi murah berbanding kat kedai. Kualiti kain dia pun bagus.

Lepas cuci-cuci mata kat Yenie Bordir, Pak Arman bawa kami ke Lubang Jepang. Tak masuk juga kat Lubang Jepang tu sebab saya ni tak kuat semangat. #alasan

Kat sini ada kedai-kedai yang jual souvenir, kain sulam, oil painting dan macam-macma lagi. Cantik wokey. Tapi saya tak beli pun sebab dah abis duit. Hihihi.









Entrance ke Lubang Jepang. Sedikit sejarah berkenaan dengan Lubang Jepang.

'Lubang Jepang dibangunkan sebagai tempat penyimpanan bekalan dan peralatan perang tentera Jepun. Panjang terowong ini sehingga 1400m dan berkelok-kelok serta memiliki lebar sekitar 2meter. Sejumlah ruangan khusus terdapat di terowong ini, antaranya ruang pengintaian, ruang penyergapan, penjara dan gudang senjata. 

Selain lokasinya yang strategis, tanah yang menjadi dinding terowong ini merupakan jenis tanah yang jika bercampur air akan menjadi kukuh. Bahkan, gempa yang menggoncang Sumatera Barat pada tahun 2009 lalu, tidak banyak merosakkan struktur terowong.'


Tapi jangan risau. Kebanyakan dinding dalam Lubang Jepang tu dah disimen dan ada ruang udara. So, boleh je bernafas macam biasa kat dalam terowong tu. Tapi diingatkan, kalau korang ada Klaustrofobia, dinasihatkan tak yah la masuk. Sebab nanti kesian kat kawan-kawan yang pegi ngan korang tu kena angkut korang pulak. Tapi tak salah cuba. Tekadkan hati dan kena tenangkan hati le. Jangan fikir menda-menda yang menakutkan, jangan risau sesat sebab ada orang yang akan guide kita kat dalam tu, tapi ada charge ye. Kalau share ramai-ramai, murah je pun.

Layan je la gambar overreacted kat bawah nun.. :P





















till then, tatababai What's New

1 comment:


  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit, semoga kebaikan hati Tuan/Puan menjadi amal ibadah hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete

Thanks for your support