Kelebihan Anak Tunggal

Assalammualaikum

Pada zaman yang serba mencabar ini, kebanyakan pasangan lebih banyak memilih untuk tidak mempunyai ramai anak. Dengan keadaan ekonomi dan pandemik menyebabkan ramai orang terpaksa memilih berdasarkan situasi semasa. Namun ada juga yang memilih untuk mepunyai ramai anak dengan berpegang kepada prinsip anak memberi rezeki. Malah ada juga yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menambah ahli keluarga namun masih belum dikurniakan rezeki buat kali kedua. Dalam apa jua keputusan pasangan, pastinya ia adalah untuk kebaikan dalam keluarga itu sendiri.

Tak perlu rasa malu sekiranya korang hanya mempunyai seorang sahaja anak. Setiap anak itu adalah penyeri dalam keluarga walaupun seorang. Jangan tak tau, banyak juga kelebihan jika korang adalah parent dengan anak tunggal. 



Hubungan Lebih Bermakna
Anak tunggal ini berpeluang untuk menjadi lebih matang dan dapat membina hubungan rapat dengan sesiapa sahaja. Ini kerana dalam rumah hanya terdiri daripada ibubapa dan anak tunggal sahaja. Jadi anak tunggal ini cenderung untuk mencari rakan dan pada masa ini, ibubapa sendiri boleh menjadi rakan kepada anak sendiri. Bukanlah ia dapat membina hubungan yang lebih bermakna?

Membina rasa cinta dalam diri anak
Anak tunggal pastinya menerima kasih sayang yang tidak berbelah bahagi dari ibubapa. Mereka tidak perlu berkongsi kasih sayang dengan adik-beradik yang lain malah kebanyakan dari mereka ini lebih manja dan tidak akan merasa keliru kerana boleh berkongsi masalah dengan ibubapa tanpa sifat 'bias' dari adik beradik yang lain.

Simpanan masa depan yang lebih banyak
Ibubapa juga dapat menyimpan lebih banyak wang untuk masa depan anak-anak. Anak-anak juga mepunyai lebih banyak faedah seperti pendidikan yang berkualiti, percutian keluarga dan pelbagai perkara lagi. Dan ini memberi manfaat kepada golongan ibubapa berpendapatan sederhana.

Jadi jangan rasa malu sekiranya korang hanya mempunyai seorang anak sahaja. Kita sebagai ibubapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Walau apapun keputusan pasangan untuk tidak mempunyai anak, mempunyai anak seorang atau anak ramai, tetap.. anak itu adalah anugerah Allah. 


till then

Post a Comment

0 Comments