Bariatric Surgery : Selamat Ke Tidak?

Assalammualaikum 
Bukan mudah ye nak kurus. Kadang-kadang dengan sekadar diet, bersenam dan istiqomah belum menjanjikan kita akan kurus sampai bila-bila. Tapi perkara ni tak mustahil pun. Selagi ada niat dan usaha, Insya Allah kita pasti boleh. Namun, bukan semua orang mampu untuk menahan diri dari lapar apatah lagi nak istiqomah dengan pelbagai dugaan sekeliling. Kejap-kejap kawan ajak makan, kejap-kejap bos belanja KFC. Waduh.. ini cubaan ni.. 

Kadang-kadang kita buat takde usaha nak kurus, diet sudah, bersenam sudah.. tapi tetap juga tak turun-turun berat. Apa yang silap? Memandangkan tengah viral tentang isu pembedahan potong perut ni (seram dengar potong perut ni 😅) so aku pun rajin la buat research sikit untuk mengetahui dengan lebih lanjut, apa menda yang viral sangat ni.. seronok ke potong perut?


Apa yang kita tahu tentang pembedahan bariatrik (bariatric surgery)? Ia adalah sejenis pembedahan yang bertujuan untuk menurunkan berat badan. Memandangkan pemakanan dan senaman semata-mata mungkin tidak mampu membuatkan  pengamal menurunkan berat, so ini adalah cara paling cepalah. Terdapat beberapa jenis bariatric surgery iaitu :

  • Roux-en-Y
  • Billopancreatic diversion with duodenal switch
  • Laparoscopic adjustable gastric banding ((LAGB)
  • Sleeve gastrectomy

Of course, setiap pembedahan ada risikonya. Jangan ingat bila operate je terus kurus cantik molek serba serbi terus sihat. Noo!!! Since pembedahan ini adalah bertujuan untuk mengubah struktur asal perut dan usus, ada beberapa kompilasi yang mungkin akan berlaku antaranya :

  • Usus tersumbat
  • Cirit birit
  • Mual dan muntah
  • Batu karang hempedu
  • Angin pasang
  • Hipoglisemia
  • Malnutrisi
  • Ulser
  • Perut bocor
  • Maut (jarang)

Nampak tak side effect dia. Nampak je macam menarik tertarik memang dabomb kan. Tapi still ada risikonya namun ianya depends pada badan masing-masing. Ada yang okey dan tidak menunjukkan mana-mana risiko seperti di atas. 

Dah tau ada risiko tapi still berminat juga nak buat? Takde masalah. Tapi pembedahan ini bukan sebarang orang boleh buat ye. Korang perlu jalani saringan dulu untuk memastikan korang sesuai untuk jalani pembedahan ni. Dan yang penting, pembedahan ini adalah untuk mengurangkan risiko kesihatan selepas segala usaha korang untuk merubah gaya hidup yang sihat gagal. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Boleh cuba cara ini dengan syarat seperti di bawah :

Mempunyai indeks jisim badan (BMI) 40 atau lebih
Mempunyai BMI melebihi 35 dan mempunyai penyakit seperti kencing manis, darah tiggi dan leep apnea
Bersedia untuk ubah cara hidup secara berterusan

Korang jangan risau, walaupun pembedahan ini ada risikonya, namun ia tetap ada manfaatnya, selain dari dapat mengurangkan berat badan secara berlebihan, risiko penyakit seperti sakit jantung, stroke, kencing manis, darah tinggi, sleep apnea dan GERD dapat dikurangkan.

Selepas pembedahan tu, kena la lebih berdisiplin dan mengamaljan gaya hidup yang baharu. Jangan mentang-mentang dah operate, kau tapau semua makanan yang ada macam tiada hari esok. Apoo.. 


Nak buat pembedahan bariatrik ni senang je. Asalkan ada duit, boleh proceed. Tak payah tunggu esok lusa tulat, hari ni pun boleh terus buat. Ada sesetengah klinik dan hospital yang menawarkan pakej bersesuaian untuk pembedahan ini. Nak bayar cash boleh, nak pakai loan pun boleh. Kalau dedua tak cukup, boleh guna akaun KWSP.



Pada aku personally, kalau aku nak kurus pun (boleh ke kurus 😂) apa-apa kena mula dengan niat dulu. Lepas tu usaha.. Usaha bukan hari ni usaha esok give up #dietmulaiesok.. No.. Usaha disertai dengan istiqomah. Yer.. nak kurus ni perkara yang paling senang nak buat adalah untuk MULAKAN. Tapi yang paling susah adalah ISTIQOMAH. Ini memang aku sendiri akui berdasarkan pengalaman sendiri la.. Tak mudah ye.. Sokongan dari pelbagai pihak sangat diperlukan untuk menjayakan misi kurus tapi at the end adalah diri sendiri. 

Pada aku, niat nak kurus ni bukan semata-mata untuk cantik di dunia.. tapi untuk persediaan menghadapi mati. Kesian kat orang-orang yang akan angkat jenazah kita nanti. Berat badan satu hal.. berat dosa lagi.. Allah.. Semoga Allah mengampuni dosaku...

till then

Post a Comment

1 Comments

  1. Buat masa ni SA x perlukan Bariatric Surgery..boleh jer usaha sendiri sebab badan SA xde la seberat mereka yang buat pembedahan ni...risau risiko je..ehehhee..

    ReplyDelete

Thanks for your support