Tips : Pemilihan Sandal Wanita

Assalammualaikum..

Samada lelaki mahupun wanita, kedua-duanya mempunyai citarasa yang tersendiri dalam pemilihan kasut. Ada yang memilih kasut untuk kelihatan cantik, ada juga yang memilih kasut untuk meningkatkan keyakinan diri.. dan ada juga yang memilih kasut untuk keselesaan diri.



Tetapi tahukan kita, bukan semua jenis kasut sesuai dengan diri kita. Kadang-kadang, kita membeli kasut kerana kita sukakan kasut tersebut. Tapi pada masa yang sama, bila kita pakai kasut tu, nampak tak sesuai malah kadangkala membuatkan kaki kita bertambah sakit dan melecet. Pernah tak terjadi macam tu?

So, Keknil nak share kat korang tips pemilihan sandal wanita yang akan membuatkan korang rasa lebih selesa dan yakin tanpa menyakitkan kaki korang.. ^_^

1. Bentuk Sandal
Ini sangat memainkan peranan penting ye adik-adik. Kadang-kadang kita tengok sandal yang cantik, runcing dan slim je.. tapi cuba bandingkan dengan kaki sendiri. Macam kaki Keknil ni gemuk.. makanya, sandal jenis macam tu memang tak sesuai la untuk kaki Keknil ni.. so, Keknil akan cari sandal  yang bersaiz wide width dan pastinya, kaki berada dalam keadaan selesa dan tak tersepit. Kalau kaki korang kecik, takde masalah.. sebab Keknil tengok sandal runcing tu memang sesuai untuk kaki macam korang yang berkaki comel.. ^_^


2. Saiz Sandal
Pastikan saiz sandal mempunyai sedikit lebihan dibelakangnya supaya kaki berada dalam keadaan lebih selesa. Contoh, macam kaki Keknil saiz 8.. so, Keknil akan ambil sandal saiz 8 setengah atau saiz 9. Sebab Keknil nak pastikan kaki Keknil berada dalam keadaan selesa. Kalau sandal yang dipakai tu ngam-ngam je muat dengan kaki kita.. bimbang kaki kita tak selesa dan akan menyebabkan ia melecet. Mesti tak selesa kan..


3. Pengaliran Udara
Dalam cuaca kita di Malaysia yang tak berapa menentu ni.. Keknil cadangkan carilah jenis sandal yang mempunyai pengaliran udara yang baik. Bukan apa.. kalau dah sandal yang kita pakai ni tak selesa, dan tidak mempunyai pengaliran udara yang baik.. itu yang kadang-kadang kaki kita berpeluh tu dan seterusnya muncullah bakteria yang akan menyebabkan kaki kita berbau.. Pilih baik-baik ye.. ^_^



4. Jenis Sandal
Ada banyak jenis sandal lebih-lebih lagi untuk wanita ni. Dari yang bertapak rata hinggalah yang bertapak tebal. Keknil suka kasut bertapak tebal tapi dengan saiz badan Keknil yang tak seberapanya ni...hihih.. So, untuk ke pejabat, Keknil suka pakai kedua-dua jenis sandal.. ^_^ So, tak salah beli banyak jenis sandal, yang penting.. bila nak pakai tu.. biarlah kena dengan tempatnya kan..



5. Warna Sandal
Kebiasaannya warna sandal adalah warna-warna tanah. Tapi ada juga jenis sandal yang mempunyai warna-warna yang terang. Tak kisahlah.. warna sandal sangat memainkan peranan penting dalam penampilan diri. Warna yang terang sesuai digayakan ketika berada dalam keadaan santai sementara warna-warna tanah sesuai digayakan pada bila-bila masa.. hahahah.. susah nak pilih kan.. ^_^


Pemilihan kasut yang betul pasti akan membuatkan kita sebagai si pemakainya berasa yakin. Memang tidak dinafikan. Walaupun hanya dengan sepasang sandal.. kecantikan sipemakai tetap akan terserlah lebih-lebih lagi jika ianya dipakai dengan betul dan mengikut situasi yang sesuai.. ^_^

till then, tatababai

What's New

Post a Comment

3 Comments

Thanks for your support