Bila sebut pasal bulan Ramadan, apa benda pertama yang terlintas dalam fikiran korang? Selain daripada nak fokus kumpul pahala, aku yakin ramai yang dah mula bayangkan momen duduk semeja dengan mak, ayah, dan kawan-kawan sambil tunggu azan Maghrib berkumandang. Bau aroma gulai kawah, asap sate yang menusuk hidung, dan kemanisan buah kurma.. semuanya adalah sebahagian daripada memori indah kita.
Tahun 2026 ni, kalau korang tanya aku mana satu lokasi berbuka yang bakal jadi sebutan, jawapan aku tak lain tak bukan ialah Glenmarie Hotel & Golf Resort. Diorang kembali lagi dengan buffet Ramadan yang cukup ikonik, kali ni bertemakan Panggung Citarasa Nenda.
Bermula dari 20 Februari hingga 19 Mac 2026, Glenmarie bakal bertukar menjadi sebuah "panggung" kulinari yang mengangkat resipi warisan nenek moyang kita. Jom, aku ceritakan kenapa korang kena save the date dan kenapa tempat ni memang berbaloi untuk dikunjungi.
Nostalgia Yang Menusuk Kalbu
Kenapa nama dia "Panggung Citarasa Nenda"? Nama ni bukan saja-saja letak tau. Ia adalah satu penghormatan atau tribute kepada air tangan nenek kita dulu-dulu. Korang ingat tak macam mana rasa rendang yang dimasak berjam-jam atas api dapur kayu? Atau rasa sambal yang ditumbuk dengan lesung batu?
Glenmarie sebagai hotel homegrown (kebangsaan) sangat faham nilai tradisi ni. Diorang nak bawa kita semua kembali ke zaman kanak-kanak, di mana kebahagiaan itu ringkas.. hanya sekadar berkumpul ramai-ramai dan menikmati hidangan yang dimasak dengan penuh kasih sayang. Suasana kat sini memang tenang, jauh dari hiruk-piruk kesesakan kota, buatkan korang rasa lebih relaks nak berbuka puasa.
Lebih 400 Menu: Korang Laratt Ke Nak Makan Semua?
Jangan main-main, ada lebih 400 jenis hidangan disediakan! Aku ulang, empat ratus! Memang rambang mata dibuatnya. Dari makanan pembuka selera (appetizer) sampailah ke pencuci mulut yang manis-manis, semuanya ada.
Tapi, sebelum korang serbu semua kaunter, korang kena tahu satu rahsia besar. Ada beberapa menu "King" kat sini yang dihidangkan secara bergilir mengikut hari. Jadi, kalau korang peminat tegar kambing atau rusa, kena rancang hari apa nak datang!
Berikut adalah menu yang wajib ada dalam check-list makanan korang nanti:
Smoky Beef Brisket: Bintang Utama Setiap Hari
Ini adalah berita baik untuk semua karnivor di luar sana! Smoky Beef Brisket adalah antara menu signature yang dihidangkan setiap hari. Tak kira korang datang hari Isnin ke, Jumaat ke, daging ni tetap ada menanti korang. Dagingnya dimasak perlahan sampai teksturnya jadi melt-in-the-mouth. Rasa smoky pada bahagian luar daging tu memang meresap sampai ke dalam. Kalau makan dengan nasi panas, pergh... boleh bertambah-tambah dibuatnya!
Rusa Golek & Roasted Whole Lamb
Dua menu ni selalu jadi rebutan, tapi korang kena tengok kalendar dulu ya! Untuk Rusa Golek, ia hanya akan muncul pada hari Isnin dan Jumaat. Daging rusa ni teksturnya lebih padat dan kurang lemak berbanding kambing, memang rare nak jumpa kat buffet lain.
Bagi peminat Roasted Whole Lamb (Kambing Golek) pula, korang boleh datang pada hari Selasa, Rabu, Khamis, Sabtu, dan Ahad. Kambing golek kat sini dipanggang sempurna dengan perapan rempah ratus yang cukup rasa. Kulitnya garing, dagingnya juicy!
Roasted Whole Beef Leg & Laksa 7 Pelangi
Nak rasa pengalaman makan daging yang lebih grand? Cari Roasted Whole Beef Leg yang hanya ada pada hari Rabu dan Ahad. Bayangkan saiz kaki lembu yang besar dipanggang perlahan-lahan.. ini memang highlight yang korang takkan jumpa hari-hari.
Sambil tu, jangan lupa singgah ke kaunter Laksa 7 Pelangi. Kuah laksanya pekat, cukup masam dan pedas, dimakan pula dengan Daging Bakar Harimau Menangis. Kombinasi ni memang meletup dalam mulut!
Nasi Kerabu, Nasi Kandar Atok & Juadah Regional
Aku rasa tak lengkap buffet Ramadan tanpa nasi yang "power". Glenmarie membawakan citarasa dari seluruh pelusuk Malaysia. Ada Nasi Kerabu dengan ulam-ulaman segar yang membangkitkan selera, dan ada juga Nasi Kandar dengan pelbagai jenis kuah kari yang pekat berlemak. Setiap hidangan ni mencerminkan kepelbagaian negeri-negeri di Malaysia, dari Utara sampai ke Selatan.
Sunday is Durian Day!
Peminat Raja Buah, tolong beri perhatian! Kalau korang nak berbuka sambil layan Durian, korang wajib datang pada hari Ahad. Ya, durian dihidangkan secara eksklusif pada hari Ahad sahaja. Bayangkan lepas dah kenyang makan nasi dan daging, korang tutup dengan ulas-ulas durian yang lemak manis. Ini memang pakej berbuka puasa yang paling sempurna untuk rakyat Malaysia sejati.
Kenapa Korang Kena Pilih Glenmarie Hotel & Golf Resort?
Selain daripada makanan yang sedap-sedap, ada beberapa sebab kenapa korang kena pilih tempat ni sebagai lokasi perjumpaan keluarga atau syarikat.
Hospitaliti Yang Mantap
Sebaik saja korang melangkah masuk, korang akan disambut dengan senyuman dan layanan yang mesra. Staf kat sini memang sangat profesional dan sentiasa bersedia nak bantu.
Parking PERCUMA
Ini benda paling penting! Kat mana lagi nak cari hotel premium yang bagi parking percuma sekarang ni? Tak payah pening kepala fikir pasal kos parking atau kena jalan jauh.
Ruang Selesa
Dewan makannya luas dan tidak terlalu sesak, jadi korang boleh berbual dengan tenang tanpa perlu menjerit-jerit. Surau juga disediakan untuk kemudahan solat Maghrib dan Isyak.
Harga Dan Cara Tempahan
Dah mula rasa lapar ke tu? Sabar dulu, jom tengok harga promosi yang korang boleh rebut. Kalau boleh, aku nasihatkan korang ambil harga Early Bird sebab jimatnya sangat ketara!
Promosi Early Bird (Sekarang - 19 Feb 2026): RM158 nett (Dewasa) – Jimat banyak tau kalau korang booking awal!
Harga Biasa (Bermula 20 Feb 2026): RM178 nett (Dewasa)
Kanak-kanak & Warga Emas: RM98 nett
Buffet ni akan bermula setiap malam dari jam 7.00 malam hingga 10.00 malam.
Untuk sebarang pertanyaan atau nak buat tempahan meja, korang boleh terus hubungi nombor ni +6012 3999 610
P/s.. Kalau korang nak buat gathering keluarga besar atau belanja staff syarikat, aku nasihatkan korang booking sekarang sebab slot bulan Ramadan ni biasanya penuh macam goreng pisang panas!
Ramadan adalah masa untuk kita "reset" diri dan menguatkan ukhuwah. Melalui hidangan di Panggung Citarasa Nenda, Glenmarie Hotel & Golf Resort berjaya menyatukan kita semua melalui rasa. Ia bukan sekadar tentang makanan, tapi tentang menghargai warisan dan mencipta memori baru yang bakal kita ceritakan kepada anak cucu nanti.
Jadi, jangan tunggu saat-saat akhir! Ajak kawan pejabat, ajak famili, ajak pasangan korang untuk rasai sendiri pengalaman ni.
Jumpa korang kat sana nanti! Jangan lupa cari aku kalau korang dah sampai kaunter durian tu ya!

.png)
0 Comments
Thanks for your support