Interaksi : Dulu Lain, Sekarang Dah Lain

Baru-baru ni aku berbual dengan seseorang.. Orang yang aku kira dah lama kenal aku.. Tengah rancak berborak, dia tiba-tiba keluarkan statement “Dulu kau garang, kuat merajuk, suka buat muka."

Aku terkedu sekejap. Dalam kepala terfikir, eh, dulu aku macam tu ke? Teruk sangat ke aku dulu?

Then aku tanya balik, apa pandangan dia terhadap aku selepas 15 tahun ni.. adakah aku masih sama? Dia kata, 'eh takde lah, berbeza sangat dah.. dulu je mcm tu.. pastu tak dah'

Aku tak pasti nada dia tu maksudnya pujian ke atau sindiran halus. Tapi apa pun, ayat tu melekat lama dalam kepala aku. Jujur.. Aku cuma mampu ucapkan terima kasih dan appreciate atas pandangan dia terhadap aku.. Aku assume pandangan dan persepsi dia terhadap aku adalah yang positif sahaja.. 

Macam Mana Masa Ubah Diri, Ubah Persepsi Orang

15 tahun bukan masa yang sekejap. Dalam 15 tahun tu, banyak benda yang ubah aku.. cara fikir, cara react, cara bercakap, sampai gaya jalan pun mungkin lain. Kenapa perubahan tu berlaku? Aku rasa aku banyak berubah sebab ada 1001 peristiwa yang terjadi dalam hidup aku.. jadi aku belajar dari pengalaman.. 

Hidup memang ajar untuk slow down. Dulu mungkin aku cepat triggered, cepat terasa, cepat nak menang. Sekarang, aku lebih banyak diam dan observe.

Tapi bila dia cakap macam tu, aku sedar sesuatu.. orang tengok kita berdasarkan versi diri yang mereka kenal dulu. Walaupun kita dah berubah, tak semua orang “update” pandangan mereka terhadap kita. Macam apps yang masih guna version lama, walaupun system dah upgrade.

Kadang-kadang orang masih ingat kau garang, padahal sekarang kau cuma tegas. Dulu orang nampak kau pendiam, tapi sekarang kau cuma selective.. tahu bila nak cakap dan bila nak diam. Tapi tak semua orang nampak perbezaan tu, sebab mereka tak lalui perjalanan yang sama dengan kau.

Persepsi Orang Tak Statik, Tapi Lambat Berubah

Sebenarnya, persepsi orang terhadap kita bukan benda yang boleh kita kawal sepenuhnya. Orang menilai berdasarkan pengalaman, ingatan, dan emosi mereka.. bukan semata-mata realiti semasa.

Ada orang tengok perubahan kau dan rasa kagum.
Ada yang rasa kau “bukan diri kau yang dulu”.
Ada pula yang confuse, sebab mereka tak tahu bila kau berubah.

Tapi tu normal. Persepsi manusia memang dinamik.. dia berubah ikut jarak masa, pengalaman baru, dan hubungan yang terjalin semula. Macam aku tadi. Perbualan tu nampak kecil, tapi bagi aku, itu reminder yang masa memang boleh ubah banyak benda.. bukan sekadar rupa, tapi juga vibe dan energy kita.

Refleksi: Bila Diri Sendiri Pun Kadang Tak Kenal Diri Sendiri

Ada masa, aku pun terfikir… Kalau orang boleh nampak perubahan aku, maksudnya aku memang dah berubah ke, atau aku cuma jadi versi yang lebih tenang sebab penat dengan hidup?

Dalam diam, kita semua evolving. Kita belajar kawal emosi, kita tahu nak letak energy kat mana, kita mula pilih perangai mana yang patut stay, mana patut pergi.

Tapi perubahan tu tak selalu nampak jelas. Kadang-kadang kita sendiri pun blur.. “aku ni dah matang ke, atau dah malas nak layan benda remeh?

Yang pasti, bila orang lain mula perasan, itu tanda kau dah jauh dari diri lama kau.. dan tu bukan benda buruk. Itu bukti kau bergerak.

Hakikatnya, Persepsi Orang Tak Tentukan Siapa Kita

Apa yang orang nampak tentang kita.. tu cuma serpihan. Kadang betul, kadang separuh betul. Yang penting, kau tahu siapa diri kau sekarang.

Kalau dulu kau cepat marah, tapi sekarang kau tenang.. itu growth.
Kalau dulu kau pendiam sebab insecure, tapi sekarang kau diam sebab bijak memilih.. itu wisdom.
Dan kalau dulu kau terlalu nak jaga hati orang, tapi sekarang kau belajar jaga hati sendiri.. itu healing.

Persepsi orang boleh berubah, tapi nilai diri kau tetap dalam tangan kau sendiri.
Jadi tak payah stress kalau ada yang masih nampak “versi lama” kau.
Mungkin mereka tak salah.. cuma mereka belum sempat kenal kau yang baru.

Masa bukan sekadar ubah rupa, tapi dia refine jiwa. Dan bila orang yang kenal kita dulu datang semula dan cakap, “Kau dah lain..” itu bukan sindiran. Itu acknowledgment. Itu tanda perjalanan kau selama ni ada hasilnya.

Jadi, jangan risau kalau persepsi orang berubah. Itu cuma bukti bahawa kau sendiri pun dah berubah.. ke arah yang lebih baik, lebih tenang, dan lebih tahu siapa kau sebenarnya.

Post a Comment

Thanks for your support

Previous Post Next Post

Smartwatchs