Wednesday, August 2, 2023

Take Care of Your Soul: Kenali Kesihatan Mental

Assalammualaikum
Untuk entry kali ini, aku nak share berkenaan kesihatan mental. Kali ini, kita akan bercerita tentang sesuatu yang tidak kurang pentingnya daripada tubuh badan kita, iaitu kesihatan mental. Selalunya kita selalu cakap macam mana nak jaga badan, nak diet, nak cantik.. tapi jangan lupa tau, jiwa kita ni pun perlukan perhatian.


Kalau dulu mungkin kita selalu beranggapan kesihatan mental hanya untuk orang yang ada masalah besar. Tapi sebenarnya, kesihatan mental ibarat santapan jiwa. Setiap orang memerlukannya untuk kehidupan yang seimbang dan bahagia.

Memang tidak dinafikan, hidup kita ni kadang berliku. Ada naik turunnya. Kadang semalam kita stress sampai rasa macam nak give up dengan hidup ni. Tapi hari ni, Allah berikan kegembiraan kepada kita dengan kehadiran kawan-kawan, keluarga dan rezeki yang melimpah ruah  Sebenarnya, tak perlu risau jika kita rasa sakit hati atau tertekan. Sebab itu semua normal. Sebagai manusia, wujudnya perasaan gembira, marah, sakit hati, tertekan mahupun bahagia adalah lumrah. Sebab kita manusia.. Sedangkan haiwan pun ada perasaan, inikan pula kita sebagai manusia kan..Jangan malu untuk memberitahu rakan atau keluarga jika ada yang tidak kena dalam jiwa kita. Kadangkala bercerita sudah cukup untuk menghiburkan hati. At least, release la sikit stress tu.. Betul tak? 


Pada satu-satu masa, kita terlalu sibuk memikirkan masa depan. Overthinking.. Haa.. ini bukan korang je.. aku pun selalu je rasa macam ni.. Kadang rasa risau, tertekan dengan perkara yang belum jadi pun.. tapi dalam otak ni nak juga fikir kan.. degil betul otak ni.. hahaha.. apa yang kita boleh buat, kita cuba je hadapi setiap hari tu dengan yakin dan tenang. Tak perlu fikir apa yang akan jadi seminggu akan datang, hadapi je apa yang sedang berlaku dan sekiranya ada cabaran, cuba selesaikan dengan cara paling tenang. Apa yang berlaku pada masa depan, it will happen then.. 

Kadang-kadang, pada satu-satu masa.. kita suka mengkritik diri sendiri. Kita rasa serba kekurangan, kita rasa down, sampai kita rasa kita tak layak untuk berada dalam kelompok orang-orang yang hebat. Jangan begitu... tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Jadi, hargai diri kita seadanya, dan belajar dari kesilapan yang telah berlaku.

Lagi satu, senaman ni penting juga tau untuk menjaga kesihatan mental. Siapa yang tak suka senam angkat tangan? Haaa.. sayaaa... (eh.. saya la tu.. hahha) Takpe.. kalau tak suka senam berat-berat pun takpe.. cari aktiviti fikizal macam berjalan, briskwalk atau menari ikut lagu kegemaran.. Ini pun kategori senaman ringan juga tau.. Bila badan sihat, keluar peluh, ia akan mengeluarkan hormon endorfin yang membuatkan kita berasa lebih tenang. Badan sihat, hati tenang, jiwa pun bahagia, gitteww...

Pada masa yang sama, jangan lupa badan kita juga perlukan rehat. Jangan dah seharian bekerja, sampai lupa masa untuk berehat. Sesekali, pergilah bercuti dan berehat. Tak perlu ke tempat mahal-mahal atau pergi ke luar negara, dapat pergi berkelah di tepi pantai pun takpe.. Luangkan waktu rehat bersama keluarga. Ingat tau.. rehat ni bukan buang masa, tapi ia sebagai satu pelaburan dalam kesihatan mental. Good mental health, happy life.

Akhir sekali, kesihatan mental bukan sahaja tentang diri kita, tetapi juga tentang orang lain. Kalau korang ada nampak kawan-kawan atay ahli kelaurga yang menghadapi masalah, jangan takut dan teragak-agak untuk memberi sokongan. Kadangkala, mendengar masalah orang lain juga boleh membantu kita memahami dan menghargai kehidupan kita sendiri.

So, cukup dulu tips yang aku kongsikan untuk kita sama-sama memahami dan menjaga kesihatan mental. Ingat tau.. Badan kita, jiwa kita.. sayangi diri sendiri sebelum orang lain... love ya...

till then

No comments:

Post a Comment

Thanks for your support