Monday, August 14, 2023

Staycation Escapade: Eksplorasi Tempat Menarik di KL

Assalammualaikum

Sekarang ni semua orang sibuk nak melancong ke luar negara.. tapi sebenarnya dalam Malaysia sendiri ada je tempat-tempat menarik yang kita boleh pegi.. Baru-baru ni aku dan geng-geng travel aku pegi staycation kat KL.. nawaitu nak pergi Jalan-Jalan Cari Makan kononnya kat cafe-cafe hipster sesambil pegi tempat-tempat viral kat KL.. suprisingly.. banyak gile tempat yang kitorang pegi dalam masa 1 hari dan of course, FREE je tanpa entrance fee. Jom ikut kitorang jalan-jalan sambil meneroka tempat menarik kitorang di Kuala Lumpur. Di akhir entry ni, aku akan selitkan itinerary kitorang sepanjang kitorang staycation.


Petaling Street
Dikenali sebagai "Chinatown" Kuala Lumpur, Petaling Street merupakan destinasi yang mesti dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang melawat Kuala Lumpur. Terletak di tengah-tengah hiruk-pikuk kehidupan bandar, Petaling Street menawarkan pengalaman membeli-belah yang pelbagai, hidangan kulinari dan kemeriahan budaya yang istimewa. Kat sini korang boleh dapatkan pelbagai barangan seperti pakaian, aksesori, barangan antik, mainan, dan pelbagai produk lain. Jangan lupa cuba tawar-menawar dengan peniaga, kerana tawar-menawar adalah sebahagian daripada pengalaman membeli-belah di sini. Kat sini kitorang sempat borong 'face mask' dengan harga RM2 untuk sepaket yang berisi 10 face mask. Memang murah gilesss... 


Lorong Panggung (Kwai Chai Hong)
Lorong Panggung, juga dikenali sebagai Kwai Chai Hong, adalah lorong yang menawan dan dibangunkan semula yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur yang membawa pengunjung mengembara kembali ke zaman keemasan 1960-an Chinatown, Kuala Lumpur. Permata tersembunyi ini menawarkan gabungan unik sejarah, seni dan budaya, menjadikannya destinasi yang mesti dilawati bagi mereka yang ingin menerokai warisan meriah di bandar ini. Terdapat cafe-cafe hipster berhampiran, tapi kami lebih kepada ingin menikmati pemandangan dan menelusuri keindahan lorong kecil ini.



River of Life
River of Life merupakan inisiatif utama yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia untuk meremajakan dan mengubah Sungai Klang di Kuala Lumpur. River of Life ni adalah central kepada beberapa attraction menarik seperti Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad. Tempat ni kalau datang siang cantik, malam pun cantik kerana ia dihiasi dengan lampu-lampu yang cantik.


Dataran Merdeka (Bangunan Sultan Abdul Samad)
Seumur hidup, at least sekali tu datanglah ke Dataran Merdeka. Saksikan sendiri keindahan bangunan Sultan Abdul Samad dan kalau pegi time Hari Kebangsaan, boleh la tengok perarakan. Time kitorang pegi ni kebetulan ada event kat Dataran Merdeka jadi tak boleh nak ke tengah sangat. Tapi dapat tengok dari tepi pun dah rasa woww... cantiknya bangunan Sultan Abdul Samad ni.. ada rezeki nak datang lagi nak enjoy the view waktu malam pulak.



Saloma Bridge
Jambatan Saloma Link, dinamakan sempena artis ikonik Malaysia Saloma, adalah jambatan pejalan kaki yang menakjubkan yang merentangi Sungai Klang di Kuala Lumpur. Karya seni bina ini bukan sahaja menghubungkan dua sisi sungai tetapi juga melambangkan gabungan harmoni warisan dan kemodenan di tengah-tengah bandar. Kalau datang sini, waktu malam adalah yang paling cantik. Kitorang memang tak lepaskan peluang untuk berOOTD kat sini dan of course, kalau datang sini, silalah bawa kamera yang berHD tinggi. Serious cantik giler...


Bangunan Kuala Lumpur City Centre (KLCC)
Mercu tanda Malaysia, Kuala Lumpur khususnya. Masa kitorang pergi kat dalam agak crowd tapi kitorang masuk juga feel the vibes kononnya. Tapi last-last kitorang amik gambar dari luar je. Barulah nampak KLCC tu macam mana. Terasa bangga seketika dengan kecantikan dan keindahan bangunan KLCC terutamanya pada waktu malam. 


Nice tak tempat yang kitorang pergi? Tempat-tempat ni tak perlu bayar entrance fee pun, tapi kitorang dapat menikmati tempat-tempat yang menarik dan banyak giler gambar OOTD yang kitorang dapat amik. Kalau cuti tak banyak, boleh la kalau takat nak healing-healing tu kan.. destinasi pun dekat je.. tak perlu jauh-jauh dan kos pun lebih jimat. Aku share juga basic itinerary sepanjang trip kitorang hari ni.. Harap dapat membantu korang sekiranya korang merancang staycation korang nanti.


till then


No comments:

Post a Comment

Thanks for your support