Rasa dah lama gile tak memanjakan diri, jadi bila kau dah dalam keadaan stress tahap tak boleh bawa bincang lagi, makanya macam-macam la stress release plan yang kau rancang supaya at least untuk 1 jam tu kau tak perlu fikir apa-apa hal duniawi ni. Bukan mudah juga ye nak rancang sebab every weekend ada je urusan-urusan tertangguh yang perlu diselesaikan.
So nak dijadikan cerita, aku ni dah lama nk gunting rambut. Rambut pun dah macam mak lampir kemain panjang macam tingginya bangunan opis aku ni. So, aku pun kekonon nak carilah kedai gunting rambut kat area rumah aku ni. Tapi tak banyak pulak kedai gunting rambut yang unisex kat area rumah aku ni. Jadinya, kau sendiri la jadi barber kan. Sendiri potong laa... Lepas tu, mula la terasa gatal rambut la, rasa berminyak la.. time ni la semua penyakit rambut nak datang kan.. Produk yang digunakan kat sini juga adalah 100% herba semulajadi dari India. Sangat best! Jadi time ni la tetiba kau nak berangan rambut kau secantik dan sesihat Kajol ~ lah sangat! Berangan is free what ~
MBH Haircare Kajang
Jadi aku buat appointment dengan Ikin untuk buat rawatan rambut di MBH Haircare yang terletak di Kajang. Satu aku suka kat sini sebab konsepnya yang mesra muslimah. Jadi kau tak perlu bimbang kalau nak buka tudung biarkan rambung gerbang-gerbang pacak-pacak. Kesahhh.. Sebab bilik rawatan dia tertutup dan sangat selesa.
Selain tu ruang menunggu yang selesa, ruang rawatan yang tertutup serta bersih dan layanan kakitangan yang sangat baik siap offer gula-gula ~
ruang menunggu
ruang kaunter
antara rawatan yang ditawarkan
isi borang dulu
macam jawab exam ~
Kakitangan yang entertain aku hari tu adalah Maisarah, sangat friendly dan sangat membantu dalam aku menguruskan rambut aku yang bermasalah ni. So, rawatan rambut aku bermula dengan penerangan ringkas dari Maisarah berkenaan dengan permasalahan rambut di kalangan wanita. Sebenarnya, lelaki pun ada je masalah yang sama cuma masalah ni lebih banyak terjadi pada wanita sebab wanita ni ada yang bertudung, ada yang tidak. Jadi untuk wanita bertudung, kadang-kadang tiada pengudaraan dalam tudung yang menyebabkan pelbagai masalah rambut seperti rambut berminyak, rambut gugur, kelemumur malah bau rambut kepam. @__@
ruang konsultasi
ruang rawatan
ruang rawatan
ruang cucian
antara peralatan rawatan
Maisarah ada tanya juga, ada masalah atau stress ke semenjak dua menjak ni. Aku pun laju je nak bercerita memang aku ada stress beberapa bulan ni, tapi takde la aku cerita detail sangat. So Maisarah kata, kadangkala stress juga boleh jadi punca rambut bermasalah. So barulah aku tau, rupanya kalau stress bukan je effect pada sakit hati, sakit badan, sakit mata, masalah kulit muka tapi boleh juga mengakibatkan masalah rambut dan kulit kepala. Stress.. sila nyah kauuu dari hidup aku !
tunggu untuk konsultasi
Masa Maisarah buat analisis rambut, rupanya aku bukan sahaja mengalami masalah kegatalan kulit kepala, tapi juga masalah kelemumur, rambut kering dan kulit kepala berminyak. Haihh.. banyak betul masalah kau rambut. Aku kasik botak baru kau tau erti penyesalan !
antara masalah kulit kepala tidak sihat
inilah kulit kepalaku yang tak sihat tu ~ tengok sepapan kelemumur kat situ
Jadi Maisarah suggest aku buat rawatan basic dulu iaitu Hair Growth Vitamin Wash yang mana rawatan ini dapat membantu mengurangkan masalah kegatalan pada kulit kepala dan seterusnya menjadikan rambut lebih lembut terurus.
masalah rambut yang aku hadapi
So, lepas analisis rambut, Maisarah pun mulakan rawatan dengan cucian rambut. Masa syampu ni, betul-betul Maisarah ni keruk kulit kepala aku ni nak bagi kelemumur ni keluar. Memula tu memang sakit, tapi ye la.. Masa analisis tu kau tengok sendiri betapa kelemumur tu bermaharani kat kulit kepala kau siap pakej berdarah-darah lagi. Kau rasa? Aku rasa ringan gila kepala lepas Maisarah keruk-keruk rambut ngan kulit kepala aku tu. Fuhh... satu kepuasan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Maisarah tengah keruk-keruk kulit kepala
Hair Shampoo
Lepas syampu, jangan lupa pakai conditioner ye. Masa ni memang rasa sedap je berangin-angin. Tak tau la sebab aircond atau conditioner tu, tapi memang best. Memang kepala rasa ringan gile. Lepas bilas rambut, Maisarah sembur pulak dengan tonic. Haa.. tak ke rasa dimanja-manjakan sangat. Terus rasa nak flip hair acah-acah model iklan rambut. Tonik ni Maisarah sapu dan gosok di kulit kepala dan ianya sangat membantu untuk masalah kegatalan kulit kepala. Lepas tu, Maisarah pun start la keringkan rambut guna hair-dryer. Takkan rambut basah-basah kau nak terus pakai tudung kan. Terus sesia je kau buat rawatan rambut tak sempat nak serap vitamin, rambut dah kepam balik.
Hair Conditioner
Revitalizing Hair & Scalp Tonic
Then untuk merawat rambut yang rosak serta rawatan rambut kepam terutamanya pada wanita yang bertudung, Maisarah letakkan serum pada rambut dan of course lepas tu kau rasa macam kaulah wanita paling cantik di alam semesta. Rambut dah kering, so marilah kita kembali bertudung dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Maisarah sebab sudi bagi perkhidmatan belaian rambut terbaik dari ladang bunga.
Hair Repair Silkening Serum
Serius, as wanita bertudung, tak mudah nak cari tempat yang bersih serta mesra muslimah. Insya Allah, ada rezeki aku akan datang lagi dan dapatkan rawatan susulan dari Maisarah. Ye la, rambut ni sama je macam kau jaga muka. Nak juga dibelai-belai setiap hari kan. So, as pelanggan yang happy dengan perkhidmatan yang diberikan, aku bagi 5 bintang.
walaupun dalam gambar ni semua nampak garang, tapi sebenarnya happy. banyak sangat shot ni yang paling tak gegar ~
Kalau korang nak try buat rawatan kat sini, aku sertakan sekali maklumat perhubungan kat bawah ni. Selain rawatan cucian rambut, MBH Haircare ada je buat rawatan lain dengan harga yang sangat berbaloi-baloi.
Alamat :
MBH Haircare
No 17 Jalan Damai Mewah 2
43000 Kajang
Selangor
Telefon : 011-6085 0817
Facebook : MBH Haircare Malaysia
Instagram : mbh.haircare_malaysia
till then
wah best nye ade orang tolong keruk kan kepala
ReplyDeleteTetiba rasa nak pegi cuci rambut jugak huhuh dah berat rasa kepala ni. mmg la boleh cuci sndiri tpi lain rasnaya dgn org urutkan hehe. NAsib kajang jauh. Pegi area2 dkt rumah je lahh
ReplyDeleteBestnya keruk2 kepala....tapi tu la..jauh nun di Kajang...kalau dekat nak gak pergi...
ReplyDeleteBestnya akak buat rawatan rambut kat sini. Nanti nak buat jugaklah
ReplyDelete