Baru-baru ini Keknil sempat menghadiri Majlis Pengumuman
Prestasi Kutipan Zakat Bagi Tahun 2018 yang di adakan oleh Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dan telah diumumkan sendiri oleh Menteri di
Jabatan Perdana Menteri (Agama), Dato’ Seri Dr. Mujahid Yusof yang turut
dihadiri oleh Pengerusi MAIWP, Dato’ Sri
Syed Hussien Abd Kadir, Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che
Mat Che Ali. Hadir sama Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan /
Setiausaha MAIWP, Tuan Hj Mohd Ajib Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif
PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff bertempat di Hotel Everly Putrajaya.
Untuk makluman
korang, PPZ-MAIWP merupakan institusi zakat yang menguruskan bahagian kutipan manakala
bagi agihan pula adalah Baitulmal-MAIWP dan Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan (MAIWP) sendiri bagi agihan langsung dan tidak langsung di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
REKOD
KUTIPAN ZAKAT PPZ-MAIWP BAGI TAHUN 2018:
Bil
|
Perkara
|
2018 (RM)
|
2017 (RM)
|
%
Kenaikan 2018/2017
|
1
|
Kutipan
Zakat
|
651,228,032.94
|
615,199,108.06
|
+ 6%
|
Bil
|
Perkara
|
2018
(Jumlah orang)
|
2017
(Jumlah orang)
|
%
Kenaikan 2018/2017
|
1
|
Pembayar Zakat
|
180,958
|
169,372
|
+ 7%
|
Kalau ikutkan, banyak lagi perancangan PPZ-MAIWP dalam meningkatkan jumlah pembayar dan kutipan zakat pada tahun semasa. Antaranya :
- Mengadakan program–program untuk mendapatkan pembayar baru zakat.
- Kempen Penambahan Potongan Gaji.
- Kempen VVIP dan VIP di sektor awam dan swasta.
- Program khas untuk syarikat GLC dan GLIC bagi zakat perniagaan.
- Projek khas bagi mengekalkan pembayar sedia ada.
- Pembangunan sistem baru untuk menyokong kutipan zakat.
- Kempen syarikat-syarikat SME untuk membayar zakat perniagaan.
- Pelantikan ejen kutipan zakat baru di universiti.
- Penjenamaan semula Kaunter Zakat menjadi Pusat Perkhidmatan Zakat.
- Kajian-kajian syariah untuk memperkemaskan fatwa-fatwa berkenaan zakat.
- Pembangunan modal insan yang berterusan bagi memberi teknik-teknik terkini berkenaan pemasaran berkesan.
- Meningkatkan prospek dan sahabat zakat untuk menjadi pembayar zakat.
- Kempen Skim Thohir di sektor awam.
- Kolaborasi bersama pihak luar.
- Menambahbaik saluran bayaran zakat.
- Mempromosikan pengembalian semula wang zakat untuk diagihkan sendiri oleh pembayar zakat (Wakalah).
- Mempromosikan larangan mengutip zakat oleh ejen yang tidak bertauliah di Wilayah Persekutuan.
- Merealisasikan kewujudan Akta Zakat Wilayah Persekutuan.
- Program–program bersama pembayar besar di Wilayah Persekutuan.
- Menjalankan promosi Tabung Didik Zakat.
Hasil dari kutipan zakat yang telah diterima, pihak Baitulmal MAIWP akan mengagihkan mengikut seperti di bawah:
- Bantuan kewangan bulanan
- Bantuan sewa rumah sekiranya tidak mampu membayar sewa rumah
- Bantuan pelajaran kepada anak-anak
- Bantuan perubatan sekiranya mereka ada masalah kesihatan
- Bantuan perniagaan sekiranya mreka ada membuat perniagaan kecil-kecilan
Manakala bagi menjamin kelangsungan pendidikan kepada semua golongan pihak Baitulmal juga menyediakan kemudahan seperti di bawah:
- Sekolah Menengah Agama MAIWP Kuala Lumpur di Bandar Sri Permaisuri.
- SMA- MAIWP Labuan
- Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) di Bandar Tun Razak.
- Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) di Kampung Pandan
- Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur di Kampung Pandan
- Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS di Taman Batu Muda
- Darul Ilmi di Sungai Penchala
- Pondok moden Al-A'Baqirah yang kini beroperasi di Taman Koperasi Polis Fasa 2 Gombak
- Ma'alim al - Sunan Li dirasati al-Sunnah al- Nabawiyyah
Seterusnya, bagi Institusi Perlindungan dan Kebajikan pula:
- Darul Kifayah di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Gombak untuk anak-anak yatim
- Dar Assaadah di Kampung Batu, Jalan Ipoh untuk pemulihan wanita yang terjebak dalam gejala sosial.
- Darul Hidayah - perlindungan untuk muallaf
Oleh itu bagi tahun 2019 ini, mereka menyasarkan kutipan sebanyak RM710 juta dengan pembayar seramai 190 orang di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan.
Oleh itu, sebagai orang Islam yang mampu dan sihat, jomlah kita tunaikan zakat dan manalah tau sedikit sebanyak zakat yang kita sumbangkan itu dapat membantu orang yang kurang bernasib baik dan yang penting, ini adalah salah satu dari saham akhirat kita. ^_^
till then, tatababai
1 Comments
terbaiklaaa
ReplyDeleteThanks for your support