Selesai ambil kereta, Keknil mulakan pemanduan dan setkan ke arah Geraldine untuk membeli barang dapur. Bukan apa, boleh je nak beli kat Christchurch ni, tapi sebab kami nak kejar sunset di Lake Tekapo. Jadi, kami decide untuk shopping di Geraldine iaitu halfway perjalanan kami ke Lake Tekapo.
Memang tak dinafikan, perjalanan dari Christchurch ke Lake Tekapo sangat mengundang kenangan. Cumanya, kami tak banyak singgah dan hanya singgah di ladang yang ada banyak sangat kambing biri-biri. Dia punya teruja jumpa kambing tu, sampai rasa nak peluk kambing. Padahal kalau dekat, busuk je pun kambing tu. Hahahaha.. Jakun..
Sepanjang perjalanan kami, banyak yang kami jumpa antaranya rumah bergerak. Hahhahaa..
Dari Geraldine, kami bergerak ke Fairlie Holiday Park dan urusan check in sangat mudah. Bayaran juga dilakukan secara cash. Fairlie Holiday Park ni pun bukan besar sangat pun, jadi senang sangat nak cari bilik kami malah turut disertakan peta holiday park bagi memudahkan urusan mencari di mana rumah kami. Hahahaha
Fairlie Holiday Park ni mostly orang underrated sebab kedudukannya yang tak berapa dekat dengan Lake Tekapo tapi bersyukur juga duduk sini sebab kat sini Keknil dapat stargazing walaupun depan bilik sahaja tapi memang sangat indah. Kalau korang tak jumpa penginapan yang memurah kat Lake Tekapo, jangan runsing dan korang boleh cuba duduk kat sini, dalam 30 - 40 minit pemanduan.
Usai check in, kami terus ke bilik untuk solat, masak dan berehat seketika. Since kami akan ke Lake Tekapo untuk hunting sunset petang tu, jadi kami masak light-light sahaja untuk alas perut. Light-light pun dapat la makan nasi dengan sardin panas-panas. Fuhhh... Enaknya tidak terkata. Lelagi makan masa cuaca tengah sejuk-sejuk. Memang bertambah la..
Lepas makan, kitorang pun bergerak ke Lake Tekapo untuk hunting sunset. Perjalanan memang santai-santai je dan kitorang memang follow the rule tak bawa lebih dari kadar kelajuan yang ditetapkan. Kat sinilah kali pertama kitorang dapat jari. Hahahaha..
Tapi sampai je kat Lake Tekapo, dah tak peduli jari tu dah sebab pemandangan yang dirindui kini bertamu semula. Lake Tekapo sangatlah indah. Cumanya kali ni Church of The Good Shephard tak boleh masuk. Cuma boleh amik gambar dari luar je. Takpe la.. bukan teringin nak masuk sangat pun yang penting pemandangannya sangat ohsem.
Kitorang kat sini sampai habis sunset dan kemudian baru balik semula ke Fairlie Holiday Park.
Kitorang ni kan, setiap tempat ada pengalaman pahit manis yang akhirnya mengundang gelak tawa bila diceritakan semula.
Pengalaman kelakar dan memalukan kat Fairlie Holiday Park memang sampai sekarang Keknil ingat. Bilik kami ni tak attached dengan bilik air. Kiranya bilik air ni berkongsi la.(untuk perempuan sahaja) Kitorang mandi ni memang ikut turn, ada satu bilik air tu, berkongsi satu bilik air boleh 2 orang mandi dan ada bilik mandi kecil yang ditutup dengan langsir.
Kebetulan malam tu, lampu bilik air tu rosak kot. Jadi kami ni dok bawa handphone dan pasang lampu. Kawan Keknil ni tengah mandi kat salah satu bilik air tu. Keknil tengah basuh muka. Pastu kitorang pun berhuha huha dalam tu siap gelak-gelak. Pastu Keknil tanya dia, "Nad.. bilik air sebelah ko ni kosong tak?" Dia kata tak tau. Keknil pun fikir, kitorang ni dah berhuha huha dalam tu tapi bilik air sebelah tu takde yang respons. So, takde orang la kot.
Keknil pun selak langsir bilik air tu dan kedengaran suara jeritan.. Omaiiiii... apa yang telah aku lakukan? Nasib belum sempat toleh lagi, terus Keknil jerit, "sorryyy.. sorryy.." dan keluar dari bilik air tu.
Aduhaii.. Keknil minta maaf sangat-sangat kalau mangsa tu terbaca entry ni. Tak sengaja tauu.. Ampunnn...
Lepas kawan Keknil si Nad ni balik bilik, dia bantai gelak sakan siap cerita, "tadi dia nak gelak kuat-kuat tapi tahan gelak" adoiii... saje je si Nad ni kenakan Keknil tauuu...
Esoknya kami akan ke Dunedin, tapi ada sedikit halangan yang menyebabkan kami tak dapat ke sana. Apakah itu? Tunggu tau....
2 Comments
Subhanallah...cantik dan indahnya pemandangan..Anil bila nak repeat lagi? SA nak ikuttttt....cantiknyaaaaaaa
ReplyDeleteteringin sgt nak pergi nz jamu mata je la dulu kat sini
ReplyDeleteThanks for your support