Raikan Makan Makan di Pak John Steamboat

Assalammualaikum

Dah lama tak buat entry santai.. entry makan-makan kan.. Keknil nak kongsi cerita beberapa minggu lalu, lepas Keknil balik dari event lari-lari kat Wetland Putrajaya, kekonon nak lunch kat luar la masa tu. Terus la ke Pak John Steamboat di IOI City Mall.. Sejenis kegigihan ye.. kaki masa tu belum sempat heal dah pegi cari makan sekenyang-kenyangnya. Hahhahaa



Seperti dalam entry yang lalu, apa yang Keknil suka tentang Pak John Steamboat ni adalah pelbagai pilihan makanan laut yang segar dan ada yang dah siap marinate dengan pelbagai flavour. Selain seafood, chicken and beef..



Kat sini juga ada pelbagai jenis mee. Sebut je nak mee apa. ramen, mee hijau, mee sua semua ada lah... Memang kenyang la makan.. boleh tersandar sampai tertidur punye. ahhahaha






Bagi peminat sayuran, jangan risau.. ada juga sayur-sayuran yang pastinya pelbagai pilihan dari sawi, kobis, carrot mahupun jagung. Pilih je nak apa.. Seharusnya, Yumsssss.... thumbs up Keknil bagi !



Di sini bukan sahaja ada fresh food to steam and grill, tapi juga ada makanan yang dan siap masak. Ready to eat kekdahnya. Jadi senang, sambil menunggu makanan nak masak, korang boleh layan makanan ready to eat yang ada macam-macam pilihanlah.






Tak cukup dengan itu, dessert pun mewah jugakkk.. Ada kek, buah, cendol.. Aduhaiii... kalau makan kat sini, lupakan diet untuk sehari. Esok baru sambung diet okeyyy.. Hehheee




Terdapat 5 jenis pilihan sup yang korang boleh pilih mengikut selera korang. Macam Keknil, of course la Keknil pilih tomyum. Barulah yumss yumss yumssssss... Begitu juga dengan sosnya yang Keknil kira ada lebih dari 10 jenis pilihan sos. Cedok je nak sos apa untuk dicicah bersama makanan korang tu.


Yang bestnya kat sini, tempatnya agak besar dan sesuai juga untuk pelbagai jenis majlis seperti sambutan harijadi, gathering, reunion, annual dinner malah farewell.. Book awal-awal supaya pihak pengurusannya dapat set tempat untuk korang. Yang pastinya, memang puas hati. Berbaloi-baloi dengan harga dan pilihan makanannya. Pendek kata, tak rugi la makan kat sini.



Untuk yang datang untuk waktu makan malam atau weekend. Korang boleh request untuk Premium Beef, Abalone dan Smoked Duck. Ni pun free flow. Minta je selagi ada. Takde limit 1 guest boleh makan sekeping je. Hhahaha



Iman sangat menikmati hidangan kat sini, memang dia boleh ambil makanan yang dia suka ikut citarasa dia. Tapi kadang-kadang mama dia pun terambil makanan dia dalam sup tu. Lepas tu mulalah dia merajuk buat muka. Elehh.. macam la tak boleh ambil yang lain.. Kan free flow. Hahhahaha
Stress Iman dapat mama kuat menyakat kan.. Hihihih






Untuk korang yang ingin cuba menikmati makan tengahari mahupun makan malam, bolehlah pertimbangkan untuk makan di sini. Pasti berbaloi-baloi. Jangan cakap Keknil tak bagi tau ye.. ^_^ Harga seperti tertera dibawah. :D



Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

Alamat : Pak John Steamboat & BBQ 
GE 11, Ground Floor,  IOI City Mall,  Putrajaya

Instagram : Pak John Steamboat 
Hotline : 0389571128



till then, tatababai

Post a Comment

2 Comments

  1. amboiiiii...dia p steamboat naaa..sedap ni..nt nak cuba

    ReplyDelete
  2. alahai sedapnya teringin nak repeat plak rasanya

    ReplyDelete

Thanks for your support