Roadtrip to New Zealand | KL - Auckland

Assalammualaikum

Lama sungguh Keknil peram cerita New Zealand ni.. dari belum puasa, sampai dah raya.. ni nak habis tahun baru ko gigih nak upload ek. ^_^.. Hahaha..

Alkisahnya, korang boleh baca macam mana Keknil rancang percutian dan review produk yang Keknil buat untuk trip New Zealand ini di entry yang lepas.

1. Jam Solat Pemudah Dikala Travel
2. Cara Tukar Tarikh Penerbangan
3. Wifi Terbaik Keknil Guna di New Zealand
4. Persediaan Keknil ke New Zealand
5. Bila Ribut Tropika Melanda New Zealand
6. Ke New Zealand ke Kita?
7. Cara Tempah Aktiviti di New Zealand
8. Step by Step Tempah Menggunakan Bookme.nz

Jadi hari yang dinanti-nantikan selama setahun akhirnya tiba ! Fuhh.. macam-macam dugaan nak tunggu hari Keknil ke New Zealand ni. Nama trip pun Roadtrip to New Zealand with Keknil. Hahhaha...  Berdebar-debar rasanya tau. Kebetulan pada hari kami pergi tu, bonda kepada salah seorang dari trip member kami masuk ICU. Memang dari awal kawan ni nak tarik diri, tapi disaat-saat akhir bila tengok kondisi bondanya semakin pulih, dan adik beradiknya pun suruh pergi juga.. Maka, dia pun teruskan juga untuk teruskan trip ni.


Kami bertemu di KLIA2 tepat jam 8.00 malam. Kena la datang awal sebab nak nak kena check in bag dan repack bag. Semua makanan kami letak dalam 1 beg sahaja. So mudah nanti kalau nak buka dan periksa oleh kastam di New Zealand. Senarai produk dan ingredient pun Keknil dah siap print sebanyak 2 salinan sekiranya diperlukan untuk pemeriksaan nanti.

Dek kerana cheapskate, Keknil tak amik sebarang luggage untuk pegi. Jadi, Keknil hanya hand carry sahaja sebanyak 7kg. Korang bayangkan, betapa compactnya beg Keknil tu dengan 7kg je. Hahahah.. Adoii..

Tips : Untuk penerbangan ke Auckland melalui Air Asia X, flight ini akan stopover ke Gold Coast terlebih dahulu. Jadi masa stopover tu, korang kena turun sekali beserta dengan hand carry luggage yang korang bawa tu. Seksa uols.. Makanya, belilah luggage seminimum yang boleh. Tak yah nak cheapskate sangat macam Keknil ni haa.. 😅
family dan pasangan memasing dok hantar kami kat airport

muka ada senyum dalam jimba selama 2 minggu

Sebelum fly, pegi amik portable WIFI dulu. Kami ni Keknil gunakan perkhidmatan Roaming Man. Memang terbaik dan sangat berguna sepanjang trip kat sana.


Then kitorang solat sesiap maklumlah jauh perjalanan ni. Plus agak risau juga cuaca kat belah-belah sana tak berapa menentu masa tu. Terus terngiang-ngiang pengalaman ngeri masa ke Melbourne pada tahun 2014 dulu.

Alhamdulillah.. perjalanan sangat smooth. Masa landing di Gold Coast je agak berangin, mula la angin naik ke kepala kan.. Mujur sekejap je. Turun je terus hidup udara Gold Coast, gitu ! Maka turunlah kami segerombolan bersama dengan hand carry luggage yang acah-acah ringan tu.

benti kejap kat Gold Coast isi minyak

Selesai urusan kastam, tak lama dalam 10 minit lepas tu, kami dah dipanggil semula untuk naik kapal. Bukan kapal lain pun. Kapal yang sama je, tapi dia punye proses macam naik kapal lain. 😂

queue semula untuk naik ke kapal yang sama

Tips : Lupakan je la hasrat korang nak sorok makanan korang kat dalam flight tu, semua dorang buang okey. Jadi, belilah makanan dalam flight AirAsia X tu. Tak mahal pun, RM15 je kalau prebook 😆
Kemudian, kami sambung semula perjalanan ke Auckland pulak. Dapat pulak makan nasi lemak. Yumsss... makan nasi lemak di ruang udara New Zealand kekdahnya. Hahahha.. Barulah international. Kikikiii.. Sampai je sana dah lewat petang. Turun dan urusan imigresen dalam 1 jam jugalah sebab ramai uiiii... Selesai imigresen, urusan kastam pulak. Time ni memang dah ready dengan segala kemungkinan.

nyumssss

Malaysia food terbaik ketika travel ke luar negara

jangan lupa isi declaration

Sebelum ke kastam, ada seorang pegawai kastam ni siap suruh kami cari pegawai kastam dari Brunei, namanya Jannah. Kebetulan memang dia ada masa tu, tapi tak berkesempatan nak jumpa sebab kami diarah ke laluan lain. Takpe la.. next time kita jumpa, okey.

Pemeriksaan kastam di Auckland takde la susah mana pun. Declare apa barang yang korang bawa (sila jujur), kalau perlu declare, korang akan masuk ke lane macam kitorang ni ha.. Masa ni baru korang tau betapa pentingnya kena asingkan makanan dan ubat-ubatan yang perlu di isytiharkan supaya korang senang tak yah nak buka semua beg masa pemeriksaan nanti.

Masa dia buka beg, terus je kami tunjuk list barang yang kami dah declare tu. Tapi ada la juga dia selak-selak tengok. Tapi jangan risau la.. asalkan takde kandungan yang meragukan, Insya Allah lepas semua.

Lepas selesai buka beg, kena scan juga tau. Tapi beg yang tak kena buka je kena scan. Tapi dorang okey je. Siap boleh bergurau. Hehehhe..

Hello Auckland

Selesai urusan kastam, kami temankan kawan kami ni untuk beli tiket balik ke Malaysia semula atas sebab kesihatan bondanya. Maybe bukan rezeki dia lagi.. Tapi takpe la.. Nanti kita pegi lagi ye. Kami temankan dia sampai dia boarding. Dekat pukul 11 malam juga la kami mereput kat airport nun. Hahhaha.. Takpe.. Kita tak tinggalkan kawan kita yang berada dalam masalah. Kita tunggu sampai selesai.

time ni baru lepas amik beg. Muka memasing jangan cerita la..

Hello pulissss 
Teman kawan beli tiket balik

Time to say goodbye T___T nanti kita pegi jalan lagi ye

jangan mengamuk sampai terbali troli

ngecoklat dulu

Kemudian, kami pun terus ke bus stop. Kalau ikutkan, kena naik shuttle bus untuk ke hostel. Tapi dah tengah malam, kitorang takut sesat lagi. So, kitorang call Uber. Alhamdulillah.. Mudah sangat. Terus hantar sampai depan hostel.

ada macam-macam bas. Pilih je yang mana

bayar dan tunggu kat sini

Ni utk Yellow Bus

Uber dah sampai

Hostel yang kitorang duduk untuk malam pertama di Auckland adalah Kiwi Airport Backpackers. Dalam 10 minit je dari airport. Ni untuk transit sahaja sebab esoknya kami akan ke Christchurch pula.

check in dulu

dapur

ruang tamu

bilik air

Bilik yang kami tempah pun dorm 6 katil. Walaupun agak sempit, tapi selesa. Dan kena faham konsep duduk dorm di New Zealand hatta di negara lain ni, ada yang bercampur lelaki perempuan. Dapur, bilik air, malah fasiliti pun banyak yang perlu kongsi. Jadi pandai-pandailah buat pertimbangan. Macam kami duduk Female Dorm. Jadi semua memang ladies la.

Dekat pukul 3 pagi juga baru tidur. Tu pun siap termimpi-mimpi terlambat bangun dan terlepas flight ke Christchurch. Hahahhaha

Tapi.. betul ke kami terlepas flight ke Christchurch? Haa.. tu korang kena tunggu. Hehehhee

till then, tatababai

Post a Comment

3 Comments

  1. Alaaaa suspen plak ni..cepat sambung...

    ReplyDelete
  2. suspen nye.. tak sabar nak tunggu next entry..

    ReplyDelete
  3. bestnya.. nak curik2 sikit pengalaman ni. nak study2 smoga da rezeki CT pulak kesana.
    kena study bebetul ni hehe..

    ReplyDelete

Thanks for your support