Rambut Kekal Segar dengan Carrie Junior Odour Buster

Assalammualaikum

Ibubapa yang mempunyai anak yang bersekolah pastinya pernah mengalami situasi di mana anak-anak pulang dari sekolah dalam keadaan berpeluh sehingga membuatkan anak-anak merasa tidak selesa dengan cuaca yang panas dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Satu-satunya cara untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ini adalah dengan memastikan anak-anak mencuci rambutnya selepas waktu sekolah, atau bermain di luar. Macam Iman ni jenis rambut panjang, jadi demi mengekalkan kebersihan rambut akan dapat mengurangkan risiko jangkitan kulit kepala selain memastikan mereka berbau segar, Keknil selalu berpesan supaya setiap kali balik dari sekolah, mesti cuci rambut untuk memastikan kesegaran rambut agar dapat mengurangkan risiko jangkitan kulit kepala. Bila dah datang kelemumur ni, memang agak susah nak la hilang. Jadi, dari usia muda ni la kena jaga betul-betul.


CARRIE JUNIOR memperkenalkan CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER, syampu yang selamat digunakan setiap hari dan memberikan haruman pada rambut sepanjang hari. Ia merupakan syampu baharu yang dirumus khas bagi menghilangkan bau yang tidak menyenangkan secara berkesan, tanpa mendatangkan kesan buruk pada rambut dan kulit kepala. Dengan aroma buah-buahan yang berkekalan selama 24 jam, si manja pasti kekal segar dan berbau wangi walaupun setelah seharian bermain dan berseronok di luar kediaman. Diperkaya dengan minyak zaitun, produk ini dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar mudah diurus dan disikat.


CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER hadir dalam aroma Perky Peach Fruity Burst yang menyenangkan serta mempunyai pH seimbang, lembut dan tidak menghakis untuk kegunaan seharian. CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER boleh didapati dalam dua saiz, iaitu pek 280g yang dijual pada harga RM10.10* di Semenanjung Malaysia dan RM 10.60* di Sabah & Sarawak.

Manakala CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER bersaiz 700g dijual pada harga RM20.70* di Semenanjung Malaysia dan RM 21.70* di Sabah & Sarawak. Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi utama seluruh negara.


till then, tatababai

Post a Comment

1 Comments

  1. boleh try suruh syafi pakai ni. rambut dia selalu berbau walaupun dah shampoo huhuu

    ReplyDelete

Thanks for your support