Alhamdulillah.. diam tak diam dah 9 hari kita berpuasa. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dengan kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini. Sepanjang bulan Ramadhan ini, kita sering didengarkan dengan pelbagai majlis amal berbuka puasa bersama anak-anak yatim mahupun insan yang kurang bernasib baik. Dan pada kali ini, Keknil berpeluang untuk menghadiri Majlis Amal Iftar bersama Anak-Anak Yatim di Grand Blue Wave Hotel, Shah Alam.
Memang tidak dinafikan, acara yang saban tahun diadakan ini bukan sahaja mendapat tempat di hati Keknil tetapi juga para pengunjung yang lain. Dengan majlis sedemikian rupa, ia bukan sahaja dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama Islam tetapi juga dapat meraikan kegembiraan bersama-sama.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
Laman Web : http://www.bluewavehotels.com
till then, tatababai
0 Comments
Thanks for your support