Kat Mana Nak Hunting Sakura di Jeju Korea Selatan

Assalammualaikum

Musim bunga adalah musim yang sangat dinantikan terutamanya di Jepun dan Korea. Maklumlah, cherry blossom di sana lebih indah dan lebih mekar berbanding dengan negara lain. Sebagai duta Korea la sangat,  Keknil nak kongsikan tempat menarik di yang korang boleh nikmati cherry blossom di Korea terutamanya Jeju Island. Kalau area Seoul tu dah biasa sangat kan, kita gerak jauh sikit dari Seoul dan terus ke Jeju.

Di Korea, musim bunga akan bermula pada Mac - Mei sepanjang tahun. Tapi biasanya, pada awal Mac tu, bunga tak berapa nak naik lagi, jadi kalau korang berhajat nak ke Korea untuk menikmati cherry blossom, korang boleh datang dalam bulan April hingga pertengahan bulan Mei. Jadi, masih ada masa untuk rancang trip ni.. ada dalam 2 bulan lagi untuk merancang trip cherry blossom korang untuk tahun ini.

Sumber : Google

Oh ye, AirAsia juga telah membuka penerbangan terus ke Jeju bermula Disember 2017 yang lalu. Jadi, rajin-rajinkan godek tiket korang ye. Kalau tak cukup point nak redeem BIG Point kat AirAsia, korang juga boleh sertai soal selidik dan tebus 2500 BIG Point untuk setiap 5000 point soal selidik yang korang dah jawab.

Tapi bagi korang yang nak ambil Pakej Melancong ke Korea pun boleh juga. Sesuai untuk korang yang takde masa nak susun itinerary sendiri tapi nak travel dan tengok sendiri tempat-tempat menarik di Korea. Lagi pula harga pakej sekarang ni semuanya dah mampu travel.  ^_^

So, mari kita teruskan kat mana tempat yang best sangat untuk tengok cherry blossom di Jeju Island, South Korea.

1. Jeonnong-ro Road (Cherry Blossom Street) 전농로
Jeonnong Road adalah salah satu tempat wajib untuk singgah untuk menikmati cherry blossom. Dikhabarkan, ada beberapa batang pokok sakura berusia 100 tahun dan selebihnya ditanam beberapa tahun yang lalu bagi mengindahkan lagi laluan tersebut.

Keindahannya tidak terhad pada waktu siang sahaja, tetapi pada waktu malam, ia dilimpahi dengan cahaya lampu di sepanjang pohon cherry blossoms.

Semasa cherry blossom, memang ramai orang akan aim kat sini, jadi rancang perjalanan korang dan kalau nak gambar yang cantik, datanglah awal pagi. Nak posing cara berguling terlentang pun boleh.

Sumber : Google

2. Jeju National University
Ini adalah pilihan kedua sekiranya Jonnong-ro Road penuh. Terletak berhampiran dengan Jeonnong-ro Road dan selain dari menikmati cherry blossom, korang juga boleh berangan fefeeling student bergambar di kawasan sekitarnya.

Credit : jejumuslimtravel

3. Noksan-ro Sakura & Canola Flower
Dah alang-alang hunting for cherry blossom. Korang boleh menikmati juga pemandangan padang canola yang menguning. Terletak di Noksan-ro, sebolehnya datang pada waktu pagi bagi mengelakkan kesesakan.



4. Seongsan Ilchubong
Kat sini tak nampak cherry blossom sangat tetapi kat sini ada canola field. Meriah warna kuning dirajanya dan yang pasti kalau photoshoot kat sini memang cantik gile.

Credit : Silverkris

5. Seopjikoji
Nikmati pemandangan Seongsan Ilchubong ditemani cherry blossom dan canola field. Breathtaking ! Korang boleh spend masa kat sini dalam 1 jam, photoshoot puas-puas. Owh.. nak masuk sini kena bayar entrance fee sebanyak 2000 Won sahaja. Tapi dengan pemandangan serupa ini, sangat berbaloi-baloi!

Credit : jejuweekly

Kalau korang ada tempat lain di Jeju yang best untuk nikmati cherry blossom, boleh komen kat bawah. Keknil akan baca nanti. Ada rezeki, ada jodoh, sampailah kita. Kalau bukan tahun ni, tahun depan Insya Allah. ^_^


till then, tatababai

Post a Comment

6 Comments

  1. Alaaa...jeles la..semuanya cantik2 bila la dapat terjah KOREA ni...tgok orang lain senang jer pergi...Anil bawak SA....

    ReplyDelete
  2. aduhai...cantiknyaaaaa.....
    ada x tiket free yg leh bawa nieyl g KOREA hahaha...
    ke boleh masuk dlm handbeg akk..huhuhu

    ReplyDelete
  3. cantiknyaa....in sha Allah nak juga sampai kesana, mudah-mudahan ada rezeki bawa suami dan anak-anak kesana. aamiin

    ReplyDelete
  4. berkali-kali hantar klien ke Korea tapi akak tak sempat pergi lagi sampai dah pencen ni..InsyaAllah next year ada rezeki boleh pergi

    ReplyDelete
  5. Cantiknyer bunga sakura. Bila lah nak tengok dengan mata sendiri.

    ReplyDelete
  6. Subhanallah! Cantik ciptaanNya~Teringin pergi Jeju!

    ReplyDelete

Thanks for your support