Pengalaman Keknil ke Johor Bahru hujung tahun lalu memang tak dapat dilupakan. Malah ianya menjadi titik tolak kepada perkembangan budaya rakyat Johor yang selama ini tidak Keknil ketahui.
Well known la kan, kalau sebut Johor, orang akan fikir Legoland, Hello Kitty Town atau Johor Premium Outlet (JPO). Betul tak? Tapi kalau korang nak tau, dalam tak sedar, rupanya Johor bukan setakat Legoland mahupun Sanrio Hello Kitty Town sahaja. Tetapi rupanya ada banyak tempat menarik lain yang ada kat sana.
Baca juga jnt johor
Jom Keknil kongsikan tempat menarik yang ada di Johor yang mungkin, korang sendiri tak tau.
1. Legoland
Of course la ini adalah antara satu mercu tanda yang ada di Johor. Merupakan satu-satunya theme park berasaskan Lego di Malaysia dan mempunyai lebih dari 40 permainan, persembahan dan tarikan. Pengalaman Keknil masuk buat pertama kali di Legoland ni bukan sahaja membuatkan anak-anak berasa teruja, malah ibubapa pun tidak melepaskan peluang untuk turut bergembira bersama anak-anak.
2. Sanrio Hello Kitty Town
Terletak di Puteri Harbour, Sanrio Hello Kitty Town ni memang awesome habis bagi peminat Hello Kitty. Pelbagai juadah serta permainan berasaskan Hello Kitty ye kekawan. Warna pink lagi. Haaa.. turut diadakan persembahan Hello Kitty Parade yang pastinya membuatkan anak-anak ikut berjoget bersama. Di sini, korang juga boleh ke Thomas Town yang terletak di tingkat atas dan boleh berjumpa sendiri dengan karakter seperti Angelina Ballerina, Barney, Bob The Builder dan banyak lagi.
3. Johor Premium Outlet
Ini adalah syurga untuk kaki shopping ! Terdapat lebih dari 130 koleksi pereka, jenama dan outlet terkenal di JPO. Malah korang juga boleh berjimat dari 25% hingga 65% setiap hari dengan membeli belah di sini. Dah tak perlu pergi ke London bagai untuk beli produk ternama. Semuanya ada di Johor Premium Outlet. Hehehe
4.Pantai Desaru
Masa zaman Keknil ke sini dulu kira-kira 5 tahun lalu. Masa tu pantai Desaru memang cantik dan agak jauh dari pandangan ramai. Tapi kini, ianya menjadi salah satu hub pelancong dan akan datang, Hard Rock akan di buka di sini dan pastinya ketika itu akan menjana ekonomi negeri Johor dengan lebih pesat lagi. Seringkali tempat ini dipenuhi dengan orang ramai, tapi bak kata orang, jika sesuatu destinasi itu sesak dengan orang ramai, bersyukurlah kerana itu tandanya ekonomi di tempat itu sedang berkembang.
Siapa sangka tempat paya bakau menjadi pusat pelancongan antarabangsa. Ini yang diketengahkan oleh kerajaan Negeri Johor dalam meningkatkan eco-pelancongan dan seterusnya meningkatkan ekonomi negeri khususnya untuk nelayan paya bakau. Ladang kupang yang menjadi nadi penternakan makanan laut di sini turut menjadi sebahagian dari tempat lawatan yang boleh diperolehi melalui eco-pelancongan Kampung Sungai Melayu, Johor Bahru.
6. Dapur Warisan | Laman Seni Warisan
Duduk bersimpuh tertib bersantun, adat lama menjadi pedoman. Amacam pantun dua kerat Keknil. Hhahaha.. tak jadi nampaknya.. Kikikii.. Di Dapur Warisan, korang berpeluang untuk menikmati sendiri hidangan Melayu Johor dengan cara duduk di atas tikar mengkuang. Haa.. bukan selalu nak duduk bersila atau bersimpuh makan nasi kan. Selain dari hidangan yang enak, korang juga akan di hidangkan dengan muzik dan tarian asli masyarakat Johor, of course la tarian zapin. Memang awesome dan korang boleh join berjoget sekali tau.
7. Taman Negara Tanjung Piai
Keknil suka sangat Tanjung Piai ni sebab kat sini walaupun panas lit lit, tapi boleh menikmati pemandangan Selat Tebrau dan ia merupakan titik paling selatan di Semenanjung Malaysia dan tanah besar Eurasia. Haaa.. betapa uniknya negeri Johor ni kan.
8. Pulau Termahal di Malaysia
Siapa tahu pulau termahal di Malaysia ada kat mana? Of course la Johor iaitu Pulau Rawa. Keindahan hidupan marin dan terumbu karangnya setanding dengan yang ada di luar negara malah merupakan destinasi terbaik untuk aktiviti seperti snorkeling, berkayak dan scuba diving. Sebab itulah ia dikenali sebagai pulau termahal di Malaysia tetapi Keknil pasti, percutian korang kat sini berbaloi-baloi jadinya sebab pemandangan dan keindahannya setaraf dengan Maldives. Hehehe
9. UK Agro Farm and Resort
Asalnya ia hanyalah ladang kambing yang biasa je. Tetapi hasil suntikan dana kerajaan, kini ia menjadi tarikan agro pelancongan yang terkenal di Malaysia. Selain dari menyediakan penginapan, ia juga mempunyai pelbagai taman untuk dilawati dan aktiviti menarik untuk diikuti. Antaranya melawat ladang kambing, melihat sendiri bagaimana akvititi pemerahan susu kambing di lakukan dengan menggunakan teknologi terkini, aktiviti memanah, menunggang kuda dan sebagainya. Ini adalah platform terbaik untuk pelancong dan pelajar sekolah mempelajari tentang agro pelancongan. Jangan tak tau ye, ada juga pelajar praktikal yang terdiri dari doktor dan veteriner yang praktikal di sini tentang cara-cara mengendalikan kambing. Terbaik kan !
10. Bazaar Karat
Kalau di Selangor terkenal dengan car boot salenya, tapi di Johor terkenal dengan Bazaar Karatnya. Terletak di tengah bandaraya Johor Bahru. Bazaar Karat ini menjual pelbagai barangan seperti pakaian, kasut, makanan malah terdapat juga barangan antik yang dijual di sini. Kategori barangan yang dijual di sini kebanyakannya adalah rare dan jarang didapati di pasar-pasar lain. Jadi jika korang adalah peminat barangan antik, korang boleh singgah di Bazaar Karat Johor Bahru ni dan manalah tau, korang boleh dapat barang yang korang nak tu di sini. ^_^
11. Gunung Lambak
Biasa dengar tak? Keknil pernah hiking kat gunung ni dulu masa kursus. Memang seksa juga la nak hiking sebab tak fit. Hahhaha.. tapi itu namanya pengalaman. Hiking dari bawah hingga ke puncak dalam 1 jam macam tu. Bila sampai kat atas, memang boleh nampak pemandangan seluruh bandar Kluang. Cantik ! Bagi peminat sukan mendaki ni, boleh cuba untuk mendaki Gunung Lambak ni. Nak suruh mendaki Gunung Ledang macam tinggi sangat pulak kan. Jadi boleh cuba Gunung Lambak dulu. Pasti tak menyesal.
12. Taman Awam Hutan Bandar
Merupakan tempat rekreasi yang bukan sahaja terkenal dengan trek jogging yang luas, malah terdapat kolam buatan dan taman permainan untuk seisi keluarga beristirahat. Yang bestnya kat sini, terdapat food court yang turut menyediakan makanan yang enak. Dengar katanya, mee rebus kat sini sedap. Jadi, korang yang datang ke sini, bolehlah cuba. Manalah tau, serasi dengan tekak. Hihihi
Sebenarnya banyak lagi tempat menarik kat Johor ni. Negeri Johor ni besar, even kalau nak berjalan dari daerah ke daerah pun ambil masa 30 minit hingga 1 jam. Jadi kalau betul-betul meneroka negeri Johor, korang akan jumpa macam-macam tempat yang selama ini kita tak tau.
Korang boleh check kat laman web https://www.traveloka.com/en-my/infographic/malaysia/unseen-malaysia
Jadi, ada perancangan untuk ke Johor? Bolehlah kongsikan dengan Keknil tempat-tempat lain yang menarik yang ada di Johor.
1 Comments
Banyak lagi tempat kat Johor yang belum sampai
ReplyDeleteThanks for your support