Jika korang meminati pelancongan berasaskan paya bakau dan ingin menikmati keindahan panorama pinggir laut serta keenakan makanan laut yang segar, inilah tempat yang wajib korang pergi !
Welcome
bagi peace sikit
pakcik kompang merangkap pilot bot kami
demo cara-cara nak tangkap ketam
Terletak di Nusajaya (Iskandar Puteri), Johor Bahru, Kampung Sungai Melayu sangat terkenal dan merupakan syurga bagi pemerhati burung dimana disinilah tempat dimana pelbagai jenis burung seperti helang dan bangau dari negara lain bermigrasi. Tanpa VISA dan pasport tau. Haa.. tiba-tiba rasa nak jadi burung pulak. Hahaha
cruise di tengah kawasan bakau
cer tengok ada boya tak?
jom lumba
cari burung kat sini
hai bot sebelah
cuba teka.. sebelah sana tu tempat apa?
Pengunjung boleh menyelusuri kawasan paya bakau dengan menaiki bot malah turut berpeluang untuk mencuba nasib menangkap ketam. Macam mana? Best tak? Lain dari yang lain kan. Selain itu, pengunjung juga akan dibawa ke Selat Tebrau dan menikmati pemandangan negara jiran dan terus menawat ke ladang kupang yang menjadi nadi kepada penternakan makanan laut di sini.
belakang tu Singapura
ladang kupang
kupang yang besar dan segar
yang mana jantan yang mana betina?
Di sini, Keknil sendiri nikmati dan menyelami kehidupan seorang nelayan bagaimana mereka menyara hidup mereka dengan pelbagai kerja laut dan pada masa yang sama dapat meningkatkan industri pelancongan dan memperkenalkan gaya hidup tradisional masyarakat melayu Johor khususnya.
Pelbagai pakej yang ditawarkan untuk pengunjung dan Keknil pasti dengan harganya yang sangat berpatutan, selain korang dapat menikmati pemandangan, korang juga boleh menikmati keenakan makanan laut yang sangat segar. Nyum nyum..
udang goreng telur.. dap dapp
kailan ikan masin
kupang rebus
ikan goreng
telur
ni paling aumm.. masak asam pedas.. siap ada telur dia tauu
Pakej yang disediakan di Kampung Sungai Melayu yang korang boleh pilih mengikut keselesaan. Sangat berbaloi-baloi.
1) Pakej Pembelajaran | RM25/seorang
- crab catching
- netting (menjala)
- local product demonstration
- handicraft making
2) Pakej Memancing | RM25-RM30
- 8.00am - 5.00pm | RM25/seorang
- 8.00am - 9.00pm | RM30/seorang
- 7.00am - 8.00am (overnight) ~ 2 rooms @ Raft House dan Barbeque Kitchen (RM50/seorang)
- visit traditional house
- petting zoo
- 'Kain Sarong' and ' Batik' demonstration
- traditional game
- local products demonstration
- mangrove river cruise
- crab catching
- visit mussels farm
- visit historical site ~ Japanese army attacked Singapore during World War 2
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi maklumat seperti di bawah :
No Telefon : 019-704 5904 | Puan Sharifah
Facebook : https://www.facebook.com/sungaimelayu.ecotourism
Email : sungaimelayuecotourism@gmail.com
Alamat : Sungai Melayu Eco Tourism, 80200 Johor Bahru, Johor
till then, tatababai
5 Comments
Bestnya kak Anil. View pun cantik². Tak sangka ada kawasan yang indah macam ni kan.
ReplyDeleteCantiknya kat sini..Anil bawa kitorang plak la lepas ni...menarik la...pakej pun murah je tu
ReplyDeleteBoleh bgtau asben ni. Pi mancing sini..sambil bawa kami curi curi cuti..ye haaaaa hehehe
ReplyDeleteBestnya kak nil. Ana masa ke JB blurr tak tau nak wat pe. Lps ni dah tau lah nak ke mana.
ReplyDeleteMacam best tapi Kak Sue fobia nak naik bot.. hahaha! Kalau Abang Man mesti suka nie sebab ada pakej memancing..
ReplyDeleteThanks for your support