Keenakan makanan ala Johor di Dapor Warisan

Assalammualaikum

Dikenali sebagai 'Hujung Tanah' atau 'Gangganu' oleh orang Siam yang bermaksud 'Batu Permata', Johor mempunyai 10 buah daerah, dengan pantai yang putih berseri, pulau yang indah dan makanan yang sedap serta terkenal dengan budaya yang indah.

Keknil suka tarian zapin Johor yang macam nak jatuh tu. Lahai.. comel je.. acah-acah macam nak jatuh tapi tak jatuh pun. Hihihi..

Keknil dan kawan-kawan sempat menikmati makan malam kami di Dapur Warisan atau Laman Seni Warisan betul-betul depan stadium latihan JDT. Memang kagum gile tengok stadium dia walaupun Keknil bukanlah peminat bola sangat. Tapi kita tetap sokong acara sukan negara. Hehehe

luas

JDT.. luaskan kuasamu

Uniknya Dapur Warisan ni, pengunjung boleh memilih untuk makan secara duduk atau bersila di atas tikar mengkuang. Haa.. unik kan. Selalu bersila gitu-gitu je, haa ni duduk bersila atas tikar mengkuang. Barulah style orang kampung. Malas nak bersila, nak duduk bersimpuh pun boleh. Huhuu

Dekorasinya agak ringkas tetapi makanannya memang terbaik dari ladang. Kenapa? Walaupun serba ringkas tetapi rasanya sangat sedap macam makan makanan kat rumah.

pinggan legend

Tak percaya? Tengoklah menu dia.. Aishh.. tak pasal-pasal kena telan ailio sebab teringat makanan kat sana ni.. Hahahha

dessert

ulam-ulam dan sambal belacan

tauhu sumbat. sedap giless

sambal udang.. sedap jugak

kailan goreng

asam pedas

daging salai masak lemak.. paling win !

teh tarik


Selain itu, terdapat juga persembahan joget zapin oleh penari di sana. Memang awesome sangat sebab tak pasal-pasal Keknil pun terjoin joget sekali. Fuhh.. sesekali asah bakat dalam bidang lain pula kan. Hahahha.

joget joget.

Berikut adalah maklumat untuk korang yang teringin ke sini :

Alamat  : Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Lot 888, Jalan Sungai Chat, 80100, Johor Bahru
No Telefon : 013-7057301
Waktu Operasi : setiap hari 12.30 pm -11.30pm


till then, tatababai

Post a Comment

7 Comments

  1. Pinggan mangkuk tu mmg rare dan nostalgia sangat tau Anil...

    ReplyDelete
  2. Kalau ke JB boleh refer sini nanti. Kami kalau ke JB selalu blur nak makan kat mana hehehe

    ReplyDelete
  3. Ala kalau tau boleh singgah sini masa ana di JB last week. Xpe boleh masuk list. Mana tau ke JB lg lps ni kan.

    ReplyDelete
  4. Hamboi.. sedapnya menu-menu dia.. terutama sekali asam pedas tu..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya menu kampung memang kena dengan selera Kak Sue..

    ReplyDelete
  6. teringat zaman kawen dulu ada zapin hihi.. sedapnya masakan johor tetiba rindu pula pd kampung

    ReplyDelete
  7. nampak sedap makanan tu, mesti rasanya pun sedap

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete

Thanks for your support