Ramadhan datang lagi. Bukan sahaja bulan di mana umat Islam wajib berpuasa, tetapi juga merupakan bulan dimana segala amalan di gandakan. Antara amalan yang boleh dilakukan pada bulan Ramadhan adalah bersedekah.
Buat kesekian kalinya, Hotel Grand BlueWave Shah Alam bersama-sama berkongsi kemeriahan Ramadhan dengan meraikan anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Telaga Kasih Selangor dan Pusat Baitul Ulfah. Program ini bertujuan untuk menyubur mahabah dan ukhuwah sesama umat dan merupakan program tahunan pada bulan Ramadhan.
Keknil dapat lihat sendiri kegembiraan yang terpancar pada wajah anak-anak dan betapa sucinya mereka. Pada mulanya, terasa sebak la juga sebab memikirkan macam mana kehidupan mereka tanpa kasih sayang ibu dan ayah, tetapi sebenarnya mereka ini orang yang lebih tabah dari orang lain. Malah dihujani dengan jutaan kasih sayang dari orang ramai. Alhamdulilllah....
Mudahnya bersedekah kan... korang jangan lupa pula bayar zakat fitrah nanti tau.. ^_^
till then, tatababai
1 Comments
seronoknya dapat bersama-sama anak-anak ini
ReplyDeleteThanks for your support