Assalammualaikum
Pejam celik pejam celik.. kejap je day hari
ke-8.. Masih banyak tempat kat Tokyo ni tak explore lagi. T_T Untuk hari ini,
pagi ni kami ada kelas macam biasa di center manakala pada sebelah petang, kami
akan buat study visit di TELEC untuk lecture dan observation.
selfie of the day
1st lecrure today
beautiful art
2nd lecture
Tengahari tu, lepas makan tengahari.. naik
bilik untuk solat dan terus turun ke lobi untuk study visit. Perjalanan ke
TELEC lebih kurang dalam 20 minit. Lecture disampaikan oleh Mr Fujii.. without
translation oleh Mine-san. Walaupun cuma faham sikit-sikit je.. tapi bangga
dengan dorang ni tau.. Sebab apa?
Walaupun dorang tak reti sangat English.. tapi dorang tak malu nak bercakap
even cuba sebaiknya untuk bagi kita faham apa yang dorang cuba sampaikan. Cuba
kalau kita kat Malaysia ni hah.. bila salah cakap, terus malu dan takmo cuba
lagi.. Tapi ada juga yang pandai cakap terus rasa belagak-lagak macam dia
sorang je yang pandai speakang.. Hahahaha..
luncheon
ready for study visit
anak-anak balik sekolah
dah sampaiii
ready nak masuk building
lecture
classmate
lecture
Lepas lecture, kita buat lawatan macam mana dorang gunakan device
dorang. Ada kat certain tempat, tak boleh share gambar di media social ye atas
sebab-sebab tertentu. Tapi Keknil ada la juga amik gambar untuk dimasukkan
dalam laporan untuk jabatan nanti. Manakala di observation lain, memang wow
sangat.. macam dalam kebuk angkasa. Macam tu hah dorang test network..
Agak-agak kat Malaysia macam mana la agaknya kan..
satellite network testing here..
penutup untuk hari ini
Then.. lepas tamat lawatan.. it’s a leisure
time. Kalau ikutkan perancangan asal.. Keknil nak ke Asakusa. Tapi tiba-tiba
last minit tukar plan… Takpe la.. janji dapat explore Tokyo. Destinasi pertama
kami adalah Akebonobashi.
ready nak hang out memalam
turun naik train je la
masih siang
Tujuannya nak cari kedai Anpanman. Kedai
apa tu? Ini adalah kedai mainan yang memang jual khas Anpanman sahaja okey.
Nyaris sesat juga tapi gunakan kemahiran berbahasa Jepun sebaiknya.. Asal jumpa
orang je, sebut “Sumimasen” Hahh.. terus dorang akan stop dan bagi attention !
^_^
kejap² berhenti tengok signboard
nak malam dah
night
Tapi tak semua juga yang tau kat mana kedai
Anpanman tu dan tak kurang juga yang tak pandai baca (selain tulisan Kanji)..
jadi banyak kedai kitorang singgah masuk untuk tanya jalan.. Kikiki.. Malu
bertanya sesat jalan kan.. So, kat sini.. jangan malu untuk bertanya.
Akhirnya, jumpa juga. Tak sesat sangat
sebab kitorang kan rajin bertanya. Kuangkuang. Ada orang kirim toys Anpanman,
tu yang gigih ko ke Akebonobashi ni hah untuk carikan toys.
sampai kedai dah malam
ni la Anpanman
tu alamat kedai dia
Lepas beli toys kat sini, Keknil deside nak
ke Harajuku sebab dekat sikit dari Akebonobashi nak ke Harajuku berbanding
Asakusa. So, menapak la kami ke Harajuku.
dapat la merasa
Since kami sampai sini dah malam.. jadi tak
dapat nak explore banyak tempat.. jadi kami tetapkan tujuan kami untuk ke Kiddy
Land. Kiddy Land ni adalah kedai mainan dari Lego, Star Wars sampai la ke Hello
Kitty. Comel-comel sangat produk dia dan soft toy dia sangat soft ! Rasa macam
nak beli je.. tapi mahal la pulak.. Hahahahah..
Kiddy Landdddd
Kat sini, Keknil beli 4 barang comel ni..
ni pun ada orang kirim dengan duit (bukan dengan ailio). Mujur la barang yang
orang kirim ni kecik-kecik.
Untuk Iman, Keknil belikan sweater Hello
Kitty sebab sweater sedia ada dia dah lusuh. Sian dia.. dok ulang-ulang pakai
sweater yang sama. Harap sweater yang baru ni muat la ye dan bertahan lama
sampai next trip kemana-mana nanti.
hasil rampasan
apakah?
moh la balik.. dah lapar
Lepas habis shopping, tengok time.. Eh..
sempat ke idok nak balik center untuk dinner ni? Sebab dinner kat center last
order pukul 9 malam. Kul 8.15 malam baru nak naik train dari Harajuku ke
Shinjuku. Hurm.. kita gamble je la kan.. jalan laju sikit demi nak sesuap nasi.
Sampai je kat Hatagaya Station, dah pukul
8.45 malam. Kalau ikutkan dari Hatagaya Station ke center dalam 10 minit je. Tapi
nak keluar dari station pun dah 5 minit. Jadi keluar je dari station, berlari
la kitorang ke center. Dari total perjalanan 15 minit, jadi 10 minit je. Sempat
la amik dinner kat center. Alhamdulillah.. burp… kenyang..
till then, tatababai
Assalam kak! Kita pernah jumpa masa Blogger Event babyhood hari tuh. Ya ALLAH..rindunya kat Jepun. Gigih saya baca semua cerita akak kat Jepun tuh. HAHAHAH!
ReplyDeletehahahaha.. tq sudi bacaa.. ^_^ gigih akak nak abiskan blogpost ni.. ada banyak Part lagi ni hah.. kikikiii...
DeletePost a Comment
Thanks for your support