Assalammualaikum
Hari ni satu hari kami akan berada di JICA
Center untuk lecture dan perbincangan
kumpulan. Tajuk lecture pada hari ini adalah : Project Management Methods
(Accessing Standardizing Activities by using PCM Method and Group Discussion on
factors necessary to maximize consumers benefit)
Tu dia tajuk… mereput la ko mengadap
lecture ni satu hari. Lecture ini disampaikan oleh Mr Tanaka dari TSANSSEA LLC.
Sebenarnya topik ni sangat menarik sebab beliau banyak berkongsi tentang
tatacara dan kaedah tentang pengurusan projek dan membuat perancangan.
Satu hari kelas ari ni, turut diadakan
perbincangan mengenai kaedah pelaksanaan oleh negara masing-masing. Masa ni
semua nak tunjuk terer kan. Huahuahua… Semasa perbincangan kumpulan, Keknil
ditempat dalam satu kumpulan dengan wakil dari Laos dan Papua New Geinea. Tak
susah nak communicate dengan dorang sebab kitorang semua broken English..
Kahkahkah.. Yang fluent dan yang tolong bantu kitorang adalah Gabriel dari
Papua New Geinea tu hah.. Keknil bercakap dengan wakil dari Laos ni punya la
susah.. Laju sangat kita cakap agaknya sampai asik soh ulang-ulang soalan.
Last-last lukis je bagi dia faham, tergelak Gabriel tu hah.. Kikikikii…
Sebenarnya tak susah pun nak communicate..
tapi bila nak bercerita tentang isu teknikal.. dorang pun ada technical wording
yang tak penah kite dengar dan begitu juga sebaliknya. Jadinya, dengan lukisan
tu mungkin lebih faham. Huhuhuuu…
Sesi lecture, knowledge sharing dan
presentation di buat dalam jam 3.30 petang.. dan lepas tu ada Q&A dari peserta
lain. Dan kelas tamat pada jam 4.00 petang.. Yeayyy.. leisure time.. Muahahha..
Tapi sebelum tu, kena standby sebab esok ada country report presentation.. Fuh.... dalam leisure tu ada debarannya.. tapi dulik... jalan tetap jalan.. Kahkahkah
Tapi sebelum tu, kena standby sebab esok ada country report presentation.. Fuh.... dalam leisure tu ada debarannya.. tapi dulik... jalan tetap jalan.. Kahkahkah
Balik bilik, solat maghrib dan terus
bersiap untuk dinner dan keluar ukur jalan.. Kuangkuang.. So malam ni, kami
ukur jalan area Nishihara Street je.. besar la juga area ni.. nampak macam
kecil je kan.. siap sesat-sesat lagi.. 2 jam ukur jalan naik turun bukit.. lepas
tu kitorang pun kembali ke pangkal jalan.. amik laundry.. kemas-kemas barang.. dan
godek-godek slide untuk country report presentation keesokan harinya..
Oyasuminasai..
till then, tatababai
Post a Comment
Thanks for your support