Monday, February 20, 2017

Persediaan Kursus JICA di Jepun

- Please respect the blog owner, do not copy the photo without permission -

Dah hampir 2 minggu Keknil balik dari Jepun.. rasa macam kejap je.. padahal 18 hari kot.. Hihihi.. Okey nak cerita tentang persediaan kursus JICA yang Keknil hadir di Tokyo, Jepun. Sebagai jurnal untuk perjalanan peribadi Keknil ke sana dan juga untuk reference kawan-kawan yang bakal kesana juga nanti.. ^_^

Sebelum menghadiri kursus di JICA, Tokyo, Keknil dan rakan-rakan agensi telah diarah untuk menghadiri sesi taklimat persediaan kursus di JICA Malaysia, yang terletak di Menara Citybank Kuala Lumpur.

      Taklimat alumni JICA

Taklimat dimulakan dengan sedikit informasi berkenaan dengan alumni JICA. Untuk makluman, mana-mana peserta yang menghadiri kursus JICA ini secara automatik perlu menjadi ahli alumni untuk JICA Malaysia. Untuk ahli, suka atau tidak.. kenal la jadi ahli kan.. bayaran yuran sebanyak RM30 untuk tempoh setahun. Kalau ikutkan, banyak je benefit jadi ahli ni yang diwar-warkan.. tapi sehingga tarikh blogpost ini di publish, masih krik krik je.. Hahahha.. Sila bertabah. Tapi within kami sendiri peserta JICA yang hadir pada hari itu, Insya Allah kami masih berhubung dan kadang-kadang berjumpa juga semasa kursus. Jadi takde la krik krik sangat sebab kitorang sangat efektif kumpul sendiri nombor telefon memasing.. Hahhaha.. Ada yang tak sempat collect nombor telefon, ada juga yang krik krik.. tapi takpe..




     Taklimat persediaan kursus

Untuk taklimat persediaan kursus ini disampaikan oleh wakil JICA Malaysia iaitu Shirley. Kalau dalam kursus-kursus JICA yang lain, Shirley ni sangat terkenal juga la dengan cakap tak serupa bikin.. Hahahah.. Ni bukan Keknil yang cakap tau.. ni Keknil dengar dari orang lain. Tapi, bagi Keknil yang berkursus di JICA Tokyo ni.. apa yang Shirley kata tu adalah benar dan hanya yang benar belaka. Maybe yang tak betul tu di JICA Center lain agaknya. So untuk taklimat ni, kami diberi flight itinerary, borang permohonan VISA dan beberapa peralatan yang diperlukan semasa kursus nanti.



Flight Itinerary

Untuk flight itinerary, bagi kursus Keknil, tarikh penerbangan adalah pada 18 Januari 2017 melalui penerbangan ANA. Pertama kali nak naik ANA ni, a bit excited la juga. Shirley maklumkan, untuk inflight meals dari KLIA – Narita tak perlu risau.. sebab makanan memang confirm halal. Tapi untuk route Narita – KLIA, pun tak perlu risau.. sebab dia dah arrangekan Muslim Meals untuk kami.

Bagi flight ANA, setiap peserta boleh membawa maksimum 23kg x 2 beg. So, in total berat beg yang boleh dibawa adalah 46kg tidak termasuk hand carry. Hand carry adalah 10kg.. So, memang untung gile naik ANA ni.. korang kena bawa luggage besar.. baru puas hati boleh shopping sakan kat Jepun nanti.. ^_^



Permohonan VISA ke Jepun

Bagi kami sebagai peserta kursus, kami perlu membuat permohonan VISA untuk masuk ke Jepun. Minimum VISA yang ditetapkan untuk kami adalah 3 bulan dengan SINGLE ENTRY. Maksudnya, hanya boleh masuk sekali sahaja di mana-mana tempat di Jepun. Tapi kalau untuk melancong, tak perlu VISA ye uols. Kitorang buat VISA ni sebab berkursus dan tempoh kursus adalah dari 18 hari – 3 bulan.




Shirley turut sediakan borang yang kami perlu isi dan no worries, Shirley guide satu-satu macam mana nak isi borang tu.. Cuma laju beno dia guide, macam bullet train.. Hahahah Lepas siap isi semua, kami perlu segera ke Embassy of Japan in Malaysia untuk permohonan VISA sebab embassy akan tutup tengahari. Kalau buat lambat, nanti lambat la dapatnya kan. Jadi sementara ada masa satu hari ni, kita terus buat je. Tak perlu nak amik cuti tambahan. Tempoh masa siap VISA adalah sehari bekerja, jadi kami buat tengahari tu, esok petang dah siap dan boleh collect di kedutaan. Be punctual ye sebab kalau korang lanbat seminit, dia tak bagi masuk ! Lokasi kedutaan tu adalah walking distance (bak kata Shirley) dalam 10 minit. Tapi kami jalan 20 minit kot. Nak putus jari ni hah dah la pakai kasut tumit.. Jadi siapa yang ada kenderaan jabatan tu, boleh la naik kenderaan jabatan untuk ke kedutaan, yang takde tu.. bole je jalan kaki cumanya make sure pakai kasut yang sesuai.






Persediaan Lain


Since Keknil akan berkursus pada musim sejuk di Jepun, jadi Shirley turut sarankan etika berpakaian yang perlu kami patuhi semasa kursus official kami dan juga pakaian musim sejuk di jepun.  Don’t challenge the weather ! Itu kata Shirley. Kalau korang jenis tak tahan sejuk, bawalah long john, winter coat atau apa-apa baju yang sesuai yang dapat membantu memanaskan badan korang semasa musim sejuk ni. Disamping itu, Shirley turut cadangkan untuk explore Jepun ye.. Ada yang berkurus di Hokkaido tu, Shirley siap cadangkan soh main ski. Hahaha.. Kami yang kat Tokyo ni.. sila mereput sebab tak jumpa snow pun.. Hahahahha.. Korang.. sila rancang perjalanan korang ye.. kalau korang merancang nak explore Jepun, sila buat perancangan awal.. Macam Keknil ni yang berkursus cuma 3 minggu.. memang tak sempat jalan sangat.. rasa sangat-sangat rugi.. So,. Plan your trip well !



1 comment:

Thanks for your support