Sebagai umat Islam, membayar zakat adalah antara rukun Islam yang ketiga dan wajib dilaksanakan. Islam itu mudah dan pada masa kini, terdapat banyak medium pembayaran zakat yang boleh dipilih mengikut kesesuaian dan kelapangan masa kita.
Di dalam Malaysia ini sendiri, disetiap negeri terdapat Pusat Pungutan Zakat tersendiri dan tidak terkecuali Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) yang merupakan sebuah agensi yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai amil untuk mengutip semua jenis zakat harta di Wilayah Persekutuan khususnya.
Inisiatif Penyebaran Dakwah Dalam Berzakat
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sebagai inisiatif untuk menyebarkan dakwah mengenai tanggungjawab kewajipan dan menunaikan zakat kepada masyarakat. Antaranya program turun padang yang diadakan di pasaraya, masjid serta road show di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta. Selain itu, penggunaan media cetak, media elektronik dan media sosial turut digunakan secara meluas dalam memastikan masyarakat sentiasa sedar akan kepentingan dan tanggungjawab masyarakat dalam menunaikan zakat.
Kenapa masih tidak mahu menunaikan zakat?
Dalam pada pelbagai inisiatif yang diperkenalkan, masih terdapat beberapa permasalahan yang menyebabkan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan memilih untuk tidak menunaikan tanggungjawab berzakat mereka seperti kesibukan bekerja dipejabat, kesesakan lalulintas, tidak sempat untuk ke kaunter zakat pada waktu bekerja dan kaunter zakat telah ditutup selepas waktu kerja. Secara amnya, ini jugalah yang Keknil selalu alami dan akhirnya, terlupa !
Jadi.. PPZ-MAIWP telah menyediakan beberapa kemudahan dan kaedah pembayaran zakat yang bukan sahaja dapat membantu orang-orang macam Keknil ni, tapi juga untuk masyarakat Islam lain dalam menyempurnakan Rukun Islam yang ke-3 ini. Macam yang Keknil kata sebelum ini, Islam itu mudah kan ! ^_^
Kaunter Zakat Van Bergerak
Antara kemudahan yang menarik minat Keknil adalah kemudahan pembayaran zakat melalui kaedah Kaunter Zakat Van Bergerak. Bukan apa, dengan adanya kaunter zakat van bergerak ini, seolah-olah keseluruhan Pusat Pungutan Zakat itu berada di sisi kita. Keknil bukan sahaja boleh membuat kiraan zakat berdasarkan harta terkini Keknil (eh.. macam kaya je).. tetapi juga Keknil boleh membuat bayaran zakat dan semakan zakat. Menariknya, kaunter ini bukan sahaja boleh menerima pembayaran secara tunai, tetapi juga secara kad kredit islamik, kad debit dan juga cek. Hebat bukan ! Sesuai dengan 'tagline'nya, "Kami Bersedia ke Tempat Anda", jika terdapat apa-apa majlis di pejabat Keknil, Keknil boleh hubungi sahaja hotline 1 300 88 5757 untuk menempah van ini datang terus ke pejabat Keknil dan melaksanakan traksaksi seperti yang Keknil mahukan. Bukan sahaja dapat membantu kawan-kawan yang lain, tetapi juga dapat pahala percuma tau ! ^_^
Jadi kalau korang nak menempah kemudahan yang ada pada Kaunter Zakat Van Bergerak ini di mana-mana majlis, program di syarikat atau badan kerajaan, boleh call je hotline 1 300 88 5757 . Van bergerak ini juga turut menawarkan perkhidmatan khas kepada individu yang ingin membuat pembayaran zakat sebanyak RM10,000 ke atas.
Selain itu, Kaunter Zakat Van Bergerak juga akan berada di 7 lokasi tetap di sekitar Wilayah Persekutuan sehingga penghujung tahun ini. Antaranya di KWSP Wangsa Maju, Masjid As-Syakirin KLCC dan Perbadanan Putrajaya. Jadi, tidak ada alasan lagi untuk kita semua menunaikan zakat. ^_^
Jom Bayar Zakat !
Jangan ambil mudah tentang zakat tau.. sebab ada juga sesetengah orang yang beranggapan bahawa mereka tak perlu bayar zakat. Sebab itu di PPZ-MAIWP ada menyediakan pelbagai kemudahan untuk menyemak sesgala bentuk pendapatan yang kita terima samada secara sepenuh masa atau separuh masa. Hahh.. sebab tu Keknil kata jangan ambil mudah. Sebab kadang-kadang pendapatan secara sambilan itulah yang melebihi keperluan kita dan itulah pendapatan yang dikenakan zakat. Kalau tak pasti, boleh tanya dan rujuk dahulu kepada PPZ-MAIWP. Macam Keknil ni, dah wajib bayar zakat dah ni.. Jadi Keknil kenalah lunaskan pembayaran zakat untuk tahun ini disamping itu Keknil juga boleh dapat pelepasan cukai pada tahun yang sama.
Keknil nak ingatkan korang supaya tunaikan zakat pada institusi yang dilantik sahaja. Dan dengan itu, bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada orang yang memerlukan seperti asnaf individu, keluarga dan anak-anak yatim. Duniawi kita kejar juga, tapi akhirat jangan dilupa ! Insya Allah..
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi maklumat dibawah :
"Tiada alasan lagi untuk tidak membayar zakat kerana segala kemudahan telahpun tersedia"
Laman Web : http://www.maiwp.gov.my
Talian Zakat : 1 300 88 5757
0 Comments
Thanks for your support