Autumn Dihatiku : Itinerary dengan bajet RM1200+

Assalammualaikum

Selepas Keknil share budget trip untuk ke Korea semalam.. ramai orang PM dan emel Keknil.. Keknil pegi mana je dengan bajet yang dikatakan RM1200++ tu.. lepas tu, ada pula yang tanya.. boleh dikatakan hari-hari Keknil beli susu pisang.. sedap sangat ke susu pisang tu? Ada juga yang bertanya.. bajet sebanyak RM1200++ tu termasuk ke Jeju Island sekali ke? Hahaha..

gambar kulit album..

Pertama sekali.. bajet ni adalah bajet asas untuk ke Korea sahaja.. untuk trip kali ni.. Keknil lebih pada sightseeing sahaja dan kurangkan shopping.. Ada orang tanya.. dalam list tu, kemain banyak souvenir yang Keknil beli.. tapi kami tak dapat hatta satu pun.. Hahahah.. saje je korang kannnn...

susu pisang.. hari-hari mesti minum

Okey.. meh Keknil share itinerary dan tempat yang Keknil buat dan pergi untuk trip kali ni.. semuanya fit dengan bajet sebanyak RM1200++ seperti yang Keknil maksudkan tu..

Day 1
Sampai je di Airport Incheon.. kami terus check in di guethouse kami di Yuan Guesthouse. Lepas check in dan merehatkan diri dan menunaikan kewajipan.. kami terus menuju ke Express Bus Terminal Station Underground Shopping Mall.. aktiviti disini lebih kepada sightseeing, cuci mata dan shopping la.. kat sini Keknil sempat grab baju bulu-bulu dengan harga 5,000 won. Express Bus Terminal Station Underground Shopping Mall ni memang besar.. hampir 4 jam juga la kami berlegar-legar dalam ni.. lepas tu, kami bergerak ke Banpo Bridge bagi menikmati Rainbow Fountain. Pertunjukan bermula pada jam 8.00 malam tapi dalam pukul 7.00 malam macam tu.. kawasan tu dah hampir penuh dengan orang ramai bagi mendapatkan spot yang terbaik. Usai selesai pertunjukan, kami terus ke Myeongdong untuk makan malam dan menikmati suasana malam di sana dan hampir tengah malam juga la baru kami balik ke hotel.

shopping time

Day 2
Dari awal kami memang dah setkan hari kedua ni adalah full day di Nami Island. Memang tak rugi perancangan kami kerana pada ketika ini, daun sedang bertukar warna. Memang agak jakun juga la tengok daun-daun yang berwarna merah dan kuning. Eh.. macam Selangor negeriku pulak.. Hahaha.. kat sini bermulalah sesi photoshoot yang memang kalau orang tengok.. tak macam pro pun.. kikiki.. dengan setup tripodnya.. setup timer.. setup kedudukan dengan lighting bagai.. adoii.. bila kenang balik.. memang kelakar.. segenap pelusuk Nami Island kami susuri. Memang puas hati. Bila dah sampai Nami, adalah menjadi satu kewajipan untuk makan menu istimewa di sini iaitu nasi goncang. Dengan berbekalkan sambal kicap yang Keknil bawa dari Malaysia.. Fuhh.. rasa nasi goncang tu terus menjadi ala-ala Malaysia food. Kikikii.. Tapi kalau dimakan kosong begitu juga sedap.. Well.. tekak Melayu sangat kan... di Nami juga ada disediakan surau untuk menunaikan kewajipan.. suraunya bersih dan turut disediakan sejadah dan telekung bagi pelawat. Hampir senja baru kami balik ke guesthouse. Patah kaki juga la sepanjang hari berjalan di Nami.. mujur pakai selipar je.. ^_^

ayu tak?

Day 3
Kali ni kami ubah selera.. nak tengok culture katanya.. so, awal pagi.. kami ke Folk Flea Market untuk tengok barang-barang vintage yang ada di Korea. Fuhh.. memang macam kedai-kedai lama.. berhabuk tu jangan cerita la.. tapi best sebab dapat tengok dan beli beberapa barang vintage yang jarang-jarang ada. Seterusnya, kami ke Dongdaemon Design Plaza untuk menikmati LED Rose.. Fuh.. fefeeling dalam drama Korea sangat kann.. kat sini Keknil dapat tengok ramai la jejaka dan gadis Korea yang memadu kasih siap ada yang buat suprise bagi-bagi bunga.. Auww sangat.. lama juga kami lepak kat sini.. siap jumpa dengan a few Malaysian dan sembang-sembang dengan dorang..  ^_^ lepas tu, kami undurkan diri untuk ke Ewha Woman University.. walaupun pada masa tu dah malam.. tapi still boleh masuk untuk melawat.. apa lagi.. walaupun gelap gulita.. kitorang gigih sangat berphotoshoot.. sampai ada la student-student kat situ pelik.. what the fish orang Malaysia ni lompat-lompat dalam gelap.. Hahahaha...



Day 4
Sungkyunkwang University adalah tempat yang Keknil nak sangat pergi dari first trip dulu.. Kenapa? Boleh baca kat entry Sungkyunkwan University sebelum ni.. yang seronoknya kat sini.. boleh fefeeling macam student kat sini dan tengok architecture bangunan baru dan lama yang disatukan dalam satu lokasi. Memang menarik dan macam biasa.. kami sempat berphotoshoot kat sini sampai lebam. Kami juga dapat tengok anak-anak kecik yang diajar tentang budaya Korea dari cara berpakaian, cara makan, permainan dan sebagainya. Seronok tengok dorang.. Memang ralit jadinya. Dan kalau ke Sungkyunkwang University, boleh juga ke Naksan Park yang mempunyai pemandangan yang sangat cantik. Kena mendaki sikit tapi.. worth apa. dan ssemestinya.. percuma.. ^_^ Seterusnya, kami ke Lotte Mall untuk jalan-jalan dan cuci mata sebenarnya. But at the end.. kami shopping groceries dan susu banyak-banyak kat sini.. Hahaha..


Day 5
Since ini adalah hari terakhir kami di sini sebab esok pagi flight kami belah pagi.. so, kali ni kami cuba kelainan dengan menjejakkan kaki ke Seocho Flea Market. Perjalanan agak memeningkan sebab route yang ditunjukkan dalam laman web macam salah je. So, kami cuba-cuba sendiri dan terserempak dengan seorang ahjumma yang bawa banyak barang tapi berjalan dengan laju. Kami pun tolong dia.. Alhamdulillah.. memang rezeki kami.. Dengan pertolongan tu, dia telah membawa kami ke jalan yang benar untuk ke Seocho Flea Market. Kat sini memang banyak barang-barang terpakai dan ada juga barang-barang baru. Keknil sempat beli beg sekolah Iman dengan harga 2,000 won sahaja. Murah gilakk.. Bukan satu yang Keknil beli.. dua tauuu.. Hahh.. berbaloi ke idokkk.. Dan bagi yang datang ke Korea pada bulan Oktober.. boleh ke Eulelia Festival yang terletak berhampiran Seoul World Cup Stadium. Memang cantik pemandangan kat sini.. putih salju.. Lepas tu, kami kembali ke guesthouse untuk kemas-kemas barang.. lebih kurang dalam pukul 11 malam.. kami check out dari guesthouse dan ambil teksi untuk ke airport since beg kami dah beranak dan masing-masing dah tak larat untuk tarik beg naik turun subway.. Kikiki..


Hehehe.. simple je route Keknil.. dan walaupun begitu.. still tempat-tempat yang Keknil pegi sangat best dan kaya dengan pemandangan yang indah. Untuk Keknil yang dah pernah naik ke Namsan Tower.. Keknil rasa malas nak naik untuk kedua kalinya.. makanya.. boleh buat pilihan lain untuk menikmati pemandangan.. samada ke Eulelia Festival atau pergi ke Naksan Park dan boleh menikmati pemandangan Korea secara percuma.. ^_^

Keknil tak ceritakan secara detail macam mana route dari satu tempat ke satu tempat sebab it's depends pada korang nak gunakan mode of transport. Macam Keknil dan kawan-kawan.. kitorang prefer gunakan subway. Sebab tu sekali Keknil topup dalam T-Money tu 30,000 won.. dan no worries.. kalau T-Money korang tak habis, korang boleh refund lagi.. Macam Keknil.. Keknil tak refund pun.. mana la tau nak repeat Korea lagi kan.. Hahahah

Dan untuk trip kali ni juga.. Keknil banyak mendapat penjimatan kerana dapat banyak voucher dan kupon dari Korea Plaza.. korang yang mempunyai perancangan ke Korea.. bolehlah dapatkan maklumat berkenaan dengan negara Korea di Korea Plaza, Menara Hap Seng atau layari laman sesawang mereka di Korea Plaza.. banyak info korang boleh dapat kat situ.. dan.. jadilah Kaki Korea serta join survey yang disediakan untuk mendapat voucher dan kupon untuk trip korang tahun ni.. dengar kata tahun ni punye voucher dan kupon lebih banyak dan meriah..  Petanda awal la tu soh Keknil repeat Korea lagi tahun ni.. ^_^

till then,

tatababai

Post a Comment

0 Comments