Wednesday, February 10, 2016

Autumn Di Hatiku : Rainbow Fountain

Assalammualaikum

Kalau dah datang ke Seoul.. kalau sempat, bolelah tengok Rainbow Fountain yang terletak di Banpo Bridge. Macam mana nak pegi? Keknil dah cerita dalam entry sebelum ni.. memang dekat sangat dari Express Bus Terminal tu..


Korang masuk dari pintu ni.. kemudian.. akan jumpa lorong pertama dari pintu ni.. amik kiri.. dan jalan terus je.. sampai jumpa tangga.. then naik tangga tu.. keluar je dari tangga tu.. korang akan nampak jalan besar belah kiri.. then jalan terus je.. macam kitorang.. jalan stop-stop dan banyak persinggahannya.. hehehe


Tinggalkan jejak kat sini.. huhuhu


Kemudian korang akan jumpa jalan macam ni.. korang terus je sampai korang nampak jambatan kat belah kiri.. korang lintas jalan.. ada zebra crossing...


As usual.. selfie is a must.. kuikuii

Then, korang akan nampak macam jalan menuju ke terowong.. just lalu je kat terowong tu.. sampai hujung jalan... terowong tu menghala ke bawah Jambatan Banpo.. korang akan nampak tempat rekreasi sekitar situ.. ada laluan basikal dan sebagainya.. ni kalau duduk sini.. tiap petang Keknil datang sini main beskal.. kikikii.. #berangan


Kalau lepas terowong tu.. korang menghala ke kanan.. korang akan nampak building seperti di atas di seberang sungai tu.. dan yang menariknya.. setiap beberapa saat, ada transition lampu pada bangunan tu.. memang cantik sangat.. Keknil ada amik video tapi Keknil lupa Keknil letak kat mana.. korang boleh godek kat IG Keknil : @anilwanina




Kat sini kitorang siap buat photoshoot lagi.. hahahhaa.. sape pakai kamera dengan megapiksel yang tinggi, Keknil jamin gambar korang memang akan cantik tiptop meletop ! Keknil pakai telefon kamera Asus je.. 8MP je uolsss.. kikikiii

Then dalam pukul 7.45 malam macam tu.. kitorang amik port kat tempat Rainbow Fountain show tu.. lokasinya kalau dari terowong tadi tu.. kat belah kanan bawah jambatan.. korang akan nampak ramai umat duduk kat tepi situ setup kamera, GoPro, tripod dan sebagainya. Port yang terbaik bukanlah berhampiran dengan jambatan tu.. better korang duduk jauh sikit.. barulah boleh nampak keseluruhan warna warni fountain tu..

Countdown nak  start show.. 

duduk dekat dengan jambatan.. tak nampak rainbow pun

Tapi view langit dia yang cerah.. memang awesome..

Duduk jauh sikit dari jambatan.. barulah ada nampak warna warninya..


Sedikit maklumat berkenaan Rainbow Fountain sekiranya korang berminat nak tengok kat Banpo Bridge. No worries, show ni free jerk...tak yah bayar.. sambil korang tengok.. boleh menikmati susu pisang atau nasi lemak bekal dari hotel.. hehehe

April, May & June Schedule
• Weekday ⇒ 12:00, 20:00, 21:00 
• Weekend ⇒ 12:00, 17:00, 20:00, 20:30, 21:00, 21:30

July & August Schedule
• Weekday ⇒ 12:00, 20:00, 21:00 
• Weekend ⇒ 12:00, 17:00, 19:30, 20:00, 20:30, 21:00, 21:30

September & October Schedule
• Weekday ⇒ 12:00, 20:00, 21:00 
• Weekend ⇒ 12:00, 17:00, 20:00, 20:30, 21:00, 21:30

※ Schedule is subject to change.
※ Show lasts about 15 minutes.


till then, tatababai

What's New

1 comment:

Thanks for your support