2 minggu yang lalu, aku ada attend satu event Travel Blogger Meetup yang mana event ni menghimpunkan travel blogger dari seluruh dunia. Hahh.. hebat ke tidak? Program anjuran Sedunia Travel ni, kalau tak silap aku.. dah lebih dari 3 tahun diadakan.. setiap tahun semakin besar..
Last year adalah pertama kali aku join event Travel Blogger Meetup.. memang best.. cumanya tahun lepas tak seramai tahun ni.. dan sesi knowledge sharing tahun lepas juga lebih panjang dari biasa. Setiap panel diberikan peluang untuk memberi sesi perkongsian ilmu kepada newbie blogger macam aku ler... ^_^ Banyak input dan informasi yang kami perolehi dan yang penting.. we do makes a lot of friends.
Arththi dari Sedunia Travel
Untuk tahun ni pula, since event tahun ni lebih besar.. makanya lokasinya juga lebih besar. Bertempat di Calavera, KL Event Travel Blogger Meetup 2015 kali ini menghimpunkan hampir 150 orang travel blogger serata dunia. Ada yang dari Kanada, Australia, India dan macam-macam lagi. Dan yang menariknya event kali ni, Ehem... panel-panel dia memang thorbaik !
Siapa yang tak teruja dengan kehadiran Menk Mahawangsa.... Arghhh.... Ramble and Wander (RaW)... Tidakkkkkkkk...... Anis Ibrahim... Uwaaaaaaa.... Dan... Jard!!!!! Uishhh.. semua memang kaki travel yang mantap-mantap ! Mau aku tak teruja nak pegi... Event ni dah jadi acara wajib yang mana tiap tahun macam wajib je nak kena pegi.. Hahahah.. sebab kat sinilah boleh nak jumpa geng-geng travel sehati sejiwa..
Alhamdulillah.. walaupun hujan agak lebat ketika event ni berlangsung.. tapi tetap best sebab lagi lebat hujan tu.. lagi lebat la hujah dan Q&A antara peserta dengan panel. Setiap panel juga diberi peluang untuk berkongsi cara untuk merancang trip dan tips menabung untuk travel dan sebagainya. Memang havoc juga la.. tapi malangnya.. masa sangat mencemburui.. kalau dah sembang pasal travel.. bagi 2 hari 1 malam pun tak cukup.. maybe lepas ni Sedunia Travel boleh buat boot camp 2D1N ke untuk Travel Blogger Meetup ni.. hehehe
Meet Afif dari timetravelafif
kami... bersembang tentang pengalaman travel masing-masing
Wefie dengan Menk Mahawangsa
travel buddies Afif dan Penaberkala
tinggi nau RaW ni.. I adore you... ^_^
the sweetest Anis Ibrahim..
try luck.. hantar gambar ni.. ^_^
Fuhh.. walaupun dah jejak Krabi 3 kali.. tapi tetap tak mematahkan semangat aku untuk cuba.. kita cuba suka-suka je la kan.. kalau dapat.. alhamdulillah.. kalau tak dapat.. rezeki orang lain la tu.. ^_^
Terima kasih Sedunia Travel kerana mengadakan event Travel Blogger Meetup ni dan harap dapat jumpa lagi tahun depan..
Juga tak dilupakan kepada semua panel yang sudi memberikan perkongsian ilmu kepada kami.. uols memang best dan memberi inspirasi kepada kitorang..
What's New
Wah...kak Anil...best betul 3 kali dah pi Krabi....kalau menang bg SA pakej tu eh...hahahahahah
ReplyDelete