Saturday, October 10, 2015

Perjumpaan tahunan blogger kaki travel

Assalammualaikum..

Siapa travel blogger kat sini? Angkat tangan?
Hahh.. ini ada berita baik untuk korang...
Pada November ini, akan berlangsung Travel Blogger Meetup buat kali yang ke-6..

Meh aku bagi 5 sebab kenapa korang yang suka travel ni kena pegi Travel Blogger Meetup ni..



1. Menambahkan ilmu travel
Kalau dah namanya travel blogger meetup, haruslah cerita dalam tu pun pasal travel kan.. korang boleh menambahkan ilmu pengetahuan korang tentang travel. Ada yang suka travel cara backpack, ada yang suka travel cara beg tarik.. Kat sini, korang boleh bersoal jawab dengan panel yang akan dijemput untuk berkongsi ilmu mengenai travel. Mungkin korang boleh tanya, dalam situasi ekonomi tak berapa nak stabil ni, apa kelebihannya pada kita yang suka travel ni.. Hahhh... manalah tau kannn.. korang jumpa jawapannya kat situ.. ^_^

2. Menambahkan kenalan baru
Kat sini korang akan jumpa ramai geng kaki travel. Bawa name card.. manalah tau ada geng kaki travel yang boleh join next trip korang ! ^_^

3. Berkongsi informasi dan maklumat
Selain dari bersoal jawab dengan panel, korang juga boleh berkongsi maklumat dengan panel dan kawan-kawan yang lain. Contohnya kat mana tempat yang boleh buat passport pada waktu malam? Hehehe..

4. Bertukar-tukar pengalaman
Korang juga dapat bertukar-tukar pengalaman dengan kawan-kawan kat situ. Ceritakan tentang pengalaman percutian korang dan aku pasti, kawan korang akan teruja lebih-lebih lagi kalau tempat yang korang pegi tu, kawan korang tak pegi lagi.. mana tau, boleh inspired kawan baru korang untuk pergi ke situ.. ^_^

5. Cari travel partner
Dan akhir sekali, boleh la cari geng kaki travel untuk trip korang yang akan datang kan..

Macam mana? Menarik tak?

Bayaran penyertaannya macam mana pula?

No worries.. tiada yuran penyertaan, tiada bayaran pendahuluan. Admission is FREE  tapi dengan syarat. Daftar dulu dan tertakluk kepada first come, first serve basis. ^_^

Macam mana nak register?

Emel kepada :  arththi@seduniatravel.com
Tajuk : RSVP : Travel Blogger Meetup 2015
Nama Penuh : (nama dan nickname dalam inverted comma)
Blog URL : (kalau takde blog, taipkan dalam 50 patah perkataan kenapa korang nak join)
Twitter : (sila follow twitter.com/SeduniaTravel)
Instagram : (sila follow instagram.com/seduniatravel)

Tarikh Tutup RSVP : 2 November 2015

Boleh follow hashtag #TBM2015

till then, tatababai

What's New

4 comments:

Thanks for your support