Assalammualaikum..
Hari tu masa aku pergi Brunei, ada orang tanya aku..
“ada apa kat Brunei? Bukan ada pape pun.. “
Eh eh.. setiap tempat ada lokasi menariknya.. kata melancong
kat tempat orang.. mesti la ada destinasi yang menarik untuk dituju. Lagi pula,
cuba buka mata tu.. bila kita nak berjalan.. dia sibuk cakap, “pergi tak ajak..”
bila ajak, “ kata takde bajet” lepas tu minta pula cenderahati.. Hehehe..
bukan tak nak belikan.. tapi kadang-kadang kita yang berjalan ni pun bukan ada sangat duit pun.. dah namanya pun berjalan.. sightseeing.. bukan shopping tauuu… kalau aku ni retis tahap Che Ta tu lain la cerita, setiap kali ke London mesti shopping sakan kannn… huhuhu… positif okey… ^_^

Okey berbalik kepada cerita Brunei ni.. sebetulnya, banyak
tempat menarik yang ada kat Brunei.. dari segi bentuk muka bumi, memang sama je
macam kat Sabah atau Sarawak.. tapi ye la.. kita berjalan negara orang..
tambahkan pengetahuan apa yang ada kat negara orang.. bukan bash sana sini dan
kata kat negara orang tu takde pape..
So, aku nak share kat korang apa yang ada kat Brunei yang
buat aku nak sangat pergi ke sana.
1.
Istana Nurul Iman
Masa kitorang sampai, memang tutup la
tempat ni.. kitorang cuma ambil gambar kat luar sahaja. Tapi itu sahaja dah
cukup memuaskan. Aku difahamkan, istana ini hanya dibuka pada hari-hari
istimewa dan setiap tahun sebanyak 3 kali rumah terbuka diadakan di istana ini.
Best kan.. kalau pun tak boleh masuk pun
takpe.. sebab dapat bergambar di luar istana sahaja pun dah cukup mewah. Kalau
dapat masuk dalam.. lagi la bahagia kan dapat pulak berjumpa dengan Sultan dan
Permaisuri Brunei. ^_^
2.
Masjid Omar Ali Saifuddin
Masjid ni aku pegi untuk solat Zohor. Indah sangat rekaannya dan kakak angkat aku kata, kalau malam lagi cantik..senibinanya menjadi kebanggaan rakyat Brunei Darussalam. Dianggap sebagai masjid tercantik di dunia, masjid ini boleh dilihat dari semua arah ketika azan berkumandang, ia boleh didengari di seluruh pelusuk bandar. Senibina replika kapal bukan sekadar hiasan, kebiasaanya ianya digunakan dalam majlis-majlis keagamaan seperti Tilawah Al-Quran. Memang cantik, dan kalau korang ke sini, singgahlah ke masjid ini dan hayati senibinanya. Jangan lupa solat kat sini tau.. ^_^

3.
Kampung Ayer
Kalau dah datang ke Brunei, tak lengkap kalau tak ke Kampung Ayernya. Turut dikebali sebagai Venice Timur, ianya merupakan penempatan terapung yang terbesar di dunia. Uniknya Kampung Ayer ni, walaupun terletak di atas air, tapi kemudahan yang boleh diperolehi di situ adalah sama seperti di darat. Terdapat sekolah, kedai dan pengangkutan utama di situ adalah menggunakan bot. Aku turut berpeluang untuk menyelusuri sungai Brunei dan boleh nampak Istana Nurul Iman dari sisi Kampung Ayer ni tau.. rumah kediaman di sini juga unik dan walaupun nampak macam rumah papan biasa je, tapi hampir setiap rumah dilengkapi dengan bekalan elektrik, televisyen, astro, Internet dan penyaman udara. Masa aku pegi tu, ada penempatan baru di situ.. rumah cantik-cantik uolss.. Kalau aku kaya, dah lama aku borong 2-3 biji rumah kat situ.. Hikss.. tapi sayangnya, hanya orang Melayu Brunei sahaja yang boleh memiliki harta di sini.. ^_^

4.
Taman Tema Jerudong
Kalau ikut plan asalnya, memang takde rancangan ke sini. Tapi sebab trip kali ni mostly ditaja oleh kakak angkat aku, so, kita follow saja.. ^_^ Taman Tema Jerudong ni ala-ala macam Sunway Lagoon la.. macam-macam tempat menarik yang ada kat sini antaranya, Mini Golf, JP Town, Water Park, Laser Maze, Pedal Boat, Ferris Wheel, Double Decker Carousel, Junior Coaster, Bumper Cars, Spin Zone dan sebagainya. Kitorang sempat la juga main beberapa permainan. Memang best gile ! Walaupun tak la sehebat Sunway Lagoon kan.. tapi yang penting, kita dah sampai Brunei dan kena la pergi ke tempat-tempat menarik yang ada kat sini kan.. ^_^ korang patut cuba tau..

5.
Pantai Serasa
Bagi yang suka pantai, kalau di Brunei, Pantai Serasalah yang sesuai untuk korang kunjungi. Pantai ini sinonim sebagai tempat berkelah, beriadah dan aktiviti santai bersama keluarga dan kawan-kawan. Selain dari pantainya yang cantik dan bersih, korang juga boleh menikmati sunset kat sini. Memang cantik.. memang damai.. ^_^
So, jangan kata Brunei takde pape ye.. kita pegi tempat orang untuk mempelajari adat budaya, mencari pengalaman dan menimba pengalaman. Setiap tempat ada kelebihan dan kekurangannya. ^_^ Ayuh, ke Brunei..
Terima kasih kepada keluarga kami di Brunei kerana sudi melayan kami.. ^_^ terima kasih kerana sudi menerima kehadiran kami di rumah, membawa kami ke tempat-tempat menarik di Brunei dan banyak belanja kami sepanjang kami di sana.. Insya Allah.. ada rezeki, kami datang lagi.. tapi next time, kami keluar duit sendiri la ye.. hiihihihi
till then, tatababaiBagi yang suka pantai, kalau di Brunei, Pantai Serasalah yang sesuai untuk korang kunjungi. Pantai ini sinonim sebagai tempat berkelah, beriadah dan aktiviti santai bersama keluarga dan kawan-kawan. Selain dari pantainya yang cantik dan bersih, korang juga boleh menikmati sunset kat sini. Memang cantik.. memang damai.. ^_^
So, jangan kata Brunei takde pape ye.. kita pegi tempat orang untuk mempelajari adat budaya, mencari pengalaman dan menimba pengalaman. Setiap tempat ada kelebihan dan kekurangannya. ^_^ Ayuh, ke Brunei..
Terima kasih kepada keluarga kami di Brunei kerana sudi melayan kami.. ^_^ terima kasih kerana sudi menerima kehadiran kami di rumah, membawa kami ke tempat-tempat menarik di Brunei dan banyak belanja kami sepanjang kami di sana.. Insya Allah.. ada rezeki, kami datang lagi.. tapi next time, kami keluar duit sendiri la ye.. hiihihihi
bersama Kak Anne, Abang Zali dan keluarga
keluarga besar kami di Brunei.. ni pun tak lengkap..
antara cenderahati dari Brunei yang sempat kami tapau dan dihadiahkan oleh keluarga kami di sana..
What's New
Ada orang tu pulak selalu cakap bila la dapat pergi ni... tapi tiket tak beli2 pun...
ReplyDeleteokey noted!! 5 tempat ni pasti JM terjah jika ke Brunei tp ntahlah ada peluang tu
ReplyDelete